Showing posts with label MELAYU. Show all posts
Showing posts with label MELAYU. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

Gejala Maksiat dikalangan melayu makin kronik di P.Pinang..



Tangkapan maksiat termasuk khalwat dan berkelakuan tidak senonoh pada malam tahun baru dilihat meningkat berbanding tahun lalu.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, kenaikan jumlah tangkapan berkenaan adalah kerja keras yang dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP).

Menurutnya, ia juga bergantung kepada jumlah lokasi yang diserbu oleh penguat kuasa. “Contohnya jika pada awal 2012, jumlah tangkapan 100 pasangan dan pada tahun ini menurun kepada 10 pasangan, tidak semestinya kes maksiat sudah berkurangan, ini adalah subjektif.

“Usaha untuk membanteras maksiat oleh JAINPP ini dilihat berterusan dan saya yakin kali ini mereka lebih agresif ketika melakukan serbuan dan tangkapan pada malam tahun baru demi mencegah kemungkaran dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Pihec) di Komtar.

Terdahulu akhbar ini melaporkan seramai 39 orang pesalah ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 iaitu kerana disyaki berkhalwat.

Kesemuanya yang berusia lingkungan 16 sehingga 40-an itu ditahan dalam operasi yang bermula jam 2 sehingga 7 pagi selepas sambutan Malam Tahun Baru 2013. Serbuan dijalankan di 20 lokasi menggunakan 22 pegawai penguat kuasa yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Berbanding ketika malam sambutan tahun baru 2012, JAINPP menahan seramai 36 pesalah mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 29 akibat kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. 

Abdul Malik berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memfokuskan permasalahan berkenaan dan cuba mengatasinya secara berterusan. Katanya, program ketika malam ambang tahun baru untuk menarik golongan muda juga tidak akan berjaya sekiranya gejala berkenaan masih berlaku.

“Masjid juga memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini, yang mana dilihat turut sama dapat mencegah perkara ini terus berleluasa.

“Seperti di Masjid Sungai Ara baru-baru ini, malam sambutan tahun baru berjaya menarik penyertaan hampir 80 peratus anak muda sementara warga emas hanya 10 peratus sahaja, jadi bagi saya, masjid turut menggalas tanggungjawab sama,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut berbangga kerana golongan pendakwah di Malaysia sudah semakin mendapat hati dalam kalangan anak muda termasuk personaliti Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus dan juga Imam Muda Asyraf.

“Saya tertarik dengan pendekatan yang digunakan mereka dan mendatangkan kesan positif dalam kalangan anak muda kita,” katanya.

Monday, 24 December 2012

DAP boikot gelaran dari Raja-Raja Melayu???



GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menasihatkan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk menarik balik dakwaan kononnya DAP melarang ahlinya menerima gelaran dari Raja-Raja Melayu.

Menyangkal kenyataan Tunku Abdul Aziz, Karpal menegaskan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung baru-baru ini, beliau hanya menyatakan pendirian lama partinya, iaitu mana-mana ahli DAP dilarang menerima apa-apa gelaran diberikan.

Bukannya, seperti didakwa Tunku Abdul Aziz tidak boleh terima dari pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu). Karpal berkata, mengikut prinsip yang dipersetujui ahli parti sejak pertengahan 1990-an, Adun dan Ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka untuk memastikan ketelusan parti dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat. 

Katanya, kenyataan Tunku Abdul Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan dengan tujuan dan matlamat burukkan beliau pada pandangan orang Melayu di negara ini.

“Dalam mesyuarat CEC, baru-baru ini, saya sekali menegaskan kepada ahli-ahli yang tidak mengikut prinsip parti, bakal berdepan hukuman yang diputuskan lembaga disiplin parti selepas diminta memberi penjelasan. 

“Saya langsung, tidak menyebut perkataan pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu),” katanya dalam sidang media, di kedai kopi Air Itam, semalam.

Kelmarin, Tunku Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘DAP’s triumph of chauvinistic will’. Difahamkan teguran Karpal itu berikutan tindakan dua pemimpin DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim menerima anugerah gelaran daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang. 

Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, dianugerahkan gelaran pada 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dun) Selangor menerima gelaran Datuk pada 2010.

Karpal mendakwa kenyataan dikeluarkan itu ditokok tambah Tunku Abdul Aziz. Beliau yang kesal dengan kenyataan yang tidak berasas itu, berkata Tunku Abdul Aziz cuma memburukkan imejnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“Kenyataan saya selari dengan polisi parti yang telah lama dipraktikkan,” katanya. Karpal dalam pada itu menambah, matlamat beliau menegaskan Ahli Parlimen dan Dun dari DAP tidak harus menerima sebarang gelaran sepanjang tempoh jawatan adalah demi memastikan ketelusan parti.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen atau Adun tamat khidmat dengan parti, tidak dihalang untuk menerima apa-apa gelaran pun.

“Oleh itu, saya minta Tunku Abdul Aziz berhenti dari terus menyerang DAP dan pemimpinnya,” katanya. Ketika ditanya, sama ada beliau sendiri pernah menerima tawaran untuk dianugerahkan apa-apa gelaran, beliau tidak mengulas lanjut mengenai pertanyaan itu.

Wednesday, 13 July 2011

BERSIH: SAH! DAP MEMANG MAHU MELAYU BERGADUH DENGAN MELAYU


Kawan GAD yg merupakan Special Branch (SB) telah menunjukkan kepada GAD satu SMS yg dihantar oleh Lim Guan Eng kepada seluruh ahli DAP berkaitan BERSIH. Menurut SMS tersebut, Lim Guan Eng mengarahkan supaya semua ahli DAP jangan menyertai perhimpunan BERSIH. Dia juga ada mengatakan bahawa biarkan orang Melayu bergaduh dengan org Melayu.

GAD tak terkejut membaca SMS tersebut. Sebagai parti rasis dan mempunyai roh komunis, niat DAP memang sudah diketahui. Cuma yg amat malang, org Melayu yg berada dalam PAS dan PKR bagaikan tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan perangai DAP ini.

Kita boleh lihat berapa kerat saja org Cina yg menyertai BERSIH. Mereka ini rata-rata menganggap menyertai BERSIH adalah sia-sia. Adalah lebih baik mereka cari makan atau cari duit. Yang tetap bodoh adalah org Melayu yg tak tahu hujung pangkal terus saja bersetuju untuk memberontak. Nampaknya selama-lamanyalah org Melayu akan diperalatkan oleh musuh-musuh dalam selimut ini. Mereka ini hanya menunggu masa saja nak 'membersihkan' kita dari Tanah Melayu ini.