Showing posts with label tangkap khalwat. Show all posts
Showing posts with label tangkap khalwat. Show all posts

Friday, 9 March 2012

PANAS!!! BARD TOYA MIN COPY PASTE SKRIP ANWAR TUTUP KULIAH JAM 3 PAGI !!??



Nampaknya badrul khalwati terpaksa copy paste skrip anwar dan mat sabu jugak sebab nak tutup kuliah pagi jam 3 dengan bini orang kat hotel baru ni..Dia ni tak reti duduk diam ka di rumah,dah orang bagi cuti tu cuti saja lah,yang nak p round ceramah tu pasaipa.biaq la jabatan agama Islam yang jelaskan.


Dah la dia yang kena tangkap basah,lepas tu nak pi cerita kat orang yang cerita tu fitnah,kenyataan yang bad toya min cakap sebelum ni pun dah banyak yang kantoi dan makan diri sendiri..Memang muka tebal tahap kulit badak betui la..Berani buat berani tanggung la,tak payah la nak guna skrip anwar pusing 1Malaysia tuduh semua ni kerja UMNO..


Sendiri yang kuliahkan bini orang,Umno yang dapat nama.Kalau kejadian tu tak berlaku kenapa tak saman ja sapa yang terlibat masa tu..Kenapa harus mengheret rakyat ke dalam kes khalwat bard toya min ni..Allah S.W.T dah tunjuk sikit demi sikit keburukan perangai lebai lebai PR ni dan bayar cash apa yang depa duk mengata sebelum ni..


Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh penyokong pakatan rakyat yang sering melakukan maksiat tanpa memikirkan azab Allah. jangan mudah tertipu dengan dajal-dajal yang menyerupai manusia

Friday, 2 March 2012

From Rompin to Kuantan with Love, Mengapa Wati mencari Badrulamin?



                            

Jarak perjalanan dari Kuala Rompin ke Swiss Garden Kuantan  ialah 146km dan jika memandu kereta mengambil masa 3 jam 9 minit.

Wah! Begitu jauh sekali perjalanan untuk meminta bantuan,  tak ada kah talian hayat di daerah Rompin, saudara mara atau sahabat.

"Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden." kata suami Wati

Beliau merayu supaya isterinya kembali bersamanya malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang di sewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Persoalan lain yang perlu dijawab ialah;
1. Badrul mendakwa suami Wati membawa 20 kaki pukul, kenapa tak ada kesan lebam dan bengkak-bengkak di muka atau di badan Badrul dan kenapa tidak ada repot sedangkan memukul orang satu jenayah yang berat?

2. Kenapa Badrul tidak mahu polis menyiasat kes pukul ?

3. Kenapa Wati tidak membawa wanita lain sebagai teman untuk berjumpa Badrul supaya tidak timbul syak wasangka buruk terhadap dirinya?

4. Bagaimana Badrul mengenal bahawa lelaki itu adalah suami kepada wanita yang dikurungnya?

5. Kenapa suami wanita itu begitu marah dan sanggup membuat laporan kepada JAIP sedangkan dia mengambil risiko yang berat dan boleh didakwa menuduh tanpa bukti atau qazaf, ia juga memalukan dirinya dan kisah rumah tangga akan menjadi berita besar dalam negara tetapi semua risiko terpaksa ditanggung oleh suami Wati?

6. Kalau benar bermasalah dan perlu bantuan kenapa mencari Badrul , carilah Ustaz Kazim atau hubungi Dato Dr Fadilah Kamsah di telefon untuk memohon bantuan dan kaunseling atau terus ke pejabat agama daerah atau balai polis yang berdekatan.

7.  Apakah Wati tidak punya sahabat dan saudara mara di Rompin , Kuantan atau kawasan yang berhampiran, kenapa Badrul juga yang dicarinya?

SUMBER DARI Taiping Mali

Wednesday, 29 February 2012

Badrol Amin Gugup Jumpa Media!!!

CCTV Kantoikan Badrulamin





Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam..