Showing posts with label saiful. Show all posts
Showing posts with label saiful. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis


Anwar tetap berpegang kepada pendirian bahawa perbicaraan kes liwat beliau merupakan konspirasi politik. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air.

Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

“Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai,” menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”, harusnya meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh.

James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil.

“Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,” tambahnya.

Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar.”

“Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini,” tambahnya.

Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara.

Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan “merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar.”

“Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah,” kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson.

Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian.

Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN.

Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan.

“Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!” katanya melalu Twitter semalam.

Friday, 20 January 2012

KHIRNYA DOA SAIFUL TERMAKBUL! AG BUAT RAYUAN DI SAAT AKHIR!A


Syukur Allhamdullilah, Peguam Negara baru sahaja menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes Liwat yang membabitkan si Peliwat Anwar Ibrahim dan mangsa liwat Saiful Bukhari pada jam 4petang tadi.

Syukur, keadilan buat Saiful Bukhari masih lagi diperjuangkan demi sisa sisa maruah yang ada. Amin

Bongkar !! Apa ada di rumah ANWAR IBRAHIM..??

Rumah Anwar Dikunjungi Semula

Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II benar-benar melonjakkan semangat rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat. Betapa tidak, mereka yang sebelum ini menyepi atau memerhati dari jauh mengenai nasib dan masa depan politik Anwar kini sudah mendekati balik, kembali semula menjadi tetamu setia Anwar.

Mereka telah mendapat suntikan dan keyakinan baru dari pembebasan Anwar itu.

Tiga tahun - sepanjang perbicaraan tuduhan liwat II itu pengaruh atau sokongan ke atas Anwar agak berkurangan. Penyokong jadi tidak berapa bersemangat, kecuali mereka yang setia kepadanya. Majlis solat hajat dan munajat yang diadakan setiap malam Jumaat di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur tidak semeriah semasa Anwar di pecat dari Umno 3 September 1998.

Ketika itu penyokongnya berkampung dan berkhemah di rumah Anwar di Bukit Damansara. Solat hajat dan munajat dihadiri ratusan penyokong dan keluarga terdekatnya. Persekitaran rumah Anwar umpama 'jenawari', (pesta kenduri). Perkarangan rumah bakal PM itu juga menjadi medan tempat para peniaga seperti buku, kaset dan cenderamata refomasi mencari rezeki.

Berlainan di sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat II. Sesekali apabila saya ikut sama membaca yassin dan bersolat hajat timbul juga rasa bimbang dan cemas. Ada kalanya yang hadir tidak sampai 50 orang. Manakala muka-muka yang datang tidak pernah jemu adalah muka yang sama. Cam sangat. Ustaz Shamsul lah menjadi imam besar dan khas membimbing bacaan yassin dan munajat.

Kalau Shamsul bermasalah, Apandi Jeli yang menjadi imam dan membimbing bacaan yassin. Apandi seakan menjadikan tanggunjawab dia hadir ke rumah Anwar. Dalam satu tazkirah ringkas beliau pernah memberi tahu, sepanjang malam dia bersolat hajat untuk kebebasan Anwar.

Di celah-celah itu ada juga diganti dengan imam-imam atau penceramah tazkirah jemputan dari Indonesia atau pun Timur Tengah.

Tidak kira sama ada Anwar ada atau tidak, setiap Jumaat mesti bermunajat dan berdoa memohon keampunan Allah agar menyelamatkan Anwar. Dalam hal ini orang paling sibuk menguruskan dan mengundang teman-teman Anwar dan penyokong rapat ialah adiknya Rosli Ibrahim. Anwar bertuah mempunyai seorang adik seperti Rosli yang tidak tahu penat dan berputus asa dalam usaha membebas dan menyelamatkan Anwar.

Majlis kesyukuran malam tadi yang diisi dengan bacaan yassin agak berbeza dengan majlis sebelum ini. Seperti saya katakan tadi ia sudah berbeza. Ramai yang hadir meraikan majlis kesyukuran malam tadi. Angkanya sudah bertambah. Yang hadir bukan saja yang tingga sekitar Segambut dan menjadi tetamu setianya tetapi ada yang datang dari Sabah.

Muka-muka yang sebelum ini sudah lama tidak nampak muncul kembali. Malam ini penyokong Anwar bercampur kembali. Inilah yang saya katakan pembebasan itu memberi suntikan baru. Ia membuka semula pintu perjuangan untuk menuntut keadilan dan kebenaran yang sebelum ini hampir tertutup.

Di sinilah mungkin terlalu awal untuk saya menyatakan sesuatu kepada Anwar untuk beliau tidakmudah leka dengan kunjungan dan sokongan ramai yang bakal membuak selepas ini. Hendaknya beliau akan tetap mengenal mana tetamu yang muncul di hujung perjuangaan, saat berjaya dan mana tetamu yang setiap malam Jumaat menumpahkan air mata kerana memohon kepada Allah untuk pembebasannya.

Saya tetap yakin tetamu dan pendokong Anwar akan lebih ramai lagi selepas ini. Majlis malam tadi dihadiri sama oleh beberapa sahabat awal Anwar baik semasa dalam kerajaan ataupun Abim. Tetapi yang agak merujakan saya ialah kehadiran Timbalan Presiden Amanah, Abdul Kadir Sheikh 

Thursday, 25 August 2011

LIWAT 2.0! Apa sudah jadi pada Doktor Import Anwar.. sudah pening ka?




Semakin hari semakin panas nampaknya pembicaraan liwat 2.0 ni. Ura-ura ke jalan penyelesaian nampaknya hampir tiba.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini mendakwa menolak penemuan DNA sperma dalam rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir 60 jam selepas ia dibawa ke makmal.

Sankara membuat kenyataan itu sewaktu membidas hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang memetik kertas kajian daripada United Kingdom yang diterbitkan hampir 30 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1982.

Kajian itu menunjukkan sperma boleh didapati walaupun selepas 60 jam.

Yusof memetik kajian itu dalam soal balasnya terhadap saksi pembelaan, pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells pagi tadi.

Ketua pendakwaraya itu mendakwa kajian itu mendapati DNA sperma boleh ditemui dalam rektum manusia selepas hampir 65 jam air mani dilepaskan ke dalam rektum.

Sankara yang mengulangi kembali kenyataan Pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells di dalam mahkamah, berkata eksperimen yang dirujuk Yusof itu dilakukan dalam keadaan terkawal.

“Ada satu eksperimen dalam makmal yang dijalankan dalam keadaan terkawal. Mereka menemui sperma selepas 65 jam sperma berada di dalam rektum.

“Itu pun dalam eksperimen terkawal,” kata Sankara.

Menurut Sankara, ia berbeza dengan keterangan Saiful yang mendakwa dirinya diliwat dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan kualiti sperma yang didakwa berada di dalam rektumnya merosot.

Malah, DNA sperma dari tubuh Saiful juga hanya dianalisa di makmal lebih daripada 60 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

“Di sini kejadian liwat didakwa berlaku. Dan sperma ditemui 60 jam selepas kejadian didakwa berlaku?! Tidak mungkin.

“Tetapi di sini pendakwa raya mendakwa menemui sampel sperma yang bagus (dalam dubur Saiful),” kata Sankara.

Menurut pendakwa, jawapan yang diberikan oleh Dr Wells kadang-kadang, agak mengelirukan bahawa sperma yang diambil selepas 65jam boleh diuji dan kemudian beliau menafikan sperma boleh diuji.

Dr. Wells juga mengakui ada berlaku penetrasi ke atas mangsa.

Kita tunggu apa pulak yang jadi hari ni...

Tuesday, 23 August 2011

Siapa yang Liwat Saiful: Anwar atau Plastik?

NOTA EDITOR: Saiful mengaku kepada doktor Muhammad Osman Abdul Hamid beliau masukkan plastik dlm jubor beliau. Soalnya adakah Saiful diliwat Anwar ataupun dia diliwat PLASTIK?

18SX: Plastik Apa Yang Liwat Juboq Saiful?

‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya


Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

mKini