Showing posts with label KUIN. Show all posts
Showing posts with label KUIN. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Kampus Kuin RM330 juta dibuka Januari ini


(Lebih 20,000 memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim mendengar ucapan MB Kedah)

ALOR SETAR: Negeri Kedah akan mempunyai sebuah kampus universiti bernilai RM330 juta apabila kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dibuka di Kuala Ketil, Kedah Januari depan.

Dengan siapnya kampus ini, Kuala Ketil dijangka bakal menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negeri Kedah selepas Sungai Petani dan Kulim.

"Kampus ini akan dibuka Januari ini, tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebelum ini," umum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Pengumuman ini dibuat beliau semasa berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat ini.

Ustaz Azizan berucap hampir setengah jam di depan lebih 20,000 penyokong Pakatan yang memenuhi stadium terbuka itu.

Tuesday, 31 January 2012

PANASS!! Ustaz Azizan Bakal Mengikut Jejak Langkah Hasan Ali!!



Kalau mengikut situasi sekarang, Menteri Besar Kedah sudah diserang dari segenap sudut, penyerangnya pula bukan dari pihak kerajaan tapi pihak sebaris dengannya. Semua ini terjadi akibat dari kedegilan beliau untuk menarik balik hukuman yang beliau kenakan terhadap pelajar KUIN mengikut AUKU. Akta yang paling dibenci oleh golongan Mahasewel dalam negara kita.


Belum baca boleh klik

Pas Sokong AUKU atau Kebebasan Mahasiswa?

Ostat Azizan sokong AUKU?

SAMM dan PKR kata Azizan MB Bebal

Apakah Ustaz Azizan bakal mengikuti jejak langkah Zulkifli Noordin dan Hasan Ali? Di pecat daripada parti kerana mengingkari arahan dan perjuangan Pakatan Haram?

Dalam isu KUIN dan AUKU ini, Ustaz Azizan langsung tidak mengaku kalah atau cuba menoleh kebelakang memikirkan perbuatannya.

Beliau begitu bertegas hinggakan beliau mencabar Pas Pusat untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

Malah beliau juga menasihati Pas pusat atau pihak lain supaya berdiam diri dan tidak masuk campur dalam pentadbiran KUIN dan juga negeri Kedah.

Apakah Ustaz Azizan bakal menghadapi nasib yang sama seperti rakan-rakan lamanya dulu?

Sama-sama lah kita tunggu, apa yang akan jadi lepas ni.

SUMBER

Tuesday, 27 September 2011

Mat Bashah hina projek KUIN di Kuala Ketil...!!!


Tanggung Utang Buat Universiti 1000 Kali Baik Dari Tanggung Utang Buat Padang Golf...

Oleh : SEKANDI MUJAHIDAH

Kisah hutang..hutang…hutang lagi….hari tu kita dengar pasal Ustaz Azizan minta hutang dekat kerajaan pusat…Puteri Bulan dah bagitau..itu bukan minta hutang tapi tagih bayaran yang sepatutnya dibayar oleh kerajaan pusat kepada Kedah.

Dengar pulak, Tok Bashah dok berletiaq macam mak nenek, komplen sana komplen sini, katanya projek kerajaan kedah tu merugikan serta telah buat nanya kat rakyat kedah pasal rakyat kedah kena tanggung hutang sebanyak RM330 juta atas nama nak bina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dekat kuala ketil.

SM nak tanya Tok Bashah…RM330 juta nak bina apa? Padang golf ka? Kelab gimnastik ka? Gelangang bowling ka? atau nak renovate rumah menteri besar ka?

RM330 juta tu nak bina sebuah kampus yang lengkap dengan pasarana dan boleh menempatkan lebih 10 ribu pelajar dan hampir 40 fakulti yang ditawarkan. Bukan hanya untuk rakyat Kedah malah kampus tersebut juga akan menerima pelajar dari luar negara.

Membina sebuah pusat pendidikan ni..rugi ka..? apakah hasil dari pusat pendidikan tersebut merugikan rakyat dan apakah sejumlah RM330 juta yang digunakan itu dikatakan hutang sia-sia? Tak Basha tak tau ka…pendidikan ini merupakan satu pelaburan jangka panjang yang tak pernah habis selagi ada manusia dan selagi ada yang nak belajaq dan yang nak mengajaq..

Membina genarasi yang berpengetahuan serta berkebolehan malah sebagai tenaga pakar dalam sesuatu bidang merupakan tugas pemerintah dan pulangan hasilnya akan kembali kepada negara. Rakyat yang berinovasi tinggi, berpengetahuan, berkebolehan akan membantu meningkatkan kemajuan negara atau negeri.

RUGI KA…NANYA KA RAKYAT KEDAH?…TANGGUNG HUTANG SIA-SIA KA?
Hat tu pun Tok Bashah tak boleh fikiaq..


Apa ke halnya dengan RM2.3 billion hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN/UMNO haprak ..sapa yang dok tanggung..? rakyat bangla ka…? Nak tanya Tok Bashah sapa dok tolong bayaq hutang hampa tu…

Lain kali tok Bashah,…kalau ada cita-cita nak jadi menteri besaq..janganlah dok bawa keluar statement jerat tengkuk macam ni…kalau tak nanti…ramai lagi tali perut tali perut UMNO haprak calon orang lain macam Tok Muhriz ke..melepaih..eekau..Tok Bashah…

Tok Bashah…Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua…

Friday, 22 July 2011

NGO bantah hukuman gantung enam siswa Kuin.




ALOR SETAR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan membuat petisyen mengutip sokongan mahasiswa, tokoh akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik sebagai bantahan terhadap hukuman gantung pengajian dan denda yang dijatuhkan ke atas enam penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, petisyen itu akan digerakkan oleh gabungan pertubuhan mahasiswa yang bersatu di bawah nama SMM seperti Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa (Pro M), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan Malaysia Youth And Student Democratic Movement (Dema) demi menuntut keadilan terhadap kegagalan Kuin memberi ruang amalan demokrasi di institusi itu.

Justeru, Ahmad Syukri menjelaskan petisyen itu dilancarkan bermula semalam bagi mendapat sokongan mahasiswa, tokoh akademik, NGO dan ahli politik dan sekurang-kurangnya 100 tanda tangan disasarkan bagi melengkapkannya.

“SMM amat kesal dengan apa yang berlaku terhadap enam penuntut Kuin yang dikekalkan hukuman walaupun hanya mempraktikkan ruang berdemokrasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Ahmad Syukri berkata, SMM bakal mengadakan konvoi ke Kuin dalam masa terdekat yang disertai pimpinan mahasiswa dari Lembah Klang.

Menurutnya, konvoi itu bertujuan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kuin sekali gus menyerahkan petisyen yang dikumpulkan.

“SMM juga akan menyerahkan petisyen ini terus kepada Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kuin untuk memberi konsultasi kepada Rektor Kuin mengenai prinsip menghormati demokrasi,” katanya.

Ahmad Syukri berkata, mahkamah perlu dijadikan pilihan terakhir enam mahasiswa terbabit kerana proses itu akan menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit dan melibatkan kos besar.

“Bagaimanapun, SMM bersedia menyediakan khidmat guaman sekiranya enam mahasiswa terbabit nekad untuk mencabar isu ini di mahkamah,” katanya

sumber

Tuesday, 31 May 2011

KERAJAAN PAS KEDAH KEJAM ANIAYA PELAJAR



Kerajaan PAS Kedah telah memecat seorang Timbalan Dekan dan 6 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kelemahan pentadbiran KUIN dan kerajaan negeri.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang teguran. Ini berbeza semasa mereka menjadi pembangkang, setiap saat setiap hari pelbagai kutukan dan kritikan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN. Tetapi kini apabila mereka sudah berkuasa, baru mereka rasa bagaimana susahnya menjadi pemerintah. Dan paling penting, mereka tidak tahan mendengar kritikan.

Itulah sikap pembangkang. Mereka melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara. Mereka kononnya berjuang memartabatkan demokrasi di negara ini. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, mereka ibarat cacing kepanasan. Cakap tak serupa bikin.

Keengganan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menemui pelajar-pelajar KUIN tersebut juga memperlihatkan betapa tidak rasionalnya pembangkang dalam menangani kecaman. Bagi mereka, apabila rakyat berdemonstrasi menentang kerajaan BN itu dinamakan demokrasi, tapi apabila mereka pula berkuasa dan rakyat mengkritik mereka, ia tidak demokratik dan perlu diambil tindakan tegas. 

Tindakan pemecatan itu, secara tersiratnya merupakan amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menentang kerajaan PAS Kedah. Jika menentang buruk padahnya. Inilah juga yang bakal mereka praktikkan sekiranya berjaya memerintah Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba berdemonstrasi membantah dasar-dasar mereka pasti akan disumbat ke dalam penjara @ ISA tanpa banyak bicara.