Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

Memerdekakan polis dari gangguan Umno


Oleh Subky Latif

BETAPA polis dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan gangguan orang politik telah didedahkan oleh Tan Sri Musa Hasan yang baru setahun jagung bersara dari Ketua Polis Negara.

Lebih dari sekali dia bersungut tentang campuran tangan orang politik mengganggu polis menjalankan tugasnya.

Jika sekadar sekali dua atau sekali sekala gangguan itu berlaku, tentu pegawai polis yang diketahui tinggi disiplinnya terhadap kerajaan tidak akan bersungut secara terbuka kepada umum.

Dia tidak menamakan orang politik mana yang campur tangan kerja polis itu, tetapi tentulah bukan PAS, PKR dan DAP walaupun kumpulan pembangkang itu sering mengkritik polis yang dikatakan tidak profesional menjalankan tugas.

Jika mereka yang mengganggu kerja polis itu sudah lama semua pemimpin pembangkang diseret ke mahkamah seperti yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan menghalang polis menjalankan tugas. Sudah tentu ramai mereka telah dipenjarakan.

Siapa yang dituduh oleh Musa Hasan itu? Tentulah UMNO.


Memang persepsi umum merasakan orang kuat UMNO cawangan-cawangan lebih berkuasa dari Ketua Polis Daerah terutama dalam menangani urusan politik dengan pembangkang. Hingga payah hendak ditentukan sikap pihak berwajib terhadap Bersih yang tiga kali itu adakah keputusan polis atau keputusan UMNO?

Tujuan Musa membuat pendedahan itu bagi memulihkan persepsi rendah umum terhadap polis. Diakuinya pula, bukanlah senang hendak membetulkan semula imej polis disebabkan belenggu yang dihadapi polis itu bukanlah baru, bahkan sudah berlarutan.

Ada tanggapan Musa sudah dirasuk politik kerana dia menyatakan tidak puas hatinya itu pada saat UMNO/BN dikecam kiri kanan menjelang PRU13 ini. Hingga ada yang merasakan dia hendak masuk politik. Ada pula kononnya, ada parti politik mempelawa dia masuk politik.

Berkali-kali ditegaskannya dia tidak akan menyertai politik, tetapi apa yang dibuatnya sekadar mahu memebaskan polis dari gangguan politik tentunya UMNO dan mahu memulihkan persepsi buruk umum terhadap polis.

Musa memang mendapat perhatian dan sokongan masyarakat yang mahu semua perkhidmatan negara mendapat kebebasan profesional dalam menjalankan tugas masing-masing.

Ketika rencana ini ditulis belum ada reaksi rasmi kerajaan terhadap pendedahan Musa itu. Seperti sah sekarang polis dibelenggu oleh UMNO bagai persepsi kebanyakan orang bukan UMNO.

Adakah yang tidak suka dengan belenggu itu hanya Musa saja? Semua bekas polis dan anggota polis suka mereka dibelenggu? Mungkin orang yang dibelenggu itu tidak rasa mereka dibelenggu dan kalau dibelenggupun tidak mengapa kerana ia dilakukan oleh parti kerajaan. Kalau mereka tidak merasa malu kerana setia membabi buta kepada UMNO, tetapi polis Malaysia mesti malu kepada polis dunia yang negara masing-masing memberi kemerdekaan kepadanya berkhidmat secara profesional.

Kata Musa, bukan mudah untuk memulihkan kebebasan polis itu. Memang benar kiranya Malaysia terus dikuasa oleh UMNO. Polis jangan harap UMNO dan BN boleh mengubah nasib polis. Mereka sudah sedap pegawai-pegawai polis itu tunduk kepada orang kuat akar umbi UMNO.

Tuhan tidak akan mengubah nasib polis kiranya polis tidak mengubah nasibnya sendiri.

Musa sudah ada kesedaran itu. Tetapi dia sendiri menghadapkan supaya UMNO mengubah sikap terhadap polis. Musa kata, payah hendak mengubahnya.

Ia tidak payah seperti yang Musa sangka. Amat senang. Dan inilah masanya maruah polis dipulihkan iaitu memerdekakannya dengan polis tidak mengundi Barisan Nasional dalam PRU13 yang sudah dekat itu.

Kalau tok nenek polis dan anak cucu polis tidak mahu polis terus dibelenggu macam lembu Kedah, hari mengundi nanti jangan undi dacing. Pastikan kotak undi pos anggota polis itu kosong untuk BN. Kerajaan menunggu tidak akan membelenggu polis.

Mari sokong Musa memerdekakan profesionalisma kepolisian!

Wednesday, 29 June 2011

Polis : Jangan datang KL pada 9 julai 2011 ini.

 
Pihak polis telah memberikan nasihat kepada orang ramai agar menjauhkan diri daripada kuala lumpur untuk tempoh sekurang-kurang nya sehari pada 9 julai 2011 bagi mengelak sebarangan kemungkinan kerana pada hari tersebut kuala lumpur di jangka lumpuh akibat berlaku nya tiga perhimpunan besar yang melibatkan bersih 2.0, pemuda umno dan perkasa.

Sila baca bawah ;

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh. Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana. Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.

“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu. -