Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Bapa khianati Saiful,sertai PKR untuk bela Anwar.

Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang Jumaat lalu mengejutkan ramai dengan kenyataan berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai PKR. Menurutnya, penyertaan yang dibuat hari ini adalah tepat pada masanya dan secara kebetulan.



 Beliau berkata, sejak tahun 1998 lagi telah mengikuti pergerakkan PKR dengan minat yang mendalam. "Tujuan saya hadir adalah dengan niat murni untuk serahkan borang permohonan saya sebagai ahli PKR. Sebenarnya saya sudah lama suka perjuangan dalam PKR, sejak tahun 1998 lagi. "Jadi hari ini secara kebetulan dan tepat pada masanya saya sertai PKR," kata beliau kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

 Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajin Ukin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Azlan juga disarungkan jaket dan topi berlogo PKR oleh Saifuddin sekali gus mengumumkan beliau sebagai ahli PKR.

 Mengulas lanjut, Azlan juga berkata telah bersedia menghadapi sebarang risiko dan implikasi yang bakal dihadapinya setelah menyertai PKR. Azlan juga berkata, dengan menyertai Anwar mempunyai isu tetapi di pihak lain tidak akan mempunyai isu. Saya ada hak nak buat keputusan untuk diri saya, saya sudah fikir dan implikasi yang saya hadapi. "...penyertaan dalam parti politik PKR, kebetulan dipimpin oleh Anwar, jika sebelah sana mesti tak ada isu," katanya lagi.

Friday, 8 March 2013

MB Azizan 'ditikam' oleh ahli PAS sendiri,bakal hilang jawatan MB.



Sekumpulan ahli Pas mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah secara baik kerana didakwa gagal membela kebajikan mereka. Desakan itu juga dikaitkan dengan peribadi Azizan yang dikatakan 'sombong' dengan mengeluarkan kenyataan memegang dua jawatan penting parti dan kerajaan negeri bukan kerana Dewan Ulama Pas Kedah.

 Tindakan itu turut menggambarkan Azizan seolah-olah tidak menghormati serta mengiktiraf peranan Dewan Ulama Pas Kedah sebagai tempat rujukan hal ehwal berkaitan parti serta kerajaan negeri. Difahamkan, dalam soal pemilihan calon Azizan lebih banyak berbincang dan mencatur kedudukan sesuatu Parlimen dan Dun bersama Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dan Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad.

 Mereka juga kecewa apabila sewaktu kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Kedah Jumaat lalu, Azizan didakwa tidak membenarkan pertemuan diadakan antara Abdul Hadi dengan Dewan Ulama Pas Kedah. Antara beberapa dakwaan lain termasuk wujud konspirasi pemilihan calon yang perlu mengambil kira calon yang memenuhi kehendak akar umbi dan pelbagai lagi. Ahli Pas Dun Sungai Limau, Mohd Salleh Mohd Abu, 61, berkata, tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

 “Kita minta beliau berundur dengan meletak jawatan secara baik demi perpaduan ahli Pas di negeri ini,” katanya kepada media di rumahnya di Kampung Bahagia, Yan, Kedah, di sini semalam. Sementara itu, Ahli Keselamatan Pas Kawasan Jerai, Ramli Salleh, 56, berkata, mereka sendiri kini sudah dapat merasai sendiri kekecewaan individu dari kalangan parti tertentu yang sanggup bertukar parti kerana masalah kepimpinan.

 “Kita sudah bagi mandat kepada mereka untuk memimpin parti mengikut perjuangan asal tetapi mereka gagal. Ia seperti sebuah kapal yang belayar tetapi nakhoda mabuk laut, justeru nakhoda perlu ditukar supaya kapal tidak karam. “Jika keadaan ini berterusan, kemungkinan kira-kira 2,000 penyokong Pas yang kini berada atas pagar tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi seterusnya sokongan terhadap Pas di kawasan ini akan merosot,” katanya

Friday, 15 February 2013

Tunggu sampai saat akhir-Dr Asri.



Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui perbincangan sedang diadakan berkaitan dengan soal bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan akan membuat pendirian menjelang akhir bulan ini. "Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu," kata beliau ketika dihubungi media semalam.

 Bagaimanapun beliau yang pulang ke tanah air dari Jordan lewat petang kelmarin enggan menyebut parti politik yang 'merisik' agar bertanding pada PRU13. "Saya tidak boleh kata apa-apa lagi, tunggu seminggu dua lagi..." kata beliau yang turut ditanya tentang negeri dan bahagian pilihan raya yang ditawarkan. Menerusi Twitter tengah hari semalam, Asri menulis, "alhamdulillah, di rumah saya banyak kerusi yang saya boleh mendudukinya tanpa sebarang saingan melainkan sakit dan maut."

 Sebelum mesej itu, Asri juga menulis "media yang lapor saya bertanding tu, dah tanya saya sendiri ke?" Semalam,media membawa laporan bahawa di sebalik demam PRU13 yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’. Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama Asri.

 Media difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama. Nama Asri, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.

 Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis. PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini. Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.

Keangkuhan PAS Kedah sama dengan DAP P.Pinang

Umno Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak angkuh apabila mengugut kerajaan pusat membayar RM100 juta supaya menghentikan penebangan balak di negeri itu. Pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan Azizan boleh dianggap tidak mengenang budi kerajaan pusat yang memberi banyak bentuk bantuan kepada Kedah yang ditadbir pembangkang. "Azizan boleh tergamak mengugut kerajaan pusat.



 Sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang Menteri Besar," katanya mengulas kata dua Menteri Besar itu semalam yang akan terus menebang balak dalam kawasan hutan simpan jika kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Dalam satu kenyataan kepada media di sini semalam, Ahmad Bashah berkata Azizan sewajarnya menyelesaikan isu itu melalui musyawarah atau perbincangan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan membuat ugutan.

 "Saya lihat cara terbaik ialah melalui perbincangan jika benar bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat perjanjian lisan pada satu ketika dulu ketika isu balak di Kedah hangat diperbualkan. "Dalam soal ini Azizan mewujudkan dua isu iaitu mengugut supaya dibayar RM100 juta dan satu lagi penebangan balak. Saya lihat tindakan Azizan adalah bagi menghalalkan tindakan rakus kerajaan negeri menebang balak," katanya.

 Ahmad Bashah berkata, Azizan membangkitkan soal bayaran bagi melepaskan dirinya daripada kritikan menggunung orang ramai tentang tindakan buruk kerajaan menggondol bukit di Baling dan Padang Terap bagi pengambilan balak. "Strategi Azizan agak mudah. Apabila kerajaan pusat enggan melayan tuntutannya, Menteri Besar itu berkata akan terus menebang balak dan boleh menyalahkan kerajaan," katanya. Mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak peduli luahan staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengenai nasib mereka dan kemelut pentadbirannya,

 Ahmad Bashah berkata, sikap 'tidak tahu dan tidak peduli' Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Pas. Staf Insaniah menderita dengan pelbagai masalah seperti bayaran pinjaman kepada bank tidak dibuat, KWSP tidak dicarum dan pelbagai masalah lain. "Bagaimana hendak selesai masalah jika semua pihak tidak mahu bertanggungjawab," katanya sambil menambah masalah Kuin tidak akan selesai tanpa campur tangan Menteri Besar.

 Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Azizan cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu pembalakan rakus oleh Pas Kedah di Tasik "Tuntutan itu tidak boleh dilayan kerana ia hanya perjanjian lisan. Azizan sendiri tidak terlibat dalam perjanjian tersebut," katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaburan Kedah di Hotel Holiday Vila di sini hari ini. Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berasa pelik dengan Azizan kerana sebagai Menteri Besar beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu.

 "Takkan dia tak tahu mengurus tadbir kerajaan negeri tidak boleh berpegang kepada perjanjian lisan. Tambahan dia sendiri tidak terlibat. Dari mana dia dapat maklumat ini sampaikan berpegang pada lisan sebagai perjanjian," katanya. Mukhriz berkata, tuntutan itu menunjukkan Azizan tidak mempunyai fokus terhadap isu dan masalah kegiatan penebangan balak bernilai tinggi dengan alasan membuka ladang buah-buahan walaupun dibantah rakyat.

 Katanya, lapan orang Menteri Besar sebelum ini tidak sanggup melakukan aktiviti itu namun Azizan menggunakan taktik menyalahkan pihak lain bagi menutup kerakusan pembalakan itu. Mukhriz berkata, bekas Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pernah mencadangkan pembalakan dalam air Tasik Pedu tanpa menjejaskan alam sekitar dan pelancongan tetapi dibantah Azizan. Beliau juga menyoal ke mana duit hasil balak akan digunakan kerana sebelum ini kerajaan pusat memberi RM150 juta untuk menyelenggara jalan negeri tetapi hanya RM60 juta yang dibelanjakan dan bakinya tidak diketahui ke mana hilangnya.

Wednesday, 13 February 2013

'Air dan Minyak' tak akan memimpin Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti 'air dan minyak' yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.


 Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan merekauntuk bekerjasama antara satu sama lain. "DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri AbdulHadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka ini seperti 'air dan minyak'yang mustahil untuk disatukan." "Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi," katanya Selasa. Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkatademikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun BaharuCina Peringkat Negeri Johor di sini.

Sokongan kepada BN meningkat di saat akhir-Penganalisis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau sekali lagi membuat kunjungan ke beberapa negeri sehingga 24 Februari ini. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, lawatan itu boleh disifatkan sebagai pecutan trakhir Najib dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir.


 “Ini adalah persiapan paling rapi yang pernah dibuat Perdana Menteri, beliau (Najib) mahu memastikan PRU13 adalah lebih baik daripada 2008. “Saya percaya pecutan terakhir ini mampu memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN). Melalui lawatan itu juga adalah penentu bila tarikh PRU13,” katanya. Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

 Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia berkata, lawatan perdana menteri itu juga sebagai penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi untuk bersedia menghadapi PRU13. “Lawatan turun padang itu juga adalah peluang perdana menteri untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan, dan apabila telah berpuas hati pasti tarikh pilhan raya itu akan lebih hampir,” katanya.

 Beliau turut berpendapat yang BN masih mempunyai kelebihan di dalam pilihan raya akan datang dengan melihat sokongan dan gerak kerja yang dilakukan oleh perdana menteri dan parti kompenan BN. “Walaupun banyak pihak yang mengandaikan parti kompenan BN tidak buat kerja, saya fikir tidak semuanya begitu, mungkin mereka kurang mendapat pendedahan media massa. “BN masih menguasi beberapa perkara yang mampu menjadi penentu kemenangan parti itu dalam PRU13 nanti,” katanya.

 Semalam, Najib berada di Johor menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan komuniti di Kulaijaya dan turut melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia. Kelmarin beliau berada di Pulau Pinang. Beliau akan ke Sabah hari ini selama dua hari yang mana beliau dijangka menghadiri beberapa program di Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis. Seterusnya, pada Jumaat, Najib akan berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri sebuah program bertemakan ‘Mengubah Destini Orang Asli’.

 Najib juga dikhabarkan akan berkunjung ke Majlis Santai Para Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu pada 18 Februari dan beliau dijangka akan singgah di Johor Bahru pada hari berikutnya untuk melihat perkembangan pembangunan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia. Perdana Menteri, juga akan mengisi masa di Sarawak pada 20 Februari sehingga 22 Februari untuk menghadiri beberapa program di Kuching dan Miri, dan kemudiannya ke Terengganu pada 23 Februari untuk lawatan sehari di mana jadual beliau akan melibatkan program Jelajah Janji Ditepati. Kemungkinan yang terakhir, Najib akan berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menghadiri program bertemu rakyat pada 24 Februari.

Ustaz Azizan bakal disabotaj dan digulingkan ahli PAS di Dun Sungai Limau?



Beberapa blogger tempatan mendedahkan tiga rakaman audio mendakwa penglibatan Adun Kubang Rotan (Pas), Mohd Nasir Mustafa serta ahli Pas kawasan Kuala Kedah mengkritik kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu.

 Berdasarkan rakaman itu yang dipaparkan dalam blog 'Medan Tempur Kedah' dan 'Kedah ke KL', Azizan dikritik hebat kerana menyarungkan baju IM4U selain dilihat ‘mesra’ dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) selaku penganjur program. Mohd Nasir dikaitkan dengan rakaman terbabit gara-gara namanya disebut dalam perbincangan itu, yang diselang selitkan dengan pandangan beberapa orang tidak dikenali.

 Justeru, Mohd Nasir yang juga Naib Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan Azizan, apabila rakaman suara itu sepakat mahu menggulingkan Azizan di Dun Sungai Limau. Mohd Nasir ketika ditemui menafikan suara yang dirakamkan dalam audio terbabit yang membincangkan topik itu miliknya, namun mengakui beliau bertanggung jawab membangunkan saluran keyrod@KubangRotan, yang dimuat turun melalui Zello.

 “Ketika ahli kumpulan bahas isu tu, saya tak sertai kerana ada program lain. Memang benar nama saya disebut tetapi saya tidak respon kerana saya tidak aktif ketika itu. Saya dengar rakaman itu semula tetapi tidak pasti siapa yang terlibat,” katanya. Menurutnya, dalam perbincangan itu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Azizan ke program Pusat itu mengkritik secara terang-terangan. “Ahli kumpulan ini sudah cecah 100 orang, terbuka kepada sesiapa sahaja, sama ada ahli Pas atau Umno. Saya tidak sekat mana-mana individu mahu sertai kerana saya bersikap terbuka dengan kritikan mahupun pandangan berbeza,” katanya.

 Mohd Nasir mendakwa, pihak yang memuat turun rakaman itu dan menyebarkannya ke laman blog berniat jahat mahu melaga-lagakan pemimpin Pas Kedah. “Walaupun saya hormati kebebasan bersuara namun tidak bererti saya benarkan fitnah seperti itu berleluasa. Peguam saya sedang meneliti perkara ini untuk diambil tindakan bagi membersihkan nama saya yang tercalar,” katanya. Menurutnya, disebabkan keyrod@KubangRotan miliknya, isu itu dikaitkan dengan dirinya sebagai menyokong usaha menggulingkan Azizan.

 “Tidak semestinya percakapan itu ahli Pas Kuala Kedah sahaja, sebab ahli kumpulan itu dari seluruh negeri, mereka boleh respon tanpa sekatan,” katanya. Mohd Nasir berkata, rangkaian komunikasi melalui telefon pintar (Zello) itu dibangunkan beliau bulan lalu, untuk digunakan sebagai medium baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). “Zello ini mungkin masih baru dalam kalangan masyarakat. Saya perkenalkan aplikasi ini di kawasan saya untuk lebih dekat dengan rakyat. Jika ada pihak yang salah guna aplikasi bawah kumpulan yang saya bangunkan, saya andaikan individu itu berniat jahat mahu burukkan nama saya,” katanya. Menurutnya, setiap ahli kumpulan itu bebas menyatakan pandangan berbeza dan mereka yang menyertainya harus berlapang dada menerima pandangan masing-masing.

Tuesday, 12 February 2013

Pemimpin PAS tak layak jadi PM,hanya Anwar yang layak-Karpal.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


 Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi. "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang. Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam Pas memberitahu penolakan Majlis Syura Pas terhadap Anwar semakin kuat. - Bernama

Gambar Anwar TIRU Najib pukul gendang di Sarawak..



Bila Najib pukul gendang cina dalam iklan TV, ramai macai-macai penjilat punggung Anwar meroyan kata Najib gila publisiti.. Sekarang ni Anwar pun TIRU Najib beb pukul gendang cina di Sarawak.., apa kata macai-macai lalat taik semua?? Anwar gila apa pulak beb??

Gua diberitahu, tak sampai 2 ribu orang pun sambut Anwar di Sarawak tu.. Biar betul?? Kalau tengok gambar dibawah.., nampak macam 2 juta jee... Hahahahahaha..



Monday, 11 February 2013

Hasan Ali sudah termakan sumpah...itu yang merapu memanjang...




Sejak bila PAS lantik jadi jurucakap nie.. Kami dah meluat dengan anda wahai Hasan Ali.. Sekarang asyik berceramah sahaja sehingga kawasan pun sudah tidak nampak katanya.

Anda harus sedar wahai Hasan Ali duit gaji wakil rakyat yang anda makan sekarang nie adalah tidak halal oleh ahli yang mengundi anda lerana anda sudah mengkhianati perjuangan.

Anda menang dahulu bukan atas batang tubuh bernama Hasan Ali tetapi adalah nama PAS yang anda baws. Jadi sedarlah sesungguhnya anda sudah terlanggar baiah untuk melepaskan segala jawatan jika anda sudah tidak bersama PAS... Tapi mana.. Anda masih kekal dengan jawatan tersebut... Jadi anda tanggunglah sumpahan tersebut..

Guan Eng didesak mohon maaf,PAS diminta lebih tegas.



Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.

 Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut. "Pucuk pimpinan Pas juga perlu bertegas dalam perkara berkaitan dan jangan bercelaru semasa mengeluar pendangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Demonstrasi Membantah Lim Guan Eng: Isu Kalimah Allah di pekarangan Masjid Sungai Kob, Karangan bermula pukul 3petang. Beliau berkata, pucuk pimpinan Pas perlu serius dalam menangani sebarang kerenah pemimpin-pemimpin DAP yang sering mengguris hati umat Islam.

 Abdul Manaf berkata, walaupun Majlis Syura Ulama Pas telah membuat keputusan, tetapi akar umbi parti itu masih belum berpuas hati selagi pemimpin-pemimpin DAP belum memohon maaf secara terbuka. Justeru tegasnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjadi pengecut dalam isu berkenaan atau terlalu berlembut dengan para pemimpin DAP. "Kami juga minta Pas keluar dari pakatan pembangkang jika DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdegil dalam isu kalimah Allah," katanya lagi. Beliau menegaskan, dalam keadaan sekarang pemimpin Pas tidak perlu berasa takut kepada DAP atau Guan Eng dalam isu-isu berkaitan umat Islam dan orang Melayu

Tuesday, 8 January 2013

Gambar terbaru Satria WWW1 milik Tuanku Sultan Johor..




Ini adalah gambar terbaru kereta Satria Neo WWW1 milik Tuanku Sultan Johor telah bertukar warna dari Oren ke warna Biru... Memang cantik beb kaler tu..

Gambar ni dirakam ketika Tuanku memandu sendiri serta mencemar duli menonton perlawanan persahabatan diantara Johor Darul Takzim dan Pelita Bandung di Stadium Larkin semalam.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Johor Darul Takzim (2) - (0) Pelita Bandung Raya FC. 

Tak dapat dinafikan lagi beb.., Tuanku Sultan Johor sememangnya berjiwa rakyat. Baginda sanggup turun bersama rakyat serta bersama-sama menyokong pasukan bolasepak Johor..

Semoga dipanjangkan usia Tuanku.


p/s: Jangan pulak ada yang kata kaler biru tu melambangkan PKR dah laa.. Imaginasi puak-puak Pakatan tu semua bukan boleh kira beb...

Hadi tak salah.., Umno yang jahat.. - Nizar


Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itubertanggungjawab mencetuskan kontroversi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli Pas dan kini menganggotai Umno di Terengganu.

Beliau mendakwa, bekas ahli Pas itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April1 981.

Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan.

“Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan,” katanya.

Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan Pas mengadakan muzakarah secara tertutup mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Katanya, sepatutnya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat melalui siaran langsung di televisyen, seperti diminta Abdul Hadi.

“Cadangan (mengadakan muzakarah secara tertutup) itu bukanlah kaedah terbaik untuk mencari kebenaran. Perkara (berkaitan penjelasan) itu perlu dilakukan secara terbuka agar rakyat boleh menilai,” katanya.

Tak puas hati Isu Salihiah selesai pun jangan la dok marahkan kepada ISTANA..!!


Perhimpunan di Pedu mahu balas dendam terhadap istana isu Madrasah Salihiah???


Oleh: MKBB

Sebuah pertubuhan pelampau Melayu akan mengadakan demonstrasi dekat Tasik Pedu, ini kira kali pertama dalam sejarah orang demo tepi hutan. Rasanya beruk2 kat Tasik Pedu tu akan gelak tengok kelaku depa.

Baru-baru ini hasil titah Yang Di-Pertuan Agong maka pihak jawatankuasa bertindak pertahan Madrasah Salihiah akhirnya akur dengan cadangan asal kerajaan negeri supaya madrasah itu dibuat istibdal atau pindahwakaf. Ada yang malu sebab depa kena ikut cadangan asal kerajaan negeri. Nak marah kat Agong tak boleh, baginda ketua negara. Dok merekam dalam dirilah.

Maka mengikut pirasat MK, cara puak-puak ni nak lepas geram dekat pihak istana ialah pi buat bantahan kat Tasik Pedu. Awat pulak Tasik Pedu? Sebab di situlah kompartment terakhir balak sedang diangkut dan kompartment terakhir tu milik Kerabat Di-Raja Kedah. Raja Kedah tu sapa? Yang Di-Pertuan Agonglah!

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat


AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.



Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

DAP tak layak jadi kerajaan.. ~ Tun Mahathir



Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

 Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

 "Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

 "Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

 "Itu satu political 'ploy' (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Abby Abadi labelkan Ahli PERKASA tak berakhlak..



Dalam satu ceramah anjuran Pas, bekas artis yang menyertai politik iaitu Abby Abadi telah melabelkan ahli-ahli Perkasa sebagai tak berakhlak kerana selalu menimbulkan kekacauan didalam majlis Pakatan.

 Didalam ceramah tersebut juga, Abby mendakwa pemuda-pemuda yang membuat kecoh disetiap ceramah Pakatan telah diupah RM30 berserta setin arak.

 "contohnya di Langkawi.., ada satu muslimat Pas cerita ada anak-anak melayu ditangkap selepas disyaki mencalarkan kereta para pengunjung yang mahu mendengar ceramah Anwar Ibrahim..

 "Budak-budak tu kata ya mereka diupah oleh Umno RM30 dengan satu tin arak.., orang melayu kita... Maknanya benda-benda tak patut berlaku.." kata Abby.

 Abby juga mendakwa pihak Polis lepas tangan didalam kes tersebut.

Monday, 7 January 2013

[HKR #112KL] Alangkah indahnya jika Std MERDEKA tidak diluluskan..!!


Berita terbaik perkembangan terkini #KL112


Bila 'terpaksa' dibuat di jalan raya maknanya ada la kut harapan nak bertembung dengan FRU. Bila bertembung dengan FRU ada la harapan kut nak rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.

Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini
SUMBER.... 

Sunday, 6 January 2013

GELEK K-POP DICERAMAH PAKATAN

YEAHHHH !!!! JOM MENARI K-POP DI CERAMAH PAKATAN - FUHHHH LONDEH SELUAQ LEBAI HAMPAS !!!


Madrasah Salihiah... walhasil balik asal.. pi mai pi mai kot tuu..!!!



 
Alhamdulillah, isu Madrasah Salihiah selesai akhirnya

ZULKIFLI YAHAYA

Kontroversi isu Madrasah Salihiah, Kanchut berakhir apabila persetujuan dicapai antara pihak yang membantah madrasah itu diroboh dan digantikan, dengan kerajaan negeri yang mahu berbuat demikian setelah dibenarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah. Ia diselesaikan secara baik di luar mahkamah setelah pihak plaintif yang mengaku menjadi waris pemilik asal tapak dan defendan mencapai kata sepakat untuk berbuat demikian.
Defendan iaitu pihak kerajaan negeri, bersetuju menyediakan lot baru untuk membina semula surau menggunakan wang pampasan (yang dibayar kepada Maik RM1.43 juta) kira-kira 200 meter daripada tapak asal.
 
Pada 6 Mei tahun lepas, Jamludin, Fadzil, Fidel Firaidid dan Fidel Firaidi yang mengaku sebagai waris pemilik asal tanah memfailkan injunksi sebagai usaha menghalang bangunan Madrasah Salihiah dirobohkan kerajaan negeri bagi membina pusat membeli-belah. Majlis Agama Islam Kedah (Maik), Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.