Showing posts with label ABDUL KHALID. Show all posts
Showing posts with label ABDUL KHALID. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

DAP mahu 'lempang' MB Khalid isu kuil.



MP Puchong Gobind Singh Deo menyelar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih berdiam diri dalam isu perobohan satu altar Hindu di Sepang pada bulan lalu. Katanya, Khalid memilih untuk berdiam diri walaupun isu berkenaan begitu serius dan perobohan berkenaan dikutuk BN dan Pakatan Rakyat. "(Langkah) berdiam diri oleh menteri besar dalam situasi seperti ini, pada fikiran saya jelas tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 Exco kerajaan negeri Xavier Jayakumar pada Khamis lalu mengutuk tindakan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang meruntuhkan altar berkenaan. Seramai 30 pegawai penguatkuasa MPS memasuki kediaman berpagar seorang penganut Hindu, Umah Devi pada 20 November di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, dan meruntuhkan altar kecil tersebut. Menurut Xavier, kerajaan negeri mengarahkan semula kerajaan tempatan supaya tidak meruntuhkan tempat ibadat yang didirikan sebelum 2008.

 Gobind mempersoalkan mengapa pegawai MPS berkenaan mengambil tindakan yang bertentangan dengan arahan kerajaan negeri. "Mengapa mereka lakukannya? Beliau (Khalid) juga perlu menunjukkan bahawa beliau serius dan bertindak ke atas golongan yang ingkar arahan," kata Gobind.

Sunday, 18 November 2012

Janda mengamuk cari MB Khalid.



Lebih 10,000 orang wanita berstatus ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor kerana gagal melunaskan pemberian elaun untuk golongan itu yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz memberitahu, Tetuan Kamaruddin & Partners telah dilantik sebagai wakil untuk memfailkan saman tersebut. Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat berkata, saman berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 November ini. "Pada keesokan harinya pula (23 November) satu piket secara aman akan diadakan di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar berhubung tuntutan tersebut," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Ibu-Ibu Tunggal DUN Semenyih di sini semalam. Lebih daripada 2,000 ibu tunggal dijangka akan menghadiri piket tersebut.
sumber dari...