Tuesday 3 January 2012

Diam Umno, Perkasa Johor dalam isu 9 kepala babi di masjid gamit tanda tanya

http://www.pribumiperkasa.com/wp-content/uploads/2011/12/Untitled-1.jpg
Di sebalik isu bukusan dan bangkai kepala babi yang ditinggalkan di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bharu, masih tidak kedengaran protes dari Pemuda Umno atau Perkasa sehingga menggamit pelbagai tanda tanya.

Sama ada mereka dalang di sebalik tindakan bermotif provokasi itu sebagaimana insiden samseng Umno mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam dua tahun lepas, mereka sendiri lebih mengetahuinya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff memaklumkan empat saspek telahpun ditahan, manakala 13 yang lain sudah dirakam percakapan mereka.

Beberapa media arus perdana melaporkan, polis tidak mendedahkan sama ada mereka yang disyaki itu ,mempunyai kaitan dengan Umno dan Perkasa atau sebaliknya.

Menurut beliau lagi, tiga tengkorak dan beberapa cebisan daging dipercayai bangkai babi yang ditemui telahpun dihantar ke Jabatan Veterinar untuk proses pengesahan.

“Susulan dari kejadian terbabit, satu pasukan ditubuhkan (yang) diketuai oleh Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ismail Yatim bagi mencari pelaku jenayah ini jika benar daging khinzir diletakkan di kawasan luar masjid.

“Setakat ini, polis sudah merakam percakapan 13 individu bagi membantu siasatan. Keputusan hasil kajian daripada pejabat Veterinar juga sedang dinantikan, manakala empat tangkapan dibuat awal pagi semalam (kelmarin),” ujarnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang membolehkan penjenayah dipenjara tidak melebihi lima tahun kerana menimbulkan situasi tidak harmoni selain mengganggu sensitiviti beragama.
Sehubungan itu, rakyat diseru membantu polis menjejaki provokator berkenaan.

Terdahulu, penduduk Islam di Taman Desa Jaya digemparkan dengan insiden sembilan kepala babi diletakkan di puntu Masjid Al-Fateh salam dua kejadian.

Dalam kejadian pertama, empat kepala babi siap dibungkus dengan plastik pada 29 Disember tahun lepas.
Belum pun reda insiden pertama itu, jemaah masjid berkenaan sekali lagi dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan berkenaan di hadapan masjid selang sehari kemudian.

Dalam perkembangan lain di Selangor dua tahun lepas, sekumpulan pemuda yang dikaitkan dengan Umno pernah didedah mengarak kepala lembu berdarah di perkarangan Masjid Negeri; Shah Alam. -END

No comments:

Post a Comment