Showing posts with label HARIMAU MELAYA. Show all posts
Showing posts with label HARIMAU MELAYA. Show all posts

Thursday, 13 December 2012

Pengadil Korea punca utama Harimau Malaya tewas..



MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas. Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2.

Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65. Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.

Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.

Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil.

Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan. Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.

Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.

Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo dipatahkan pertahanan Thailand.

Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.

Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44.

Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.

Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.

Kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.

Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.

Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.

Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76 yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.

Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah. Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.

Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.

Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.

Malaysia yang tertekan terus mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut kekal ke wisel penamat. - SH

Sunday, 2 December 2012

Pemain import Garuda lembik,terima kasih Harimau Malaya.



Datuk K. Rajagobal memuji para pemainnya yang berjaya menunjukkan peningkatan dari semua segi serta mempamerkan corak permainan lebih baik berbanding sebelum ini. Jelasnya, walaupun skuad Garuda cuba mengubah kedudukan jaringan dan bermain corak pantas, namun para pemain bejaya bertahan dengan begitu baik. "Kemenangan ini sebenarnya tidak mudah. Kami hanya berehat dua hari sebelum berdepan Indonesia. "Saya gembira dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain yang bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan ini," katanya selepas berakhirnya perlawanan menentang Indonesia, semalam.

 Semalam, Harimau Malaya berjaya menundukkan Indonesia 2-0 sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Sebagai naib juara kumpulan B, anak buah Rajagobal bakal berdepan dengan Thailand yang muncul juara Kumpulan A di separuh akhir yang akan berlangsung di sini pada 9 Disember dan di Bangkok pada 13 Disember. Mengulas lanjut mengenai perlawanan menentang Thailand dalam saingan separuh akhir minggu depan, Rajagobal menegaskan bahawa beliau telah bersedia untuk menghadapi skuad Gajah Putih itu. "Saya sudah bersedia berhadapan pasukan Thailand.

 "Memang tidak dinafikan Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi. "Pada masa sama, pemain juga perlu melupakan kemenangan ke atas Indonesia, sebaliknya memberi memberi fokus sepenuhnya dalam aksi menentang Thailand nanti," ujar beliau yang berharap pemainnya dapat mengekalkan prestasi ini.