Showing posts with label abby abadi. Show all posts
Showing posts with label abby abadi. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

UMNO musuh ALLAH!!! FATWA terbaru Ostazah Ebbi...



Wahai semua ahli-ahli dan penyokong Umno!! Hari ni Srikandi paling suci dalam PAS iaitu Ostazah Ebbi dah keluarkan fatwa bahawa UMNO itu musuh Allah!! Dan Ebbi juga kata, buat apa saja bagi menentang UMNO akan dapat pahala!!

Maka dengan itu, gua harap semua ahli serta penyokong UMNO akan segeralah insaf dan kembali ke jalan yang benar mengikut ajaran Ebbi iaitu dengan menjadi macai PAS..

Ahli serta penyokong Umno harus takut dan bersedia untuk masuk ke neraka setelah Ebbi kategorikan Umno sebagai musuh Tuhan yang nyata. Ahli dan penyokong UMNO juga harus bersedia untuk dibakar bila mati nanti kerana Ebbi labelkan Umno lebih teruk dari kafir..

Jadi.., gua harap ahli-ahli serta penyokong Umno bermuhasabah diri untuk memilih antara yang benar atau salah.. Pilih la PAS sebab Ebbi kata hanya PAS yang Allah redai..

Dan kepada ahli serta penyokong Umno diluar sana.., berlapang dada lah bila menerima fatwa terbaru Ebbi ni beb.. Sesungguhnya Ebbi mungkin baru mendapat wahyu didalam tidurnya sebelum membuat fatwa berkenaan..

Walaupun korang tak boleh terima fatwa Ebbi tu.., tabahkanlah hati sebab jangan dibangkang cakap seorang Muslimah sejati macam Ebbi tu.. Berdosa beb bantah cakap serikandi Pas tu tauu... PTUIIIII !!!!

Tuesday, 8 January 2013

Abby Abadi labelkan Ahli PERKASA tak berakhlak..



Dalam satu ceramah anjuran Pas, bekas artis yang menyertai politik iaitu Abby Abadi telah melabelkan ahli-ahli Perkasa sebagai tak berakhlak kerana selalu menimbulkan kekacauan didalam majlis Pakatan.

 Didalam ceramah tersebut juga, Abby mendakwa pemuda-pemuda yang membuat kecoh disetiap ceramah Pakatan telah diupah RM30 berserta setin arak.

 "contohnya di Langkawi.., ada satu muslimat Pas cerita ada anak-anak melayu ditangkap selepas disyaki mencalarkan kereta para pengunjung yang mahu mendengar ceramah Anwar Ibrahim..

 "Budak-budak tu kata ya mereka diupah oleh Umno RM30 dengan satu tin arak.., orang melayu kita... Maknanya benda-benda tak patut berlaku.." kata Abby.

 Abby juga mendakwa pihak Polis lepas tangan didalam kes tersebut.

Tuesday, 11 December 2012

Afdlin menangis kerana Palestin,Abby bangga perlekeh artis disana.




Ketabahan dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza (A2G). Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan. "Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata.

 "Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin. Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah. Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza.

 Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana. Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember. "Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya. - Bernama

Monday, 10 December 2012

Ebbi tuduh @afdlinshauki jalan-jalan makan angin di Palestin??




Sadis beb!!! Ostazah Ebbi bukan saja ada power untuk kutuk pemimpin-pemimpin negara.., tapi Ebbi juga ada mukjizat untuk mengetahui niat seseorang..

Korang cuba tengok sendiri apa yang Ebbi tulis dalam laman Twitter dia mengenai artis yang ikut serta ke misi bantuan untuk rakyat Palestin.. Memang macam gampang beb!!


Ebbi kata.., dorang pergi sana hanya untuk menunjuk-nunjuk hotel penginapan dan sekadar melawat sambil berjalan-jalan ke tempat bekas serangan Israel..

Tapi Ebbi tahu tak bahawa yang sebenarnya para artis yang sertai misi bantuan ke Palestin tu tengah menggadaikan nyawa masing-masing? Ke Ebbi ni memang jenis yang tak tahu apa langsung?

Gua dimaklumkan bahawa Rombongan yang disertai oleh Afdlin Shauki dan beberapa orang sahabat artis hampir-hampir di BOM oleh pesawat jet pejuang F16 Israel..

Kalau hampir nak kena bom macam tu pun Ebbi kata bantuan kemanusiaan oleh artis-artis tu sebagai jalan-jalan.., memang SAH la bahawa Ebbi jahil murakkab!!

So nasihat gua pada Ebbi.., jangan lah tunjuk bodoh kepada umum.. Malu pada anak-anak yang sedang membesar tu beb.. Huhuhu..

SUMBER DARI...

Monday, 3 December 2012

Pakar retweet cepat PAS kena tibai Fathul Bari !! #PAU2012



Ostazah Ebby memang  cukup aktif sekali tweet & retweet di media sosial twitter. Apa saja benda /berita dia terima , terus saja nak sebarkan tanpa memeriksa kesahihannya terutam berkaitan agama .


Malah Dr Maza pun  pernah  kena smash dengan Ostazah Abby di twitter.

Ketika perbahasan usul agama oleh UFB , beliau turut sentuh penyebaran berita palsu di media sosial .

Siapa agaknya yang kaki retweet cepat itu yang dimaksudkan ?? Pakat pikiaq la no ...haha


Sunday, 2 December 2012

Ostazah Ebbi tuduh Polis di Johor suka ambik Rasuah!!!




Ostazah Ebbi datang lagiiii.. Kali ni Ebbi tuduh Polis-Polis di Johor suka ambil rasuah beb.. Ishhh.., memang kurang kasih sayang betul mak janda sorang ni kannn...

Dalam satu kenyataan terbaru Ebbi dalam Twitter.., penceramah mee segera Pas tu menyifatkan Polis-polis di Johor suka cari salah..

Ebbi juga menuduh Polis Johor mudah dirasuah dan biasa ajar rakyat macam mana cara-cara untuk bagi rasuah..

So.., gua tunggu apa tindakan pihak Polis di Johor tentang kenyataan Ebbi yang boleh gua sifatkan menjatuhkan imej Polis di negeri tersebut..

Takkan Polis Johor nak berdiam diri je dengan kenyataan Ebbi tu? Orang kata, diam tu tandanya setuju beb...

Kalau tak setuju, ambik je tindakan lah.. Takkan itu pun nak tunggu Hishamuddin keluarkan amaran?
SUMBER

Thursday, 22 November 2012

Fitnah TERBARU Ostazah Ebbi terhadap @NajibRazak..



Perghh..., Ostazah Ebbi ni semakin hari semakin mengganas nampaknya sejak dia bergelumang dalam kandang Pas..

Yang terbaru, Ebbi didalam satu laman perkongsian gambar, telah menyebarkan fitnah kononnya Perdana menteri Malaysia menyokong perancangan Yahudi..

Ebbi telah menyebarkan satu risalah yang menuduh Najib Razak sebagai Ahli Freemason!!!

Bagi gua, ini memang satu tuduhan yang amat berat kerana ia melibatkan pemimpin tertinggi negara yang diketahui umum sebagai sebuah negara Islam..

So adakah wajar seorang pemimpin tertinggi negara Islam macam Malaysia ni dituduh menyokong perancangan Yahudi dan juga Ahli Freemason?

Disini gua nak tengok sama ada Menteri KDN dan juga pihak berwajib berani tak buat sesuatu pasal fitnah ni?

Walaupun korang dah sedia maklum tentang 'Kedudukan TELOR' menteri KDN kita tu.., tapi tak salah rasanya kita bagi dia peluang terakhir 'yang ke 500 kali' untuk menjalankan kewajipan beliau...

Kalau tak ada tindakan jugak, lepas PRU13 nanti biar gua je jadi Menteri kat situ.. Sekurang-kurangnya.., gua lagi macho.. Hahahaha...

Saturday, 17 November 2012

Antara Abby dan Fathul Bari...



Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.


Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah. ~ SL

Thursday, 2 August 2012

Adun Pas NAFI kahwin dengan Ostazah Abby..



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karierbeliau.

“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah dalam sebuah program dianjurkan dikawasan beliau 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

“Saya masih memberi masa untuk pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnahnya itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahayamata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial Twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya untuk mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut Twitternya @wariechemanan bertanyakan “hai abby...betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan itu semua adalah fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik. ~sinarharian