Showing posts with label zul noordin. Show all posts
Showing posts with label zul noordin. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

Zul Kulim dakwa Nik Aziz jadi kuda dalam Pakatan..



DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kumpulan 'parasit' di dalam Pas akan bersungguh-sungguh memastikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konsisten dengan pendirian bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 seterusnya kekal sebagai pemimpin Pas.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin dengan perkara itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan 'bonus' kepada parti cauvinis, rasis dan ekstremis seperti DAP dalam mencapai cita-cita merosakkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Di pihak parasit dalam Pas pula jelasnya, keputusan Menteri Besar Kelantan itu adalah aset politik terbesar dalam membantu mencapai agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam.

Saturday, 19 November 2011

Gempar! Rancangan Jahat Anwar Untuk Jatuhkan YB Zul Noordin!!

Anwar punya geram dengan YB Zul Noordin, ahli parlimen Kulim Bandar Bahru. Bekas peguamnya dulu, hinggakan membuat rancangan sulit untuk menjatuhkan YB Zul. Anwar sanggup mengeluarkan modal yang banyak bagi menjayakan rancangan sulitnya ini.

Taktik Anwar dapat dikesan apabila ada orang tengah yang membocorkan rahsia ini kepada Mc. Rahsia apakah itu? Apakah taktik Anwar? Mc akan dedahkan apabila sampai masanya nanti.

Apa yang Mc boleh bagitau, hanyalah, Parlimen Kulim Bandar Bahru, akan ada pertandingan 3 penjuru Kelak. Itu pembayangnya.

Siapa calonnya, tanyalah Anwar pasti dia kenal. Heh.

Biaq Betul... Mata Duitan jugak kaa Naib Presiden Perkasa nie..!!!????

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000
Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu