Showing posts with label utusan malaysia. Show all posts
Showing posts with label utusan malaysia. Show all posts

Wednesday, 28 September 2011

Selain Malaikat Dok Tulis Kiri Kanan Najib sekarang nie.. Rakyat yg dok sekeliling kelang dia pon dah jadi informer..!!


Utusan: Orang Anwar resapi badan k'jaan?

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

NONEDalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya.

Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

azlan"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya.

Saturday, 17 September 2011

Utusan Malaysia: Perancang Kempen UMNO


Oleh: Ahmad Lutfi Othman
 
Bagi perancang kempen Umno, yang selama ini tercari-cari modal dan bekal politik menjelang pilihan raya umum ke-13, isu serangan Mat Indera di Bukit Kepong pada 1950, yang disebut sepintas lalu dalam ucapan Mat Sabu itu, dilihat senjata paling ampuh untuk menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu.

Sesungguhnya Umno sudah putus harapan dengan masyarakat bukan Melayu, terutama pengundi Tionghua. Keputusan pilihan raya negeri Sarawak semakin memudarkan impian mereka untuk menjinakkan "kemarahan" masyarakat Cina, yang begitu terserlah dalam PRU12 sehingga mencetuskan tsunami politik yang bersejarah itu.

Kini, talian hayat Umno untuk terus menerajui takhta dan menguasai Putrajaya semata-mata tertumpu kepada orang Melayu. Melihat bagaimana Utusan Malaysia dan TV3 secara intensif menimbulkan isu-isu yang membangkitkan sentimen kemelayuan sudah cukup untuk membuktikan Umno terpaksa memperjudikan survival kuasanya.

"Apabila isu Mat Indera dimainkan setiap hari sejak 27 Ramadan lalu, bagi saya, itu petanda Umno sudah bankrap atau muflis isu," kata seorang penganalisis politik, yang juga seorang pensyarah kanan undang-undang sebuah universiti tempatan.

"Ia juga membuktikan segala usaha pembaharuan Najib Razak, terutama berkaitan pakej ekonomi, telah gagal dan langsung tidak membantu memulihkan imej BN. Lalu, tiada pilihan melainkan mencari-cari apa yang dilihat sebagai kelemahan pembangkang, khususnya PAS, iaitu seteru terkuat Umno, untuk digembar-gemburkan," tambahnya.

Kesempatan menemubual Mat Sabu, Isnin lalu, memberi kesempatan untuk saya mencari jawapan di atas "kekeliruan" yang dibangkitkan media Umno. Ternyata beliau cukup yakin dan selesa menjawab pertanyaan kami, malah menjangkakan Umno "menggali kuburnya" sendiri apabila membangkitkan soal sejarah kemerdekaan negara.

Selama ini, tidak kurang ramainya masyarakat Melayu, khususnya golongan yang sudah berumur, yang cukup menyanjung "satu-satunya jasa tidak ternilai Umno" iaitu memerdekakan Tanah Melayu. Persepsi itu diwarisi turun-temurun.

Malah, sebahagian mereka mengakui rekod buruk Umno selama memerintah lebih 54 tahun, tetapi tidak dapat melupakan "pengorbanan pemimpin Umno" untuk menghalau penjajah (walaupun kini diberitahu oleh juak-juak Umno di menara gading bahawa negara tidak pernah dijajah). Dan cara terbaik "membalas budi" Umno itu adalah dengan terus mengundinya dalam pilihan raya!

Walaupun saya tidak begitu mudah untuk meyakini Umno dapat ditewaskan dengan mudah melalui polemik ini, namun saya amat bersetuju jika "pancang kekuatan palsu" parti itu dapat robohkan atau sekurang-kurangnya dilemahkan.

Saya yakin masih ramai sarjana sejarah, yang jujur dengan ilmu mereka, bersedia berkongsi pengetahuan dengan publik, khususnya ketika rakyat cukup dahagakan "kisah benar" yang selama ini terselindung. Dan di pasaran sebenarnya sudah ada buku-buku yang mampu menyingkap "kegelapan" itu.

Percayalah, dalam waktu terdekat, kita akan dilambakkan dengan buku-buku yang mampu "memperbetulkan" sejarah negara, sekali gus mendokong usaha yang dirintis Mat Sabu itu ....

Pada awal bicara kami, Mat Sabu menjelaskan bahawa tema ceramah kontroversinya itu adalah soal sambutan kemerdekaan yang sudah jadi sambutan Umno dan bukan sambutan nasional yang dirayakan rakyat. Temanya adalah pengiktirafan kepada semua pihak yang menyumbang ke arah kemerdekaan, termasuk Umno.
Saya cuba mempersoalkan kemungkinan isu berkaitan keganasan komunis ini akan "mencederakan imej PAS" di kalangan masyarakat Melayu desa atau peneroka Felda. Kebanyakan konstituensi tradisi PAS masih di kampung-kampung, yang agak belum dapat ditembusi terjahan maklumat sepenuhnya.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengakui undi Melayu yang menjadi teras kekuatan politik tanahair perlu dikuasai PAS dalam PRU13, dengan target untuk memenangi 60 kerusi Parlimen. Hampir semua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Lagi pun kebanyakan anggota keselamatan adalah orang Melayu. Dengan memutar-belitkan ucapan Mat Sabu itu, sambil menonjolkan bukti keganasan komunis seperti kudung kaki akibat jerangkap samar (walaupun tragedi berlaku pada 1970-an dan langsung tiada kaitan dengan penekanan Mat Sabu), Umno yakin undi pesara tentera, bekas polis dan kaum keluarga mereka tidak akan lari daripada BN.

Mat Sabu tidak menolak hakikat itu tetapi menganggapnya satu cabaran besar yang mesti ditukar kepada peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Namun beliau yakin bahawa perubahan dalam mana-mana pilihan raya lebih difaktorkan oleh kesedaran berpolitik masyarakat bandar.

"Saya yakin, anak-anak orang kampung yang tinggal di kota, yang terdedah dengan pelbagai maklumat menerusi media baru dan berkomunikasi melalui Facebook dan Twitter, dapat menjelaskan isu sebenar kepada ibu bapa mereka.

"Yang penting kita harus menukar apa yang dilihat sebagai tekanan ini kepada potensi untuk meluaskan pengaruh PAS," tekannya. "Ya," pintas saya, "kita seharusnya tidak mudah mengalah, mungkin di peringkat awal isu ini nampak memihak Umno, tetapi jika kempen dan penerangan diberikan secukupnya ke akar umbi, kebenaran sejarah akan terdedah."

"Apa pun, bagi saya," kata Mat Sabu, "kepada masyarakat di kampung, yang lebih penting adalah kesediaan PAS untuk turun bersama rakyat, berdamping erat dengan mereka, merasai susah-payah mereka dan menawarkan bantuan. Isu-isu nasional kadang-kadang tidak begitu mempengaruhi."

Dalam pada itu, beliau sempat menekankan, janganlah kita terlalu merendah-rendahkan keupayaan masyarakat kampung untuk membaca real-politik dan mengesan tipu-helah Umno memutar-belitkan isu ini.

Namun, beliau berulang kali mengingatkan kami tentang batas sempadan yang perlu diberi perhatian, iaitu masa sebelum merdeka dan selepas tarikh 31 Ogos 1957. Polis yang dilihat mempertahankan kepentingan British berada di zaman penjajah ketika bendera UnionJack masih berkibar megah.

Selepas merdeka, Mat Sabu dengan tegas menolak pendekatan militan dan keganasan pihak komunis kerana ruang demokrasi, meskipun diakui sempit, telah terbuka. Dalam kesibukannya, beliau masih sempat mengisi kolum "Membedah Demokrasi" dalam Harakah, yang konsisten mempromosikan usaha penambahbaikan terhadap sistem yang dianggap antara terbaik yang pernah dihasilkan manusia.

Friday, 2 September 2011

WOITT MAT SABU! Bila Hang Nak Saman Utusan??



Mat Sabu kepala Melayu komunis moden ni, dari dulu sampai sekarang, kata nak saman sana nak saman sini. Tapi apa yang Mc nampak, cakap saja lebih, saman tak pun.

Dulu kes terjun motor kata Polis langgar dia pun sama juga. Dok kata nak saman polis, sebab dia kata polis tipu, tapi?? Tak saman pun..

Siapa yang tipu siapa ni..

Ni muncul pula kes Mat Sabu kutuk pejuang kemerdekaan dan menyanjung komunis. Mat Sabu sekali lagi menafikan tuduhan itu dengan mengatakan Utusan menyeleweng dalam tulisan di akhbar. Namun video Mat Sabu berceramah dan menyokong komunis tersebar dan bersepah di internet. Apa lagi Mat Sabu nak nafikan?

Kenapa tak saman Utusan dan Polis?

Bila nak saman? Atau Mat Sabu saja keluarkan kenyataan nak saman, untuk tipu penyokong Pas yang bebal tu.

Berlagak macam tak salah, sampai nak saman-saman, hakikat sebenarnya, dia sendiri pun tahu, kalau dia saman, dia serupa nak bunuh diri sendiri la jawabnya.

Mat Sabu dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah.

Tetap jahil, bodoh dan berlagak bagus.

Tuesday, 14 June 2011

Tu dia mai UTUSAN haram tak batal pun permit depa..!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat teguran kepada akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran berita bertajuk "Malaysia Negara Kristian?" yang disiarkan pada 6 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, surat teguran itu dikeluarkan pada 12 Mei lalu atas kesalahan menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai mengikut peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Hishammuddin berkata, polis juga masih giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dari semua sudut terutamanya terhadap laporan akhbar itu dan juga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis perjumpaan paderi-paderi seluruh negara di sebuah hotel di Pulau Pinang itu.

Lim bertanya apakah asas laporan muka depan Utasan Malaysia yang menyatakan paderi-paderi berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

"Sehingga jawapan ini disediakan sebanyak 63 laporan polis dibuat berhubung isu berkaitan.

Sebanyak 60 rakaman percakapan diambil dan lima wartawan Utusan Malaysia dirakam percakapan mereka untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis juga masih lagi mengesan beberapa orang saksi penting bagi melengkapkan siasatan kes itu.