Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Jawapan Pengerusi SPR macam 'TAIK'


SPR: Pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 Disember 2012
Tan Sri Abdul Aziz Yusof
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menasihatkan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah untuk meletakkan jawatan ekoran penglibatannya dalam parti politik dan turut memegang jawatan penting dalam organisasi berkenaan.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pegawai-pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik dan memegang jawatan.

Sehubungan itu kata Aziz, pihaknya akan mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan dan perundangan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Kita kena lihat lah apa sebenarnya (kes ini). Kita kena lihat betul-betul, jangan silap ambil tindakan kepada pegawai kerajaan, dia boleh bawa kita ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dewan Pemuda Pas Pusat semalam memberikan kata dua kepada Ketua Penerangan Umno Kinabatangan yang juga seorang pegawai SPR, Aksyah Nasrah untuk memilih sama ada meneruskan khidmat sebagai pegawai SPR atau mengekalkan jawatan dalam Umno.

Tuesday, 11 December 2012

Lagi jawapan BANGANG lagi CELAKA dari SPR 'si anjing Umno'?


Cuba bayangkan apa aksi yang boleh timbalan pengarah SPR negeri buat. Tambah-tambah dia mengetuai bahagian operasi yang di bawah kuasa dia Unit Pendaftaran dan Unit Persempadanan. Kalau takat nak masukkan pengundi hantu aku rasa takdak masalah langsung kut. MalaysianInsider melaporkan: KUALA LUMPUR, 11 Dis — Pemuda PAS melahirkan rasa tidak puas hati di atas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan bertegas badan tersebut perlu bebas daripada...
SUMBER DARI...

Sunday, 20 November 2011

RM100 belum boleh bersihkan dosa Umno BN

KUALA LUMPUR, Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.

Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu.

Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai.

"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai.

Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi.

"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.

Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar.

Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.

"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan.

"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau.

Friday, 26 August 2011

Dakwat kekal: Jangan peristiwa 2008 berulang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalukan hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bagaimanapun, timbalan ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasrat itu jangan hanya sebagai menyedapkan hati rakyat sahaja seperti berlaku pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dahulu.

"DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12.

"Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,' katanya.

Beliau mengulas pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa sistem biometrik yang dipersetujui kerajaan untuk digunakan pada PRU akan datang lebih banyak masalah berbanding jika menggunakan dakwat kekal.

Sambil menyokong kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR, biliau berkata tindakan itu walaupun dilihat tradisional dan tidak menggunakan teknologi canggih, tetapi ia mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang.

Menyifatkan ianya sesuai di semua tempat sama ada di bandar atau di ceruk kampung, kos penggunaan dakwat kekal juga jauh lebih murah dari sistem biometrik.

"Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem." katanya lagi.

Lebih dari itu ujarnya, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali.

"Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat.

Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan," tegasnya

PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

"PAS menerima jika SPR bercadang mahu melaksanakan dakwat kekal sebagaimana dinyatakan SPR.

"Bagaimanapun itu hanya satu daripada tuntukan kita dan juga Bersih yang berjumlah lapan kesemuanya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.

Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.

Sehubungan itu, beliau yang kini berada di tanah suci Mekah berkata, SPR perlu melihat kesemua tuntutan itu bagi menjamin pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.

Kesemua tuntutan yang dikemukakan katanya, bersifat mendesak dan perlukan pembaharuan segera khususnya dalam aspek pendaftaran pemilih yang kini berdepan pelbagai keraguan yang didedahkan

Saturday, 18 June 2011

Pintu rundingan ditutup

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengurusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun diberi sebelum ini.

“Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik.

“Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun?

“Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau menegaskan, tindakan kumpulan tersebut untuk berdemonstrasi pada 9 Julai ini tidak sekali-sekali akan mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang telah ditetapkan dan berjalan dengan sempurna selama ini.

“Mereka boleh berhimpun dan terus mencemuh kita, tetapi kita tidak akan tunduk kepada tuntutan kumpulan tersebut,” kata beliau kepada Sinar Harian dalam pertemuan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, semalam.

Beliau berkata demonstrasi jalanan tidak berkesan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung satu-satu isu.

Telah terbukti demonstrasi yang diadakan sebelum ini hanya menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, termasuk peniaga, pemandu teksi dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

“Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut; macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan Bersih, Abdul Aziz menyangkal tuduhan kumpulan tersebut bahawa SPR tidak bebas dan tidak telus sebab terpaksa selalu tunduk dengan kehendak kerajaan.

“Pada hemat saya kumpulan tersebut sendiri yang menjadi alat dan tunduk kepada kemahuan parti-parti tertentu. Kita sudah tengok siapa di belakang kumpulan tersebut. Orang boleh agak siapa dalang mereka,” kata beliau.

Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, Abdul Aziz berkata:

“Kalau kita berat sebelah, mesti tidak ada parti pembangkang menang baik dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Mereka tahu hakikat ini, tetapi mereka sengaja hendak buat kacau.”