Showing posts with label baling. Show all posts
Showing posts with label baling. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Kalau Amanat Hadi dibangkit kenapa Memali didiamkan


Mohd Sayuti Omar

Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?
Kita tahu kenapa isu amanat ditimbulkan untuk dijadikan modal politik. Isu itu bukan berat seperti mana ditonjolkan kerana ia sudah lama berlaku. Sudah 31 tahun perkara itu timbul tetapi kenapa tidak pernah ambil serius untuk menyelesaikannya.

Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur.

Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno.

Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan.

Isu itu ialah tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya ditembak mati bersama 12 orang penduduk Kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan kemisterian. Banyak perkara yang belum terjawab secara tuntas. Plot-plot yang dihidangkan kepada umum tidak logik dan meninggalkan simpulan tanda tanya besar di kepala dan sejarah.

Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kesadisan pihak Polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaan UBN. Sebaliknya kalau dilihat dari versi polis yang jahat dan banduknya ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali. Akal manusia yang waras tidak menerima drama yang dinukilkan semula dari kejadian asal di Baling Kedah itu.

Sesuatu kejadian itu boleh diputar belitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuannya (producer). Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya terutamanya dramatik saat penduduk kampung dikepung kemudian ditembak.

Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku, tidak mengetahuinya. Mungkin mereka tidak pernah pun mendengar perkataan Memali. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dokumentari mengenainya di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.

PAS sendiri seakan sudah terlupa dengan tragedi kejam itu. PAS Kedah sendiri sejak menang dan memerintah Kedah rasanya tidak begitu ghairah mengangkat kejadian itu atau merai keluarga mereka yang syahid dalam kejadian itu. Ataupun saya tidak mengetahuinya? Setelah PAS memerintah Kedah rasanya elok kalau kerajaan PAS mendidikan sebuah memorial di tempat kejadian itu sebagai kenangan sejarah.

Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata peralatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di China. Mesej apa yang hendak ditunjukkan? Apakah Musa Hitam yang ketika menteri dalam negeri sudah merasakan dirinya putih dengan kejadian itu?

Walaupun kertas putih mengenai tragedi itu sudah didedah di Parlimen, namun itu secara formal saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya. Saya juga ada sedikit akses dengan kejadian itu. Semasa bertugas dengan akhbar Minggu Islam, KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan termasuk penerbitan kami.

Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu? Sesuatu yang buruk boleh disembunyikan pada masa kejadian tetapi tidak tahun-tahun selepasnya. Ahli sejarahwan akan menggali dan mencari jawaban sebenar.

PAS sebuah parti yang baik. Yang menerima kejadian itu seadanya seperti mana disampaikan kerajaan. Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAS tidak berbuat begitu.

Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya.

Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat.

Tetapi kalau modal usang Amanat Haji Hadi itu terus diecer oleh Umno secara gila-gila PAS juga tidak mungkin boleh berfikir untuk ikut sama mengungkitkan tragedi Memali itu sebagai modal politik. Mungkin generasi lama sudah memaafi di atas pembunuhan itu tetapi generasi baru yang baru tahu akan kesadisan Polis dan kerajaan UBN termakan dengan isu berkenaan.

Monday, 3 September 2012

Panas !!! Laporan Polis di buat terhadap Pengkhianat Negara.






Oleh NGO dari Derah Baling dan UMNO Bhg. Baling 4 sayap. Di Balai Polis Daerah Baling.

Laporan berkaitan tindakan biadap terhadap mereka yang memijak dan menunjukan 'punggung' tehadap gambar PM, menghina bendera Malaysia serta mengedarkan risalah yang mengagungkan Komunis sebagai pejuang manakala kepimpinan Negara sebagai pengkhianat.

P/S: Kalau jumpa puak ni Ludah jer Muka atau terajang jer.....


Wednesday, 25 January 2012

EKSKLUSIF!! Pemuda Pas Serah Borang Masuk UMNO!! #SaveKedah


sedikit ucapan sebelum serahan borang

penyerahan borang

check dulu...

siap kira lagi, nak confirm.. hehe..


Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling.

Mc dah kata, rakyat Kedah dah muak dengan janji-janji palsu kerajaan negeri. Adun tak buat kerja, ahli parlimen pun sama. Kerajaan negeri tak ambil berat langsung, tak pantau apa yang terjadi disetiap kawasan dun dan parlimen. Janji tinggal janji, cukup 5 tahun nanti, janji manis datang lagi.

Kawasan perkampungan sekeliling Gunung Pulai sekarang ni, ada masalah serius yang membabitkan dengan kerajaan negeri. Isu ini akan jadi ISU KEDUA terbesar, Selepas Madrasah Salihiah! Isu ini isu rakyat, isu yang boleh merebahkan terus kerajaan negeri Kedah dari pemerintahan mereka.

Nak tau isu apa.. sabarr.. pembongkaran akan dimulakan nanti!

Sunday, 12 June 2011

KASI PANAS!! PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU PASAL PAS!!


Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.

Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69. Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.

Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.

Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya. Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.
Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.

Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS. Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.

Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.


Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan. Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-
“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”

Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.

Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangankan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu.

Banyak betul penipuan PAS dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada. Betul-betul hampeh punya parti.

Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkanlah PAS dan perjuangan penuh penipuannya ini. Kejap negara Islam, kejap negara berkebajikan. Besok lusa entah apa pula lagi.

Wednesday, 25 May 2011

sekolah diancam tanah runtuh


BALING - Kira-kira 232 pelajar dan 17 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bakai dekat sini diancam bahaya ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah bukit di belakang sekolah berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Dalam kejadian terbaru pada dua hari lalu, satu runtuhan kecil berlaku selepas hujan lebat mengakibatkan hakisan di kawasan pinggir sekolah berkenaan.

Akibatnya, dua lubang besar terbentuk yang menjadi laluan air dari puncak bukit.
Kesan-kesan runtuhan batu dan tanah itu hanya kira-kira lapan meter dari bilik darjah dan menjejaskan struktur sekolah yang berkeluasan 1.2 hektar itu.

Pengetua sekolah terbabit, Alias Abdul Rahman berkata, pergerakan tanah dikesan sejak dua hari lalu mengakibatkan berlakunya runtuhan batu dan tanah sehingga memasuki kawasan sekolah berkenaan.