Showing posts with label PEMUDA PAS. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA PAS. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

TUDIAA!! Akibat Doa 'BN KO' Pemuda Pas Masuk UMNO?? #TukarKedah



Pas tak sudah-sudah doakan supaya UMNO/BN K.O, hancur atau pecah perut. Tetapi, setiap kali Pas berdoa, Mc tengok Pas pulak yang makin teruk jadinya.

Mungkin pemuda-pemuda ini insaf apabila mengikuti perhimpunan Agung UMNO yang lebih fokus perjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, berbanding Pas yang asyik-asyik doa kehancuran kepada orang Islam yang lain.

Akibat daripada itu, seramai 16 orang penyokong tegar PAS dari Cawangan Genting Palas dan Bendang Hilir. Menyerahkan permohonan menjadi ahli UMNO kepada bekas Menteri Besari Kedah, Mahdzir Khalid.

Penyerahan borang keahlian UMNO telah diadakan pada 4 Disember 2012 jam 9:30 malam sehingga 11:30 malam di pekarangan rumah Pengerusi JKKKP Kampung Genting Palas, Kuala Nerang. Walaupun pada permulaan hanya 16 orang, ini hanya permulaan bagi mencetuskan gelombang perubahan yang sangat baik.

Mahdzir Khalid menyatakan UMNO mengamalkan dasar keterbukaan dan tidak menyekat rakyat untuk membuat pilihan. Manakala dua orang bekas ahli PAS tegar yang masuk UMNO ketika ditemuramah pula berkata, mereka kecewa dengan perjuangan PAS yang sekarang ini sudah tersasar daripada perjuangan asal. Malah mereka turut menaruh keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membawa negara ini di atas landasan yang benar. 

Malah menurut mereka lagi, PAS sekarang ini tidak lagi mengikut suara majoriti sebaliknya lebih tertumpu kepada kehendak seseorang. Dan seseorang itu pula mengawal PAS walaupun bukan ahli dan bukannya kepimpinan utama. Ketakutan pemimpin peringkat pertengahan dalam PAS untuk mengkritik kerana bimbangkan periuk nasi serta masa hadapan politik mereka, telah menjadi kayu pengukur sebenar tentang perjuangan Islam yang kerap kali dicanang-canangkan oleh PAS.

Alhamdullilah, pada ahli Pas yang telah sedar. Bagi yang belum sedar, rasanya masih tak terlewat untuk meninggalkan Pas dengan perjuangan yang sia-sia dan menyertai UMNO bagi membawa panji-panji kebenaran.

Pas mengaku mereka Islam, namun apakah Islam mengajar kita doakan kehancuran umat Islam yang lain? Fikirkanlahh..


McTheory:
Nabi Muhammad SAW pun sentiasa doakan kemuliaan pada seluruh umat Islam..

Thursday, 27 October 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVJPMuFFmfKhAad8qgDL2oxYKHVOFcDZzbI_wXiUUhrI2qcvFY83uUmGf1fz6w7A6Tax5EHKcb8CHdXmXscQ1KGebYELULKb5abYvbl7ji88vPOhV4d3MSlarg9_UpG-o4JLsP1M-t45gy/s1600/IMG02478-20111027-1045.jpg
Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun!!

KEDUA : Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta!! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus!!

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun!!

KELIMA: Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa 5 tahun!!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta!! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun!! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus !!!

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir!! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus!!

DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan ini, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas. DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Friday, 14 October 2011

PAS persoal ‘sejak bila pekerja asing diberi kursus keusahawanan’


KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.

Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

“Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?” kata beliau.

Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort.

“Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang,” kata beliau lagi.

Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan “mereka diberi perkhidmatan bas dan resort.”

“Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?” tambah beliau.
Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama.

“Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari),” kata beliau yang turut mempersoalkan “jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?”

“Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini,” kata beliau.
Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka “Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”

Kelmarin, PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.

“Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor),” katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.