Showing posts with label pkr kedah. Show all posts
Showing posts with label pkr kedah. Show all posts

Tuesday, 31 January 2012

TUDIAA!! Johari Abdul Nak bunuh diri kerana tak dapat jadi calon??




Pada PRU ke 13 ni Sungai Petani akan ada calon kawasan Parlimen yang baru. Diimport dari seberang laut iaitu Pulau Langkawi. Seorang ahli tertinggi PKR Kedah yang Anwar Ibrahim cukup percaya kepadanya hinggakan mengalahkan kepercayaan  Anwar kepada Johari Abdul iaitu Datuk Wan Salleh bekas ADUN Angkat Langkawi.

Patutlah digunakan alasan ini klik sini untuk hendak melindungi nafsu politiknya yang semakin hari semakin membesar. Jika Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 maka janji yang diterima adalah beliau akan dilantik menjad Menteri Penuh. Mungkin Menteri Pengangkuan kot...sebab terkenang janjinya semasa PRU ke 12 pasal hendak turunkan harga feri di Langkawi.


Johari Abdul pula setelah dilihat gagal dalam membela Anwar semasa isu Datuk Trio T, maka akan digugurkan untuk memberikan laluan kepada calon kesayangan Anwar ini. Mengikut sumber-sumber dari penyokong PKR sendiri, Johari jarang ada di dalam kawasannya. Hinggakan para-para penyokong cukup payah hendak berjumpa dengan beliau. Mungkin Johari Abdul ini dianggap liabiliti baru oleh PKR Pusat. Jadi sebelum teruk, baik singkirkannya.



Tahniah kepada PKR kerana meletak calon Wan Salleh, hehehehehe... mudah lah Team Media Kedah nak buat kerja lepas ni. Opss terlupa pulak, dengar kata DAP pun ada hati juga hendak  letak calon di Parlimen Sungai Petani ni. Lantaklah korang lah...

Kami peduli apa!!..

P/S: Patutlah si Pak Wan Salleh ni jarang ada di Langkawi. Rupa-rupanya memasang angan-angan besar di sebelah darat nun. Rumah sewa kat Langkawi sudah bayar ke belum?...hehehehe...sekadar bertanya sahaja...

Monday, 24 October 2011

TUDIAA!! Nak cukai PLUS pulak!! Pas Kedah dah nak bankrup ka?




Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

sambung lagi

Saturday, 17 September 2011

PKR gesa pembebasan tahanan


 
ALOR SETAR - Kerajaan Pusat wajar menunjukkan keikhlasannya mengenai hasrat menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dengan membebaskan tahanan semasa yang ditahan di bawah ISA dan Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Senator Zamri Yusof berkata, pihaknya menyambut baik langkah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas Hari Malaysia, malam kelmarin.

“ISA sebenarnya mencabul demokrasi dan hak asasi manusia kerana individu ditahan tanpa dibicarakan, melibatkan suatu tempoh yang lama, justeru kita menyambut baik saranan itu.

“Bagaimanapun, kita ingin melihat langkah positif daripada Perdana Menteri dan beliau perlu menunjukkan kesungguhan itu dengan ‘membebaskan’ tahanan semasa, yang ditahan di bawah ISA dan EO,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pembebasan yang dimaksudkan ialah membawa kes individu yang berada dalam tahanan ke mahkamah untuk perbicaraan sebelum diputuskan sama ada bersalah atau tidak.

“Setiap individu berhak melalui proses perbicaraan, malah tempoh tahanan polis selama 60 hari juga perlu mendapatkan perintah reman daripada mahkamah.

“Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai dua undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA, kita berharap agar undang-undang berkenaan akan mengambil kira hak asasi manusia dan tidak sezalim ISA,” katanya.