Showing posts with label SULU. Show all posts
Showing posts with label SULU. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.

 Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

 Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.

 Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

 Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

 Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.

 Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya. Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).

 Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu. Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.

 Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB. Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka.

 Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu. Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja.

 Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III. Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.

Friday, 8 March 2013

ANWAR DISERANG "TENTERA SULU" DI MELAKA SEMALAM..



Anwar Ibrahim terpaksa menghentikan ceramahnya di Bukit Katil Melaka semalam apabila seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera dipercayai terkena objek keras yang tidak diketahui datang dari arah mana. Individu berkenaan mengalami luka dibahagian kepala dan terpaksa dikejarkan ke klinik yang berhampiran.

Sejurus selepas kejadian tersebut, Anwar meneruskan ceramahnya dengan menggambarkan kejadian berkenaan sama dengan insiden di Lahad Datu Sabah. Cuma bezanya menurut Anwar, di Sabah memang diketahui pihak lanun Sulu yang cuba menceroboh, tetapi beliau tak menyangka di Melaka juga ada lanun.


Sementara itu, para penyokong Pakatan Rakyat dikawasan berkenaan menyalahkan pihak Polis kerana didakwa tak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang "menyerang" ceramah Anwar tersebut.

Mereka juga mempersoalkan mengapa pihak Polis membenarkan ceramah Umno diadakan tak sampai 100 meter dari tapak ceramah Pakatan Rakyat disitu. Dan mereka mengesyaki bahawa penyokong Umno yang bertanggung jawab diatas kecederaan yang dialami oleh penyokong Anwar.

Penceroboh Sulu tetap mahu berperang,operasi susulan diteruskan.



Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah. Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu.

 Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas. Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

 Walaupun tiada tanda-tanda kumpulan itu akan meletak senjata tanpa syarat oleh saki baki kumpulan itu dan dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan, suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka. "Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi Khamis yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu,semalam.

 Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas 'Op Daulat' di Felda Sahabat, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah menletak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu. Ismail berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas.

 "Mereka ditahan mengikut akta baru itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya. Najib, yang turut mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu juga dilihat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka di kawasan pantai timur Sabah itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu. Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh. Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada hari berikutnya. Artikel Berkaitan