Showing posts with label aflin shauki. Show all posts
Showing posts with label aflin shauki. Show all posts

Tuesday, 11 December 2012

Afdlin menangis kerana Palestin,Abby bangga perlekeh artis disana.




Ketabahan dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza (A2G). Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan. "Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata.

 "Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin. Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah. Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza.

 Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana. Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember. "Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya. - Bernama

Monday, 10 December 2012

Ebbi tuduh @afdlinshauki jalan-jalan makan angin di Palestin??




Sadis beb!!! Ostazah Ebbi bukan saja ada power untuk kutuk pemimpin-pemimpin negara.., tapi Ebbi juga ada mukjizat untuk mengetahui niat seseorang..

Korang cuba tengok sendiri apa yang Ebbi tulis dalam laman Twitter dia mengenai artis yang ikut serta ke misi bantuan untuk rakyat Palestin.. Memang macam gampang beb!!


Ebbi kata.., dorang pergi sana hanya untuk menunjuk-nunjuk hotel penginapan dan sekadar melawat sambil berjalan-jalan ke tempat bekas serangan Israel..

Tapi Ebbi tahu tak bahawa yang sebenarnya para artis yang sertai misi bantuan ke Palestin tu tengah menggadaikan nyawa masing-masing? Ke Ebbi ni memang jenis yang tak tahu apa langsung?

Gua dimaklumkan bahawa Rombongan yang disertai oleh Afdlin Shauki dan beberapa orang sahabat artis hampir-hampir di BOM oleh pesawat jet pejuang F16 Israel..

Kalau hampir nak kena bom macam tu pun Ebbi kata bantuan kemanusiaan oleh artis-artis tu sebagai jalan-jalan.., memang SAH la bahawa Ebbi jahil murakkab!!

So nasihat gua pada Ebbi.., jangan lah tunjuk bodoh kepada umum.. Malu pada anak-anak yang sedang membesar tu beb.. Huhuhu..

SUMBER DARI...

Tuesday, 3 January 2012

TUDIAA!! Akhirnya Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik Menyertai UMNO!!


Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun Salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.


Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan ‘double standard’ kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

“Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.


“Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.

Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO.

“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

“Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO,” terangnya. -MediaUMNO