Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts
Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts

Monday, 11 February 2013

Tanah perkuburan India pula dirampas DAP P.Pinang.



Di depan restoran Hai Siang Seafood di Jalan Besar Simpang Ampat Seberang Prai, satu bantahan telah di buat pada Jumaat oleh kaum India Dun Batu Kawan terhadap pengambilan tanah perkuburan India yang akan dirampas dan diberikan kepada Hindu Endowment Fund Pulau Pinang.

Bantahan yang diketuai oleh MV Mathuyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bhg Nbong Tebal, turut disertai oleh seramai 40 orang penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Celdonia dan Simpang Ampat serta pemimpin MIC Batu kawan. Pengambilan tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan ini melibatkan sebanyak 4 ekar tanah.Ketika sidang akhbar, M.V Mathialagan menjelaskan bahawa penduduk tidak berpuashati dengan rampasan tanah kubur orang India tersebut kerana kerajaan negeri tidak menghormati perasaan dan juga nenek moyang mereka..-sumber.

Guan Eng didesak mohon maaf,PAS diminta lebih tegas.



Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.

 Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut. "Pucuk pimpinan Pas juga perlu bertegas dalam perkara berkaitan dan jangan bercelaru semasa mengeluar pendangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Demonstrasi Membantah Lim Guan Eng: Isu Kalimah Allah di pekarangan Masjid Sungai Kob, Karangan bermula pukul 3petang. Beliau berkata, pucuk pimpinan Pas perlu serius dalam menangani sebarang kerenah pemimpin-pemimpin DAP yang sering mengguris hati umat Islam.

 Abdul Manaf berkata, walaupun Majlis Syura Ulama Pas telah membuat keputusan, tetapi akar umbi parti itu masih belum berpuas hati selagi pemimpin-pemimpin DAP belum memohon maaf secara terbuka. Justeru tegasnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjadi pengecut dalam isu berkenaan atau terlalu berlembut dengan para pemimpin DAP. "Kami juga minta Pas keluar dari pakatan pembangkang jika DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdegil dalam isu kalimah Allah," katanya lagi. Beliau menegaskan, dalam keadaan sekarang pemimpin Pas tidak perlu berasa takut kepada DAP atau Guan Eng dalam isu-isu berkaitan umat Islam dan orang Melayu

Tuesday, 8 January 2013

Lawak bodoh dari DAP..



DAP yang merupakan satu daripada tiga parti pembangkang utama negara, didakwa bermain politik secara lucu, selepas mengakui kesilapan teknikal dalam pengiraan lebih 500 undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, bulan lalu.

 Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakui memang lumrah manusia melakukan kesilapan tetapi persoalannya adalah mengenai perbezaan jumlah undi yang agak besar, iaitu 500 undi. “Saya tidak dapat terima perbezaan membabitkan angka begitu besar.

Ia seolah-olah ‘silap mata’ di mana seorang ahli, pada awalnya berada pada tempat sekitar 30, tetapi secara tiba-tiba boleh melonjak ke tangga 20. 

“Saya tidak pasti, adakah pertambahan ini, hanya semata-mata untuk memuaskan hati sebahagian ahli DAP Melayu,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Island Teknologi, di Hotel Eastin, di sini, semalam.

 Zainal Abidin berkata, beliau sendiri terkejut dengan pengumuman DAP bahawa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan parti itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC. 

“Sejak DAP ditubuhkan, ahlinya suka mencari kesilapan orang lain, kini parti mereka sendiri melakukan kesalahan. “Baru dengan undi melibatkan 2,000 orang, DAP tidak dapat menguruskan pengiraan yang tepat. Tidak tahu, macam mana hendak memberikan kepercayaan kepada DAP untuk menguruskan angka-angka melibatkan bilion.

 “Dalam hal ini, saya cukup yakin, hanya dengan sebuah kerajaan yang berpengalaman sahaja dapat mentadbir negara ini dengan sistematik,” katanya.

 Kelmarin, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam sidang akhbar di sini, mengakui kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu adalah sesuatu yang memalukan namun ia adalah kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

 Katanya lagi, ia adalah kesilapan pertama dalam sejarah DAP yang tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

DAP tak layak jadi kerajaan.. ~ Tun Mahathir



Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

 Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

 "Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

 "Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

 "Itu satu political 'ploy' (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Thursday, 3 January 2013

Isu Nama Allah : Nasharudin desak Guan Eng jelaskan niat sebenar..



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan sama ada beliau akan turut menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin seperti tuntutannya terhadap Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, penjelasan tersebut perlu untuk mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan.

"Saya mahu tanya Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah ini, adakah beliau akan tuntut digunakan juga dalam Bible versi bahasa Tamil dan Cina (Mandarin)?

"Kerana kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa beliau sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuesday, 11 December 2012

Guan Eng penakut selesai isu Taman Manggis.



Guan Eng di maki hamun penduduk P.Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa cuba menukar topik dengan mengaitkan isu-isu lain serta individu lain dalam menjawab persoalan berhubung tanah di Taman Manggis. Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng bertindak demikian kerana takut untuk menyahut cabaran berdialog berhubung isu berkenaan. “Dengan tindakannya itu, ia terbukti bahawa dia takut dengan bukti dan cabaran dialog yang akan diadili dalam ‘mahkamah rakyat’ oleh media. “Kenyataannya bahawa dia akan buktikan di mahkamah juga adalah untuk mengelak daripada rakyat mengadilinya sebelum pilihanraya nanti,” katanya kepada media semalam.

 Menurutnya, Guan Eng juga dilihat cuba memutar belit isu dan cuba tukar topik dengan mengheret isu lain dan individu lain yang tidak ada kaitan langsung dengan isu Taman Manggis. “Saya bersama Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng telah mengatakan bahawa dia telah menerima rasuah bukan 'wang rasuah' seperti yang dijelaskan. Dia perlu tahu bahawa rasuah juga merangkumi skop 'penyalahgunaan kuasa' dan 'pecah amanah'. “Persoalan banglo mewah yang disewanya daripada salah seorang pengarah berkepentingan dalam Kumpulan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) masih belum terjawab,” katanya. Menurutnya, kenyataan bahawa KLIDC telah diterima kerana tawaran harga paling tinggi juga adalah bukti bahawa Guan Eng telah menyalahgunakan kuasanya untuk membenarkan pembinaan hotel 19 tingkat di bahagian atas hospital berkenaan.

 “Ini adalah kerana tiada kenyataan bahawa pemaju lain dibenarkan membina hotel dalam proses tender. Ini jelas menunjukkan bahawa ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam proses tender. Kenyataan ini telah berulang kali dikemukakan kepada dia tetapi dia masih mendiamkan diri. “Mengenai kononnya dia mempunyai komitmen politik untuk menghapuskan rasuah juga adalah retorik politik dan gimik politiknya untuk pilihanraya akan datang,” katanya. Shaik Hussein berkata, beliau boleh membuktikan bahawa hampir semua tender terbuka yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI) tidak memenuhi prasyarat proses tender terbuka. “Saya boleh buktikan dengan fakta dan undang-undang bahawa hampir kesemua tender terbuka yang dilaksanakan olehnya melalui CMI termasuk tender Taman Manggis tidak memenuhi prasyarat proses tender terbuka berdasarkan undang-undang.

 “Kenyataan bahawa saya enggan minta maaf sebelum ini telah saya perjelaskan kerana didapati bahawa video majlis DAP yang mengandungi ucapan Ketua Menteri itu telah dipalsukan sepertimana video (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim. “Jika DAP mendakwa bahawa video Anwar Ibrahim boleh dipalsukan, maka tidak mustahil DAP mampu memalsukan video lain juga,” katanya. Terdahulu, Shaik Hussein mencabar Guan Eng berdialog bagi membincangkan isu tanah Taman Manggis di hadapan semua media bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar. Beliau berkata, dia mencabar Guan Eng untuk berdialog di hadapan semua media, supaya dia,Guan Eng dan media boleh mengutarakan soalan berikutan mendakwa Guan Eng gagal menjawab semua soalan BN berhubung isu itu sebelum ini.

Monday, 3 December 2012

Pakatan sudah goyah,Guan Eng takut denga UMNO/BN.



Walaupun keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam konvensyen negeri, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya. Lim (kiri) mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

 Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau. Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut. Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN. "Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

 Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat. Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi. Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup. Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.
SUMBER DARI..

Monday, 19 November 2012

PAS jangan perasan,DAP mahu Anwar jadi PM.



DAP hari ini mengulangi pendirian calon Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah seperti yang telah disepakati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih calon Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini. Menurutnya, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

 "DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon. "Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang. "Apa yang penting, keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sunday, 18 November 2012

Gula-gula PRU DAP P.Pinang memang 'sedap'.



Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menaikkan kadar Bantuan Biasiswa Kecil kepada pelajar miskin sekolah menengah sebanyak RM120 setahun mulai tahun 2013. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, ini bermakna mulai tahun depan pelajar miskin Tingkatan Satu hingga Tiga akan menerima RM600 manakala pelajar Tingkatan Empat dan Lima pula akan menerima RM840 setahun berbanding sebelum ini hanya RM480 dan RM720 setahun. Katanya, kenaikan kadar bantuan itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM2 juta tahun depan.

 “Kenaikkan bantuan itu bagi menampung keperluan pelajar miskin untuk membeli buku kerja dan rujukan serta keperluan harian yang semakin meningkat serta bagi memastikan kuasa beli pelajar miskin dapat dikekalkan,” katanya di Komtar, di sini,. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenaikan kadar bantuan antara 17 hingga 25 peratus itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain di negara ini. “Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat mampu menaikkan kadar bantuan itu kerana mendapat lebihan Bajet Negeri setiap tahun sejak 2008. Kejayaan Bajet surplus ini dicapai walaupun perbelanjaan bertambah sebanyak 55 peratus berbanding ketika diperintah Barisan Nasional (BN). Seramai 2,567 pelajar daripada 123 sekolah di Pulau Pinang akan mendapat faedah daripada kenaikan Bantuan Biasiswa Kecil Negeri itu.

 Pemilihan penerima bantuan itu adalah diproses melalui system computer online oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berasaskan merit, kedudukan kewangan keluarga dan kegiatan ko-kurikulum. Pejabat Pelajaran Pulau Pinang pula akan memperakukan senarai nama pelajar yang layak menerima bantuan itu kepada kerajaan negeri untuk kelulusan. Mana-mana keluarga di Pulau Pinang yang mendapati anak mereka tercicir daripada senarai itu boleh menghubungi Pejabat Daerah atau ADUN PR untuk dipertimbangkan. Sehubungan itu beliau juga menafikan tuduhan liar pihak tertentu bahawa Bajet surplus dicapai kerana kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan. “Surplus naik 312 peratus pada 2011 kepada RM138 juta berbanding 2010 kerana urustadbir CAT yang memberi penekanan kepada tender terbuka kompetitif, pengistyiharaan aset pemimpin kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri kepada orang awam, mendedahkan isi kandungan kontrak kerajaan dengan syarikat swasta dan memastikan kesederhanaan baik dalam perbelanjaan secara berjimat dan berhemah atau kehidupan tidak mewah tetapi sederhana pemimpin dan pegawai kerajaan negeri.

 “Lagipun surplus ini dikongsi dengan rakyat menerusi pelbagai program bantuan emas seperti warga emas, anak emas, mahasiswa emas dan pelajar emas. Di samping itu, kerajaan negeri juga melaksanakan Agenda Ekonomi Saksama (AES). “Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia pada 2013 dengan mewujudkan mekanisma untuk menjamin setiap keluarga memperoleh sekurang-kurangnya RM770 sebulan. Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM770 sebulan akan ditambah nilai atau “top-up” oleh kerajaan negeri setiap bulan hingga genap RM770,” katanya.
sumber dari...

Wednesday, 29 February 2012

Guan Eng mahu IGP tindak tegas

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Februari 2012
kasut-perkasa
SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan insiden sekumpulan pemuda, didakwa ahli Umno dan Perkasa, 

mengepung kereta beliau dan menyerang orang ramai di Georgetown, Ahad lalu ketika Himpunan Hijau daripada berulang.

Selain itu, Guan Eng juga mahu Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas anggota polis yang tidak berbuat apa-apa untuk menghalang kumpulan pemuda terbabit daripada menghampiri kereta dan cuba untuk menyerangnya.

"Adalah jelas bahawa tinkah laku anggota-anggota polis yang berdiam diri dan tidak menghalang mereka yang mengganas rakyat Pulau Pinang itu tidak boleh diterima.

"Saya berharap bahawa tindakan yang keras sekarang akan diambil oleh pihak polis ke atas mereka yang bersalah agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Pulau Pinang," kata beliau dalam surat kepada Ismail, hari.

Guan Eng berkata, bantahan anti-Lynas, Ahad lalu di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah diganggu oleh ahli-ahli Umno dan Perkasa yang telah membuat rusuhan di kawasan itu.

"Sebelum saya sampai ke situ pada pukul 6.30 petang, saya difahamkan bahawa perusuh-perusuh itu telah cuba memaksa orang awam dan pembantah anti-Lynas balik rumah dan meninggalkan tempat itu.

Ramai pula yang ditolak dan dipukul sehingga mereka jatuh, termasuklah wanita-wanita. Adalah nasib baik bahawa mangsa-mangsa tersebut tidak bertindakbalas balik," katanya lagi.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan Umno terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lepas, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.

Beliau berkata sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.

Kata Ketua Menteri, insiden ini adalah kali kedua wartawan dan orang awam diugut dan diganas tanpa tindakan keras diambil ke atas mereka oleh polis.

"Sebelum ini, pada 1 Julai 2011 dua orang wartawan telah dipukul oleh peserta-peserta demonstrasi yang melibatkan ahli-ahli Umno dan Perkasa di Komtar dan selepas itu juga di Jambatan Pulau Pinang. Sehingga sekarang, tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang memukul wartawan itu.

Guan Eng berkata, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau telah dijemput dan telah menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “You jaga”.

"Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya bahawa saya sendiri akan diserang.

"Saya difahamkan bahawa sebelum saya sampai, sudah berlaku kekecohan di mana ada beberapa orang awam diserang dan dipukul kumpulan ahli Perkasa dan Umno ini.

"Semua laporan polis yang berkenaan dan rakaman video telah dibuat dan diberikan kepada pihak polis," katanya.

Semalam, Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.

"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.

"Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya

Wednesday, 16 November 2011

WAJIB TENGOK!! Orang-Orang Gila Paling Berbahaya Di Malaysia!!


Peningkatan jumlah pesakit mental di Malaysia kini dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban penyakit berkenaan akan meningkat 16 peratus menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Jelasnya, sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas dan jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun sebelumnya.

sambung baca lagi

Monday, 3 October 2011

PANAS!! Dap Tetap Bersama Pas Melawan BN!!


Topik Yang Sebenarnya,

Dap Tetap Perkudakan Pas Lawan BN!!


Ye lahhh.. mana tak bersama Pas. Undi melayu Dap nak kutip mana? Nak harapkan Dap Melayu dan PKR? Penyokong dan ahli Dap Melayu dan PKR tak sehebat Pas. Totok pentaksub mereka pun tak totok bodoh macam Pas. Jadi nak pecahkan undi Melayu dari UMNO. Dap kena la perkudakan Pas.

Pas bertanding kat parlimen 60 kerusi saja. Dap berapa? Pkr berapa? Kalau la Pakatan menang, Pas takkan dapat jadi ketua. Dap yang akan naik. PKR mungkin la, sebab ada Anwar. Tapi jika PKR kalah teruk, Dap majoriti lebih, rasanya siapa yang akan naik jadi PM?

Siapa lagi kalau bukan Lim Guan Eng. Sebab itu lah, sampai sekarang mereka ni tetap mahu kudakan Pas. Sebab Pas ni bodoh!

Benda depan mata pun masih lagi tak sedar?

Sunday, 2 October 2011

Guen Eng bukan saja kena mohon maaf tapi kena masuk MCA baru puak songkok 3 jengkal akan puas hati..!!


Walaupun Guan Eng telah mohon maaf, rupa-rupanya Guan Eng terlupa ada satu lagi......alahai.....

Gambar hanya sebagai hiasan

Memang saya dah agak, hatta Guan Eng menangis air mata darah sekalipun merayu-rayu memohon maaf, puak-puak songkok tiga jengkal ini akan tetap memainkan isu ini lagi dan lagi.

Pada halnya memang sudah jelas Guan Eng sudah mohon maaf seperti DI SINI .


Soal keikhlasannya adalah perkara dalam hati.

Apa, selama ini adakah anda ingat puak-puak songkok 3 jengkal ini ikhlas menolong anda? Terpulanglah kepada anda untuk mentafsirnya jika anda betul-betul ikhlas. [sumber .]

Kenapa puak-puak ni masih memekak hinggakan Mahathir pun masih membebel lagi.

Tapi kita maafkan Mahathir kerana sifat dia sebagai seorang yang sudah lanjut usia tapi masih lagi perasan berkuasa......jadi bila di acah oleh pencacai-pencacai......maka mengomellah dia.

Mungkin Mahathir sudah lupa (nyanyuk?) atau buat-buat lupa bahawa dia masih lagi ber'hutang'.....beliau masih belum memohon maaf dengan Raja-Raja Melayu kerana Mahathirlah yang bertanggungjawab menarik kekebalan Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan 1993 seperti DI SINI dan kepada rakyat Malaysia dalam krisis Perlembagaan 1988 seperti DI SINI .

Konklusinya, Guan Eng tidak dikira memohon maaf atau dalam bahasa yang lain Guan Eng perlu memohon maaf dengan puak-puak di bawah ini barulah beban Guan Eng ter'lepas' kerana puak-puak ini merasakan dirinya yang paling ber'KUASA' di Malaysia.

Itulah puak-puak songkok 3 jengkal yang dibangsakan Umno.

al-brangionline:

Orang Melayu perlu mengikiskan stigma bahawa Umnolah yang paling berkuasa di bumi Malaysia ini.

Ubahlah segera......Umno perlu diganti di PRU13 nanti.
http://al-brangionline.blogspot.com/2011/10/walaupun-guan-eng-telah-mohon-maaf-rupa.html

Wednesday, 28 September 2011

GUAN ENG!! APA LAGI LU NAK TIPU LEPAS NI?







Sedutan transkrip temu ramah Guan Eng dengan FCA di Singapura

SOALAN: Artikel The Economist sepenuhnya menulis perkara positif mengenai Pulau Pinang. Adakah terdapat apa-apa laporan yang negatif ke atas Pulau Pinang?
Saya merujuk laporan NST bahawa Kerajaan Pulau Pinang perlu bersih mengenai rangka tindakan pembangunan perindustrian di negeri ini dan tidak memberikan pelbagai alasan mengapa ia ditangguhkan.
Business Times pula melaporkan perkhidmatan asas seperti kereta api tidak berfungsi dan sebagainya. Adakah ini kerana beberapa media Malaysia dianggap ada tujuan politik atau sesetengah kritikan itu ada kebenarannya?
GUAN ENG: Semua akhbar-akhbar di Malaysia dikawal oleh kerajaan. Tidak bermakna bahawa kita menolak kritikan yang dibuat terhadap kerajaan negeri. Tetapi jika itu yang terbaik mereka boleh lakukan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri yang mentadbir kerajaan dengan efisien.

Mengenai pelan induk perindustrian, Pulau Pinang telah mengumumkannya tetapi kerajaan Pusat mendesak bahawa kita perlu bekerjasama dalam Greater Penang Masterplan.
Oleh itu, kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan selepas musim cuti umat Islam. Sekarang kita dipersalahkan oleh media kerajaan kerana melakukan perkara-perkara yang kerajaan minta kita untuk lakukan.

Dari segi keadaan perkhidmatan asas di Pulau Pinang, saya ingin menjemput anda untuk datang ke Pulau Pinang.
Pulau Pinang adalah jelas lebih bersih bukan sahaja dari segi mentadbir kerajaan yang jujur tetapi juga bersih dari segi fizikal.

Juga lebih selamat dan tidak perlu bimbang tentang keselamatan di Pulau Pinang. Pulau Pinang berada di tempat pertama tahun lalu dari segi mengatasi jenayah iaitu sebanyak 27 peratus.
Bagi tempoh enam bulan pertama juga jenayah dikurangkan sebanyak 25 peratus. Tetapi di Johor, seseorang warga Singapura boleh diculik. Anda tidak akan alaminya jika datang ke Pulau Pinang.

Friday, 16 September 2011

Aduhai NAJIB.. mahsuh 1 tapi mau bikin yg baru 2 pulak tuuu...!!


Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’

September 16, 2011
GEORGE TOWN, 16 Sept — Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.

Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.

“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

“Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Lim (gambar), seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan.

Setiausaha Agung DAP menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA.

“Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan,” kata beliau.
Lim juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan diumumkan oleh Najib kerana mereka juga menyokong ISA sebelum ini.

“Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib,” kata Lim lagi.
Sehubungan itu kata Lim, rakyat Malaysia seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib semalam, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat.

“Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain,” katanya lagi

Wednesday, 14 September 2011

Guan Eng tak heran dgn saman UMNO.. Apa cerita kata beliau kita sembang di mahkamah..!!


Guan Eng tidak akan mohon maaf pada Umno

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf terhadap dakwaan 'memfitnah' Umno dengan menuduh parti itu terbabit dalam percubaan membakar ibupejabat DAP negeri itu bulan lalu.

NONEKetua perhubungan Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa Lim juga bertanggungjawab kerana menuduh parti itu menganjurkan protes 'ganas' di sekitar Komtar dan jambatan Pulau Pinang Julai lalu.

Hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP, menerima surat tuntutan dari peguam Umno, memintanya supaya memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

Lim berkata beliau sedia berdepan dengan Umno di mahkamah berhubung perkara itu, dan berkata adalah tidak masuk akal untuk memohon maaf kepada "parti yang berbohong".

NONEMalah, dakwanya, Umno adalah parti yang bertanggungjawab terhadap 'fitnah dan pembohongan' yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, dan ia sepatutnya memohon maaf atau jika tidak, akan menyaman balik, jika perlu.

Lim berkata, beliau "akan melawan Umno habis-habisan" dan menunggu untuk bertemu pemimpin parti itu di mahkamah tidak lama lagi, agar fakta berhubung dakwaan mereka dapat didedahkan.

"Saya harap Umno tidak jadi pengecut dan tunggu kita di mahkamah. Bukannya kita mahu melawan atau kita berani, tetapi kerana kita mahukan kebenaran," katanya


Wednesday, 13 July 2011

BERSIH: SAH! DAP MEMANG MAHU MELAYU BERGADUH DENGAN MELAYU


Kawan GAD yg merupakan Special Branch (SB) telah menunjukkan kepada GAD satu SMS yg dihantar oleh Lim Guan Eng kepada seluruh ahli DAP berkaitan BERSIH. Menurut SMS tersebut, Lim Guan Eng mengarahkan supaya semua ahli DAP jangan menyertai perhimpunan BERSIH. Dia juga ada mengatakan bahawa biarkan orang Melayu bergaduh dengan org Melayu.

GAD tak terkejut membaca SMS tersebut. Sebagai parti rasis dan mempunyai roh komunis, niat DAP memang sudah diketahui. Cuma yg amat malang, org Melayu yg berada dalam PAS dan PKR bagaikan tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan perangai DAP ini.

Kita boleh lihat berapa kerat saja org Cina yg menyertai BERSIH. Mereka ini rata-rata menganggap menyertai BERSIH adalah sia-sia. Adalah lebih baik mereka cari makan atau cari duit. Yang tetap bodoh adalah org Melayu yg tak tahu hujung pangkal terus saja bersetuju untuk memberontak. Nampaknya selama-lamanyalah org Melayu akan diperalatkan oleh musuh-musuh dalam selimut ini. Mereka ini hanya menunggu masa saja nak 'membersihkan' kita dari Tanah Melayu ini.