Showing posts with label bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label bajet 2012. Show all posts

Wednesday, 16 November 2011

MB Kedah bentang Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion

Oleh : SH UTARA/MOHD IDROS MOHD ALI
Tarikh : November 15, 2011

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentangkan Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion di Dun Kedah di sini petang ini.

Ia membabitkan RM570 juta untuk perbelanjaan mengurus, RM259 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM179 juta untuk perbelanjaan bekalan air.

Antara yang mendapat peruntukan tinggi dalam perbelanjaan mengurus ialah Jabatan Kerja Raya kira-kira 46.5 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (RM43.6 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM27.4 juta), Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM23.4 juta), Jabatan Perhutanan (RM14.6 juta) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (RM12.5 juta).

Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pula menerima RM32.8 juta manakala Pejabat Sultan Kedah mendapat RM11.5 juta.

Azizan turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki dan membina rumah keluarga miskin pada tahun depan selain RM50,000 bagi setiap Dun bagi kerja membaiki rumah keluarga miskin pada akhir tahun ini.

"Bantuan sebanyak RM100 kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga yang berdaftar dengan e-sinar sehingga 31 Oktober 2011 akan diberikan pada awal tahun depan sebagai bantuan meringankan beban membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka,

"Bantuan Skim Kafalah bagi meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah sebanyak RM500 akan diteruskan," katanya.

Sunday, 16 October 2011

BAJET 2012 : Duit RM500 yg Najib bagi tu patut ambik atau tidak..??



RM500 untuk Rakyat dari Bajet Najib... Tapi Rakyat kena ingat bahawa nak dapat duit nie kena pie serah diri di LHDN untuk nak declare yg pendapatan seisi keluarga bawah RM3000.00 jadi jika layak maka dapatlah RM500 itu utk tahun 2012...

TAPI kena ingat tahun 2013 belum tentu dapat lagi kerana ia pemberian ONE OFF sahaja..dan yg penting skrg anda sudah ada nama di LHDN jadi mau tahulah apa LEMBAGA itu akan lakukan kepada anda setiap tahun selepas itu..

Pakat2 pikiaq laa noooo....

Saturday, 8 October 2011

TUDIAA!! Bajet DS Najib Buat Anwar Ibrahim Berpeluh Dahi! heh..


Undilah saya, saya akan bawa tuan-tuan dan puan-puan ke Putrajaya, kalau tak jadi pemerintah, makan angin boleh jugak!
Terbeliak dan tak sangka dengan bajet 2012 dibentang oleh PM DS Najib, yang begitu memeranjatkan Anwar dan Dap. Anwar dengan penuh sifat dengki dan iri hati, terus mengeluarkan kenyataan demikian.


Apa benda la Anwar. Umur dah 60 tahun lebih, tapi perangai tidak matang di tunjukkan kepada orang ramai. Kalau ko jeles pun, agak2 la. Cover la sikit perangai buruk mu itu.

sambungan disini

PANAS!! Apa Komen Pas Mengenai Bajet 2012??


Iklan minuman keras halal.. Pasberg! Hanya untuk ahli Pas sahaja!

Seperti di janjikan mari kital ihat komen-komen dari portal rasmi pembangkang.  Dah nama pun pembangkang, kalau tak bangkang tu bukan merekalah. 


Artikel di atas Mc petik dari haramkahdaily, kitab rasmi puak Pas. Lawak pulak bila baca tajuk artikel, sepenulis artikel ni ingat buat bajet sesebuah negara macam buat tugasan di sekolah gamaknya. Boleh tiru-tiru ya?

sambung disini

Generasi facebook, twitter bakal tumbangkan Umno-BN


Oleh KHAIRU AZLAM MOHAMAD
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwvtzLt2a1MJ1PHye3rHRJPnZ_RSdnWi8LrvuQc8n7_QjazO969fGTN-29yDABMwlzWVGJ55Cxd0EeZNikb8kMdumIx3sOpP-5VJ4k2iSZGJPVDPnVgyZp3P1ITotAy6M2jSAy-jUJt4Q/s1600/Blogger-Facebook-Twitter-post.pngKUALA TERENGGANU: PAS mendakwa Umno-BN bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata anak-anak muda sekarang ini maklumatnya hanya dihujung jari.

Malah katanya, 80 pera tus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan BN kerana mereka men dapat maklumat first hand.

“Anak-anak muda sekarang ini maklumat di hujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, gene rasi bloggers dan generasi internet.
 
“Mereka ini mendapat maklumat first hand dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional.

ìIngat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya di hadapan 4000 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai salah seorang ahli panel Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markas Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 25 September lalu.

Menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat.

Bahkan katanya, Umno dan BN berkempen seolah-olah ala tahun 60-an dengan menggunakan akhbar berkenaan.

Menurutnya, rakyat di negara ini terutama daripada kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN. “Rakyat telah berubah tetapi pemerintah belum lagi berubah. Dia masih berkempen ala tahun 60-an.

“Kajian yang dibuat orang Tionghoa 80 peratus tidak mengundi BN. Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Oleh itu kata Mohamad, kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar.

Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel iaitu Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai moderatornya

Bujet Najib gagal jaga pekerja swasta


Pakatan: Bajet 2012 gula-gula PRU BN, gagal ‘jaga’ semua lapisan


SHAH ALAM, 8 Okt — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 sebagai ‘gula-gula’ yang amat jelas bagi Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 tetapi gagal menawan hati semua lapisan rakyat. 
 
“Tidak dapat dinafikan ini adalah bajet pilihan raya, tetapi Pakatan Rakyat (PR) telah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan,” kata beliau sambil mengulas ketidakadilan kerajaan terhadap golongan swasta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2012 dengan peruntukan RM232.8 bilion.

“Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam amat penting, namun begitu tumpuan juga harus diselaraskan kepada semua pihak seperti kita lihat dalam pembentangan hari ini (semalam), tidak ada insentif untuk kakitangan swasta,” jelas beliau.

“Untuk menjana ekonomi, Najib seharusnya memberi keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak untuk diberikan gula-gula pilihan raya dan hanya memberikan tumpuan kepada kumpulan sasaran mereka,” ujarnya lagi.

“Justeru, pertimbangan saksama seharusnya diberi perhatian, terutamanya kepada masyarakat berpendapatan rendah berikutan peningkatan kos sara hidup pada masa kini,” tambah beliau.

Menjelaskan berkenaan keadaan defisit, Azmin (gambar) berkata, Bajet 2012 kerajaan pusat masuk tahun ke-14 dengan mengekalkan amalan tersebut yang dilihatnya sebagai ancaman dalam pembangunan ekonomi negara.

“Masalah fenomena ekonomi global masa kini menuntut pengurusan kewangan tidak dapat dijalankan dalam keadaan bajet berhemah, namun beberapa kaedah harus diberi perhatian seperti kaedah pentadbiran yang cekap, tata kelola yang baik, mengelak ketirisan, dan pengurusan yang cekap, tetapi Perdana Menteri tidak membentangkan perkara ini sewaktu pembentangan bajet,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

“Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk tujuan pembangunan,” ujarnya.

Menurut beliau, amalan tata kelola yang baik seharusnya meletakkan bajet pembangunan melebihi bajet bagi perbelanjaan pengurusan tetapi peruntukan bajet kali ini melihatkan peruntukan pengurusan itu melebihi 70 peratus daripada pembangunan.

Peruntukan pengurusan yang melebihi pembangunan akan menjejaskan pendapatan dan ekonomi negara, seterusnya masalah defisit negara tidak akan dapat ditangani.

Azmin melihat pemansuhan yuran persekolahan adalah sesuatu yang amat penting, namun begitu keutamaan seharusnya diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas institusi itu sendiri.

“Ini tidak cukup, pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang untuk negara, oleh itu, perhatian seharusnya diberikan kepada pembangunan kemudahan asas infrastruktur tersebut, apa yang dapat dilihat, pendemokrasian pendidikan itu tidak wujud dalam pentadbiran Umno-BN, sebaliknya hanya kontrak-kontrak untuk kepentingan kroni,” jelasnya.

“Tiada guna sekiranya kita berikan mereka komputer percuma jika kemudahan asas seperti air bersih dan bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah ini, terutamanya sekolah di kawasan pedalaman yang masih banyak lagi tidak menerima kemudahan tersebut,” tegasnya.

Mengulas isu gaji minimum untuk rakyat, beliau menjelaskan, adalah penting untuk negara yang mengamalkan konsep ekonomi domestik seperti Malaysia memperkukuh dan merancakkan perbelanjaan dalam negara.

“Lebih 60 peratus ekonomi Malaysia berasaskan aktiviti eksport dan sekiranya ekonomi domestik negara tidak kukuh, prestasi ekonomi akan terjejas dan keupayaan berbelanja dan menyimpan rakyat menjadi terhad,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, penetapan gaji minimum, menurut beliau, adalah perlu bagi meningkatkan kuasa beli pengguna.

Oleh yang demikian, katanya, bajet Pakatan Rakyat mengenai gaji minimum bakal menjanjikan keselesaan kepada rakyat dan beliau melihat kerajaan pusat gagal melaksanakan perkara itu ketika pembentangan bajet semalam.

“Bagaimana rakyat nak berbelanja sekiranya pendapatan mereka lemah?” katanya.
Oleh yang demikian, beliau meminta agar rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN.