Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Nik Aziz celupar pasal kutuk Umno.. - Muhyidin



Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggapnya celupar kerana mendakwa menyokong UMNO itu satu perbuatan yang mungkar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, itu merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Nik Abdul Aziz sanggup mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa berlandaskan hukum agama semata-mata untuk mempengaruhi orang Melayu mengundi Pas.

"Nik Aziz ini selalu dia celupar.. celupar ini taulah.. terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum.

"Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh ulama mempertikaikan. Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri.

"Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di negeri ini dalam majlis yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini yang menyatakan akan menentang UMNO selagi ada orang Melayu yang menyokong parti itu dan menyifatkan ia suatu perbuatan mungkar.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengukuhkan hujahnya mengapa beliau perlu terus bertanding dalam pilihan raya umum bagi memenuhi kewajipan menentang UMNO meskipun telah lama menjadi Menteri Besar dalam keadaan sering uzur.

Menurut Muhyiddin, kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan tahap keislaman UMNO akan lebih banyak kedengaran dari mulut para pemimpin Pas menjelang pilihan raya umum dan inilah antara sebab perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam.

Katanya, fatwa songsang sebegini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk kepentingan politik sebagaimana amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam perkembangan lain Muhyiddin memberitahu, pendirian kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap isu hudud masih sama.

"Pendirian kita adalah jelas. Tak perlu dipanjangkan. Kita tidak menolak hukum (hudud) dan seperti yang saya sebut sebelum ini ialah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya sahaja. 

"Dalam hal ini, ada fasa-fasa yang kita perlu ambil kira kerana ketika ini masih ramai tak faham (berkenaan isu hudud). Macam Pas pun, bila sebut hudud, dia sebut hudud Pas dan dia tak sebut hudud Islam," ujar beliau.

Thursday, 13 December 2012

DAP mahu 'seratus hari ke Putrajaya',pembohongan yang di ajar Anwar.



Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mahu Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini menjadi pembuka bersejarah kepada kempen “Seratus hari ke Putrajaya” untuk rakyat mencipta sejarah dan membawa Malaysia yang baru benar-benar bersatu, demokratik dan makmur di bawah kerajaan Malaysia Pakatan Rakyat.pada PRU-13 nanti. Beliau berkata, kongres akan menghantar mesej jelas dan terang kepada semua rakyat, termasuk pemimpin, perwakilan dan ahli DAP supaya mempunyai visi, iltizam, tanggungjawab dan disiplin kuat bagi mencapai misi dan objektif kempen bersejarah itu. Kit Siang berharap semua rakyat tanpa mengira agama dan keturunan termasuk di Smenanjung, Sabah dan Sarawak bersatu sebagai satu masyarakat bagi memulih kembali kehebatan Malaysia sebagai model masyarakat majmuk yang harmoni.

 “Sudah pasti semua mata akan bertumpu kepada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 bukan sahaja kerana kongres kali ini adalah yang terakhir tahun ini, juga seratus hari terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dinanti-nantikan kerana sudah lama tertangguh. “Di saat menjelangnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 dan ketika kempen “Seratus Hari ke Putrajaya”, propagandis dan kaki putar UMNO/Barisan Nasional akan memacu lebih laju dengan politik bohong, kebencian dan menakut-nakutkan bukan sahaja memburuk-burukkan DAP dan cuba memecahkan perpaduan dalam parti, juga perhubungan DAP dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS,” katanya dalam kenyataan media,semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, matlamatnya jelas, walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak begitu yakin bahawa UMNO/BN akan mendapatkan semula dua pertiga majoriti di Parlimen, sedangkan peluang PR dan BN masih lagi “50-50”. Menurut beliau, peluang BN dan PR sama berdasarkan perkembangan ketika “Seratus Hari ke Putrajaya” terutamanya kempen pilihan raya umum adalah penentu kepada keputusan akhir.

 Beliau berkata, berdasarkan analisis akhir, keputusan mungkin sama ada UMNO/BN memperoleh kembali majoriti dua pertiga sekurang-kurangnya 74 kerusi di dalam Dewan Rakyat, atau PR memenangi 125 kerusi dengan majoriti 28 kerusi mengatasi UMNO/BN di Parlimen. “Dalam senario yang terkemudian, PR memenangi Putrajaya dengan 125 kerusi Parlimen, kemungkinan pembahagian kerusi adalah PKR dengan 45 kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 40 kerusi. “PR akan menjadi perikatan sama rata dengan tiada parti mendominasi kuasa politik seperti mana dalam BN. “BN sekarang memainkan isu sentimen dengan pembohongan apabila mendakwa DAP menakutkan pemimpin PAS dan PAS menakutkan pemimpin DAP serta orang Melayu dan orang Cina akan ditindas. “Sedangkan di bawah kerajaan PR terdiri daripada PKR, PAS dan DAP komited berkhidmat demi kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan. “Hubungan kami dalam PR, adalah setara yang mana kami menghormati pandangan dan perbezaan antara satu sama lain. Ini berbeza dengan BN yang UMNO menguasai politiknya,” katanya .

Kit Siang berkata, sama ada sejarah akan tercipta pada PRU-13 dengan perubahan kerajaan di Putrajaya bergantung kepada kemampuan Pakatan Rakyat meyakinkan 13 juta pengundi Malaysia, terutamanya empat juta pengundi atas pagar terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pemngundi pada PRU-12. Katanya, Kongres Kebangsaan DAP ke-16 juga akan melaungkan seruan terakhir bersiap sedia untuk PRU-13 merealisasikan program dasar bersama Pakatan Rakyat untuk Malaysia yang baru, benar-benar bersatu, demokratik, adil dan makmur di bawah kerajaan PR Malaysia.

DAP boleh tutup mulut-PAS Kelantan.



Kerajaan Negeri Kelantan mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyaman dua remaja bukan Islam, yang didakwa melakukan tindakan ‘memalukan’ di sebuah taman di negeri itu baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak mempunyai kuasa yang diperuntukkan melalui undang-undang kecil taman. Malah, katanya, undang-undang itu turut dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara yang mana orang bukan Islam juga boleh disabitkan kesalahan sekiranya melakukan tindakan tidak sopan di khalayak awam.

 “Kita akui mengeluarkan saman (bukan Islam) dalam kes-kes tertentu tetapi bukan kes khalwat sebagaimana yang dinyatakan, apa yang kita buat berdasarkan undang-undang berdasarkan di bawah PBT yang dikuatkuasakan sejak 1986. “Ia tidak terhad kepada orang Islam sahaja, tetapi setakat pegang tangan dan naik motor berpasangan kita tidak anggap tidak senonoh, tetapi kes di taman ini kami telah buat siasatan, kelakuan mereka keterlaluan di tempat awam, menjatuhkan maruah dan imej negeri dan masyarakat Kelantan, apa lagi ia dilakukan di khalayak ramai,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam. Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan dua remaja Cina ditahan kerana didakwa ‘berkhalwat’ berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra baru baru ini. Tindakan tersebut sekali gus mencetuskan reaksi kurang senang dari pimpinan DAP termasuk Pengerusi Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

 Takiyuddin hairan sikap sesetengah pihak yang membangkitkan perkara tersebut sedangkan keluarga yang disaman tidak mahu memperbesarkan isu yang disifatkan memalukan. Bagi tujuan itu, Takiyudin berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar memfitnah serta melaporkan berita secara tidak profesional. Mengulas dakwaan mengatakan bahawa pegawai penguatkuasaan meminta rasuah, beliau berkata, sekiranya ada pihaknya meminta dibuat laporan polis supaya siasatan boleh dijalankan. “Apa yang saya tahu, perkara ini tidak wujud, tetapi kita tidak pernah menyembunyikan pegawai yang bermasalah, jika ada laporkan kepada polis,” katanya. Dalam masa yang sama, beliau turut meminta Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak diperangkap musuh.

Saturday, 17 November 2012

DAP secara terang bantah Hudud,PAS masih lena tidur.




DAP menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Pengerusinya Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. "Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata Pas telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat. "Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.- Bernama

Monday, 3 September 2012

HOT : INILAH HASIL DIDIK PARTI KURANG AJAR DAP KEPADA RAKYAT..?? @NajibRazak

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Isnin menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara selain mahu menukar Jalur Gemilang sebagai budaya liar.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata perbuatan itu tidak boleh diterima, walau apa juga alasan yang diguna pihak terbabit untuk mewajarkan tindakan mereka.
Sekalipun tidak suka dengan pemimpin, mereka tidak harus melepaskan rasa tidak geram dengan menghina gambar pemimpin, manakala Jalur Gemilang pula lambang identiti setiap rakyat Malaysia, katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau mengulas tindakan peserta Himpunan Janji Bersih pada malam ambang Hari Kemerdekaan di ibu kota Khamis lepas, yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Segelintir peserta perhimpunan juga dilapor bangga mengibarkan bendera yang dikatakan sebagai pengganti Jalur Gemilang.


Siapa yang mulakan memijak gambar pemimpin kalau bukan DAP...cuba lihat gambar dibawah ini...



Jadi tidak hairanlah mengapa penyokong pakatan haram bertindak kurang ajar memijak gambar perdana menteri kesayangan kita...semuanya hasil didikan pemimpin-pemimin DAP, biadap dan kurang ajar...Sepatutnya Nik Aziz patut tarbiah DAP dulu baru betul....



Cuba baca apa Nik Aziz kata pula mengenai insiden menukar jalur gemilang dan pijak gambar DS Najib..

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengutuk perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dengan nada marah berkata perbuatan memalukan itu bertentangan dengan amalan Islam dan budaya Melayu serta individu-individu terbabit sebenarnya telah dirasuk 'pelesit'. Nik Abdul Aziz turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang mahu menukar Jalur Gemilang kerana ia sudah diterima masyarakat antarabangsa.

Adakah kita sanggup membiarkan pemimpin dan penyokong sebegini mentadbir negara??... agaknya apa akan jadi jika puak-puak sebegini berjaya memerintah negara... alamatnya hancurlah negara kita...tak puas hati je..buat demo...rosakkan harta benda awam, pijak gambar pemimpin, tukar itu dan ini...fikir-fikirkanlah...

Friday, 25 November 2011

TUDIAA!! UTUSAN FITNAH HARAKAH??!



Harakah terbitan terbaru, mendakwa laporan bersiri akhbar Utusan Malaysia adalah satu fitnah terhadap Pas Kelantan. Pas menegaskan, air di Kelantan tidak seteruk yang seperti yang digambarkan.

Pas kata air kat Kelantan tak cukup teruk. Air kat Kelantan tu kira ok la bagi depa. Mai kita tengok gambar perbezaan nyata diantara air bersih dengan air dari paip air di setiap rumah di Kelantan.


Kiri tu bersih, kanan tu dari bekalan air Kelantan.. serupa jus oren  pun ada..

Kalau macam tu punya warna pun depa kata tak teruk, Mc pun taktau nak kata apa la. Depa nak tunggu sampai jadi kaler kopi O kot baru nak di panggil teruk.

Bukti dan kajian yang dibuat, air di Kelantan mengandungi campuran e.coli dan juga beberapa kimia lain yang boleh merosakkan gigi.

Apakah itu satu fitnah dari Utusan? Siapa yang fitnah siapa sekarang?


Undilah Nik Aziz untuk nikmati semua ini..