Showing posts with label tun dr mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun dr mahathir. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

DAP tak layak jadi kerajaan.. ~ Tun Mahathir



Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

 Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

 "Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

 "Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

 "Itu satu political 'ploy' (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sunday, 6 January 2013

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak...


Oleh: Shahbudin Husin

Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramaniam untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Dia boleh menuduh bermacam perkara, bebas mengadakan sidang akhbar dan senang dihubungi media untuk memberi komen mengenai konflik yang dhadapinya. Dia juga bebas bergerak seolah-olah tiada apa yang dibimbanginya.

Sementara Najib, Rosmah dan pimpinan UMNO lainnya tidak berani bersuara menyanggah apa yang disuarakan oleh Deepak, agensi kerajaan seperti polis dan SPRM juga bagaikan sudah kehilangan kuku untuk bertindak terhadap Deepak.

Tuesday, 4 December 2012

Anwar takut dengan kecerdikan Tun Mahathir.



Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan. “Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas. “Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 “Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam. Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13. “Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat,” kata Anwar.

Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana ‘sukarela’ berkempen untuk Umno. Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN.

Wednesday, 5 October 2011

TUN MAHATHIR VS YAHUDI



TENGOK LAH BETAPA LANTANGNYA AYAHANDA TUN MAHATHIR  DENGAN LANTANGNYA MENGHENTAM YAHUDI SEHINGGA BELIAU DI GELAR ANTI SEMITIC DAN DISURUH TUTUP MULUT OLEH KETUA PEMBANGKANG..TUN M SEORANG YANG BERANI...ANWAR LAK TAK DAK TELOQ

SEJARAH: Sebelum Proton, Harga Kereta Sekitar RM20 Ribu



KLIK IMEJ

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000" TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"
Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti import yang begitu tinggi kepada semua kereta import.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahataik dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahatir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insuran, road tax, mantenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti import.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

Tulang Besi

Friday, 2 September 2011

TUDIAA!! Kebimbangan Ayahanda Tun Dr Mahathir Berasas..



PUTRAJAYA Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.

‘‘Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.

Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.

‘‘Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain,” katanya. - Utusan

Kebimbangan Ayahanda Tun Dr Mahathir berasas..ada orang mahu mengubah sejarah..

Pemimpin Pas yang lain turut mempertahankan kenyataan Mat Sabu. Mereka mengatakan tindakan komunis menyerang balai polis Bukit Kepong adalah satu tindakan menyerang penjajah. Komunis menyerang pada tahun 1950. Mungkin benar..kenyataan itu.

Namun..

Mungkin mereka lupa dengan keganasan dan kezaliman pasukan komunis pada masa tersebut. Bukan sahaja balai polis, malah perkampungan juga telah diserang dan dimusnahkan. Apakah perkampungan penduduk juga dikatakan 'penjajah'? Bagaimana pula dengan kes penculikan, rompak dan rogol terhadap rakyat biasa, yang dibuat oleh pihak komunis? Apakah itu salah satu penentang kepada penjajah British? Apa kaitan merogol anak bangsa dengan penjajah British?

Selepas Jepun menyerah kalah. British menguasai semula Malaya. Namun komunis enggan meletak senjata dan terus melipatgandakan usaha dengan memberontak dan memporak-perandakan keadaan. Sedangkan, waktu tersebut, kita sudah didalam proses untuk merdeka. Pihak komunis, bukan mahukan kemerdekaan, tetapi mereka mahu menjajah Malaya dan menjadikan Malaya sebagai negara Komunis!! Itu yang perlu kita fahami niat mereka.

British pula melepaskan negara ini dengan bersyarat (satukan semua kaum). Namun British menjangkakan Malaya takkan aman lebih daripada 10 tahun. Kerana kita berbilang kaum dan mereka menjangkakan, komunis akan menjadi masalah sebenar kepada kerajaan Malaya pada waktu tersebut.

Namun dengan kebijaksanaan pemimpin dan kecekapan pasukan keselamatan kita, akhirnya kita berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah terbesar itu, dan menafikan British untuk kembali lagi ke negara ini.

Bacalah buku sejarah. Buat kajian sendiri..kemudian selidik betul-betul.. fahami lah..