Tengok sini wahai macai-macai Umno/BN sekalian... Ini ada jadual bergambar untuk kamu semua pelajari. Perhatikan dan fahamkan betul-betul....
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Monday, 11 February 2013
Tengok sini... TENGOK la woii...
Tengok sini wahai macai-macai Umno/BN sekalian... Ini ada jadual bergambar untuk kamu semua pelajari. Perhatikan dan fahamkan betul-betul....
Thursday, 3 January 2013
Tiada had harga untuk beli telefon pintar dengan Rebat RM200..
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'. Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama

Wednesday, 2 January 2013
Rebat Telefon Pintar TIDAK DIHADKAN Berkuatkuasa Serta Merta!!!
Rentetan keluhan yang disuarakan beberapa rakan blogger dan PM sendiri sebelum ini (KLIK SINI) berhubung had yang ditetapkan bagi melayakkan golongan belia menerima rebat RM 200, kini nampaknya membuahkan hasil apabila kerajaan mengambil langkah pembetulan bagi memastikan semua pihak terlibat berpuas hati.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama
Saturday, 4 February 2012
BR1M Umpan Rakyat Hadir Ceramah BN
BR1M yang dilancarkan oleh UMNO BN dengan memberikan bantuan RM500 kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Pemimpin BN mendakwa bahawa bantuan ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.Pakatan Rakyat pula mengatakan ini adalah umpan untuk pilihanraya yang semakin hampir. Walaupun pemimpin UMNO BN mengatakan bahawa ia bukan tujuan politik, tetapi rakyat tahu bahawa ini adalah umpan untuk rakyat undi BN dalam pilihanraya akan datang.
Disebalik bantuan ini juga, BR1M juga dijadikan misi dan umpan untuk memudahkan BN mengumpulkan lebih banyak pendengar hadir ke ceramah-ceramah ajuran mereka.
Caranya dengan menghantar SMS kepada bakal penerima bantuan untuk hadir di tempat yang dinyatakan dan mendengar amanat pemimpin yang hadir sebelum di berikan baucer RM500.
Jika diamati, memang sejak BR1M ini diperkenalkan, di mana sahaja program atau ceramah anjuran UMNO BN diadakan, berduyun-duyun rakyat tidak kira bangsa hadir ke program tersebut.
Seorang rakan sanggup memohon cuti semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM500 itu. Tetapi rakan tersebut hampa kerana tidak dapat baucer yang dijanjikan akibat timbul masalah semasa pemberian tersebut diberikan.
Walau apapun yang berlaku, taktik BN ini berjaya menarik minat ribuan orang untuk hadir di mana-mana sahaja ada program BR1M di seluruh negara. Mereka hadir bukan untuk mendengar amanat pemimpin, tetapi tujuan mereka adalah untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Apa yang tidak pasti, adakah rakyat akan terpedaya dengan taktik dan umpan yang diberikan oleh BN. Tunggu dan lihat selepas PRU 13 nanti.
Oleh : Mus (malaysiadaily.net)
Subscribe to:
Posts (Atom)