Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Shahidan Kassim mahu jadi hero,tuntut royalti minyak jika Kelantan dapat.



Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan. Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya. "Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

 "Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam. Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.

 "Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini. "Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya. "Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.

Monday, 19 November 2012

Jabatan Agama juga ada unsur songlap?



Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi. Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

 Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu. Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

-Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

-Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.

 -Buku tunai tidak disemak setiap hari.

- Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.

 Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang. "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

 Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta.
SUMBER DARI...