Thursday, 16 June 2011

BERSIH 2.0 : Mesej dari Ustaz Nasaruddin Tantawi

1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
  • Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
  • Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka danbenarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Tuesday, 14 June 2011

Tu dia mai UTUSAN haram tak batal pun permit depa..!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat teguran kepada akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran berita bertajuk "Malaysia Negara Kristian?" yang disiarkan pada 6 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, surat teguran itu dikeluarkan pada 12 Mei lalu atas kesalahan menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai mengikut peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Hishammuddin berkata, polis juga masih giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dari semua sudut terutamanya terhadap laporan akhbar itu dan juga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis perjumpaan paderi-paderi seluruh negara di sebuah hotel di Pulau Pinang itu.

Lim bertanya apakah asas laporan muka depan Utasan Malaysia yang menyatakan paderi-paderi berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

"Sehingga jawapan ini disediakan sebanyak 63 laporan polis dibuat berhubung isu berkaitan.

Sebanyak 60 rakaman percakapan diambil dan lima wartawan Utusan Malaysia dirakam percakapan mereka untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis juga masih lagi mengesan beberapa orang saksi penting bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Adakah himpunan Bersih 2.0 seumpama Gempa Bumi yang menghasilkan Tsunami?

Aku nak sentuh sikit pasal himpunan kumpulan yang mengelar diri mereka "bersih". Entahlah, apa yang bersih dan apa yang tidak bersih aku tak tahu.  Aku difahamkan mereka akan berhimpun dalam satu himpunan bersih 2.0 pada 09 Julai nanti untuk menghantar memorendum kepada Agong untuk menuntut satu Pilihanraya yang 'bersih'. Entahlah dimana kotornya pilihanraya di negara kita ini. Jika dibandingkan dengan pilihanraya di kebanyakkan negara membangun yang lain, pilihanraya di negara kita ini aku lihat lebih terkehadapan, lebih tersusun dan teratur. Tak payah pergi jauhlah, lihat sahaja kepada pilihanraya di Philipina mahupun Indonesia dan Thailand, aku fikir pilihanraya kita masih lebih baik berbanding negara yang disebutkan ini.
Sebagai rakyat, aku tidak ada masalah jika ada yang hendak hantar sebanyak mana memorendum kepada Agong kerana aku sedar bahawa Agong adalah hak milik semua rakyat negara ini dan baginda tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Namun demikian, kalau berhimpun ramai-ramai sehingga menganggu kehidupan ramai orang,  aku percaya Agong akan murka dan tidak merestui perbuatan sedemikian. Jadi memorendum yang dihantar boleh jadi kurang nilainya di sisi baginda.

Oleh yang demikian, kalau kumpulan bersih ini memang berniat untuk menghantar memorendum menuntut pilihanraya yang dikatakan bersih oleh mereka, dan mahukan supaya memorendum tersebut lebuh berharga dan bernilai, eloklah jangan melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Agong. Janganlah berhimpun dijalanan sehingga menggangu kehidupan orangramai. Bukan berkat yang dicari, tetapi sumpah seranah yang dapat. Kalau sumpah seranah itu masih belum cukup, tunggulah semburan air lada dari pasukan keselamatan.

Kalau dirasakan cara paling berkesan untuk menghantar memorendum dengan mengadakan perhimpunan beramai-ramai, maka berhimpunlah dimana-mana stadium dan panggillah seluruh syarikat penyiaran untuk membuat liputan siaran langsung. Aku percaya pasti ramai syarikat-syarikat besar yang teruja untuk menaja perhimpunan berkenaan dengan membeli masa iklan-iklan siaran TV. Syarikat budu cap ketereh dan keropok lekor Kak Yah Losong tidak ketinggalan untuk membeli masa iklan di TV.

Budak-budak sekolah pun tahu apa niat sebenarnya mereka hendak berhimpun beramai-ramai pada 09 Julai 2011 nanti. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membentuk satu momentum baru sokongan rakyat setelah mereka sedar bahawa sokongan rakyat terutama golongan atas pagar semakin pudar sejak akhir-akhir ini kecuali sokongan kaum Cina. Mereka mengharapkan satu momentum baru dibentuk dengan harapan momentum yang terbentuk  itu dapat dikekalkan sehingga PRU 13 nanti yang mereka jangkakan akan diadakan dalam masa terdekat ini. Mereka mengharapkan himpunan bersih pada 09 Julai nanti seumpama gempa bumi yang menghasilkan ombak Tsunami yang akan menyapu bersih kerusi-kerusi Barisan Nasional di dalam PRU13 nanti.

Oleh yang demikian, aku fikir kerajaan Barisan Nasional hendaklah sedaya upaya menghalang supaya himpunan bersih 2.0 itu dapat dielakkan jika tidak mahu ianya bakal memusnahkan benteng-benteng pertahanan BN.

Bersih 2.0..Dalangnya & Game Sebenar!


Pembangkang telah mewar-warkan pada dunia bahawa mereka akan mengadakan satu perhimpunan jalanan (BERSIH 2.0) pada 9hb. Julai ini. Hampir segala medium yang ada di Internet telah digunapakai oleh anjing-anjing siber Pembangkang dan tidak kurang juga mereka menyalak seperti ANJING di pentas-pentas ceramah mereka bagi menarik minat rakyat untuk turun padang menyokong BERSIH 2.0. Kononnya perhimpunan jalanan ini adalah untuk menuntut agar SPR memberi UNDI OTOMATIK bagi setiap individu yang berumur 21 tahun ke atas.

Pada perhimpunan BERSIH 1.0 yang lepas, Pembangkang telah menggunapakai parti politik sebagai PENGGERAK namun pada kali ini khidmat parti politik tidak digunapakai lagi. Cabaran mengepalai perhimpunan Bersih 2.0 kali ini telah diserahkan pada seseorang yang bernama Ambiga Sreevenasan.


Dalang BERSIH 2.0
Ambiga Sreevenasan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam dan Ambiga terkenal dengan fahaman pluralisme di Malaysia. Beliau pernah mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam Artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy. Ambiga adalah Penggerak dan Pendokong Interfaith Commission (IFC) iaitu badan yang memperjuangkan penghapusan keistimewaan ISLAM dan MELAYU di bumi Malaysia. Ambiga dan Majlis Peguam mempunyai agenda tersendiri dimana agenda mereka sangat jelas iaitu benci pada ISLAM. Mereka sangat benci kepada pemerintahan yang hendak mempertahankan agama ISLAM. Di dalam kempen Pembangkang di PRU Sarawak yang lepas, Ambiga pernah menyuarakan yang beliau hendak perhimpunan ala Mesir!. Ini bererti RUSUHAN! Bayangkan impak yang Ambiga mahu cetuskan di BERSIH 2.0 kali ini dan peluang itu telah diberi oleh Ketua Umum PKR Anwar Al-Juburi!

Anwar Al-Juburi telah menyatakan bahawa dia akan turun pada BERSIH 2.0 ini. Anwar Al-Juburi kini telah tersepit dengan kes perbicaraan liwatnya dan kini telah sampai ke peringkat BELA DIRI. Dalam proses perundangan, BELA DIRI membawa maksud Anwar Al-Juburi harus memberi keterangan dan dia seharusnya memberi keterangan pada 6hb. Jun lepas tetapi seperti biasa Anwar Al-Juburi telah meminta tangguh atas sebab Hakim tidak layak untuk pembelaan!. Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan ke 16hb. Julai 2011.

'Game' Sebenar!
Untuk pengetahuan semua, pembelaan Anwar Al-Juburi adalah ALIBI iaitu 'beliau tiada di tempat kejadian pada masa liwat itu berlaku'. Kes meliwat Saiful kali ini berbeza dengan kes liwat yang pertama kerana kes dahulu kekurangan bukti. Dalam kes meliwat Saiful, Anwar Al-Juburi berdepan dengan bukti sahih iaitu rakaman CCTV dan DNA yang ditemui.  Pada 16hb. Julai nanti, Anwar Al-Juburi harus berdepan dengan bukti-bukti sahih rakaman CCTV, DNA yang dijumpai dalam 'karung kunyit' Saiful, 7 orang yang terdiri dari pakar kimia, dna, doktor dan forensik dan keterangan dari Ketua Staff Kondominium yang menyatakan ada kehadiran Anwar Al-Juburi ke tempat kejadian. Paling ditakuti Anwar dalam perbicaraan liwat kali ini ialah salah seorang alibi Anwar adalah isterinya sendiri! Kak Jijah sudah pasti akan menggelabah anjing bila ditanya  oleh peguam nanti!.

Atas sebab-sebab diatas sudah pasti Anwar Al-Juburi tidak berani untuk berdepan dengan kes perbicaraan meliwat Saiful ini dan salah satu jalan yang terbaik bagi mengelakkan diri dari kes ini adalah dengan melakukan rusuhan BERSIH 2.0!. Modus operandi mereka masih sama dengan BERSIH 1.0 iaitu mencetuskan rusuhan rakyat bagi mengelak berdepan dengan perbicaraan!.

Ulasan:
Orang PAS sudah pasti akan turun tapi persoalannya disini, apakah mereka sedar bahawa mereka hanyalah barua-barua bagi Anwar?. Agenda Anwar adalah jelas iaitu hendak mengelak dari perbicaraan. Agenda Ambiga Sreevenasan bersama Majlis Peguam juga jelas iaitu mahu menghancurkan ISLAM dan pemerintahan  Kerajaan mempertahankan ISLAM. Agenda PAS? untuk BERSIHkan SPR? Fikir pakai otak ler PAS oi!

Pihak polis sudah memberi 'greenlight' supaya menganjurkan BERSIH 2.0 di dalam Stadium namun mereka berdegil  tetap hendak mengadakan perhimpunan di atas jalanraya. Niat kimak-kimak ini sudah jelas bahawa mereka hendak melakukan kekecohan ala Mesir!! Penyudahnya nanti, Melayu bertempur sesama Melayu..Cina dan India tersenyum dari jauh..fikirkanlah!


p/s: Sekiranya bumi Malaysia hancur..orang Cina boleh balik China, orang India boleh balik India, orang Melayu nak balik mana??

Sunday, 12 June 2011

BERITA TERKINI!!! REVOLUSI SYIAH MELANDA PAS


Ini berita terbaru dan tergempar yg diperoleh oleh GAD dari sumber yg boleh dipercayai. 4 pemimpin utama PAS yg baru memenangi perebutan jawatan dalam Muktamar PAS tempoh hari iaitu Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa dan Nik Abduh sedang merancang untuk melakukan satu revolusi dalam PAS. Mereka mahu men'syiah'kan PAS.

Jika berita ini benar, maka PAS sedang menuju ke arah kehancuran secara perlahan-lahan. Semua jenis puak ada dalam PAS sekarang iaitu liberal, puak Erdogan, pro komunis DAP dan pro syiah. PAS mengalami pertembungan ideologi. Bagi GAD ini satu berita baik. PAS sedang mengalami perpecahan di akar umbi. Haji Hadi tak dapat lagi mengawal perjalanan parti.

Maka tugas UMNO/BN semakin mudah. Dengan PKR berdepan masalah moral Anwar dan PAS pula mengalami kekeliruan prinsip perjuangan, maka UMNO/BN hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha untuk menghancurkan komunis DAP. Semakin jelas sekarang, pakatan haram semakin kalut dengan masalah dalaman sendiri. Maka lambat laun rakyat akan meninggalkan mereka juga.

LAGI LINK...

KASI PANAS!! PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU PASAL PAS!!


Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.

Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69. Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.

Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.

Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya. Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.
Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.

Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS. Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.

Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.


Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan. Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-
“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”

Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.

Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangankan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu.

Banyak betul penipuan PAS dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada. Betul-betul hampeh punya parti.

Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkanlah PAS dan perjuangan penuh penipuannya ini. Kejap negara Islam, kejap negara berkebajikan. Besok lusa entah apa pula lagi.

Thursday, 2 June 2011

RAKYAT MENGELUH, KERAJAAN NEGERI BERPELUK TUBUH

AIR oh Airr…


“ Dulu depa janji, menang pilihanraya nak selesai masalah ayaq… Laa ayaq tak naik, lori ayaq yang duk naik …”

Penduduk Kg Sg. Senam, Sik , Kedah yang tidak puas hati dengan masalah air yang melanda sejak lebih sepuluh tahun lalu. Masalah ini didakwa berpunca dari  tekanan air yang rendah untuk sampai ke kawasan berkenaan.
Sebagai jalan penyelesaian pihak SADA melantik kontraktor luar bagi menghantar bekalan air menggunakan lori iaitu 2 kali sehari pada sebelah pagi dan malam.  Namun air yang dibekalkan ini tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk sekitar. Lebih memilukan apabila tiba waktu puncak, musim perayaan, kenduri kendara dan kematian.


Kecewa dengan janji kerajaan dan muak sering dibelenggu masalah ini, penduduk mengambil inisiatif sendiri mencari sumber air termasuk mengorek telaga serta membuat sistem takungan air dengan harapan dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi. Namun, kepayahan penduduk dikejutkan pula dengan ancaman virus kencing tikus yang boleh meragut nyawa di kawasan sumber air yang diusahakan  penduduk.

 
“Alahai malang sungguh nasib depa ni.. Tak dak orang mai jenguk ka..” Perkara biasa yang diungkapkan bila timbul sesuatu isu. Tidak cukup ayaqkah di daerah Sik.. “Awat ayaq kat tasik beris dan empangan muda tak cukup ka nak bersih bagi kami..” Persoalan ini harus ditujukan kepada Datuk Seri Azizan Razak yang  memimpin Kerajaan Negeri Kedah.

 Daerah Sik bukanlah asing bagi Datuk Seri Azizan Razak, setiausaha politik beliau adalah orang Sik manakala individu yang bertanggungjawab tentang ayaq di Kedah bekas DO Sik dan wakil Pegawai Seranta SADA pun anak jati Sik. “ Apa lagi alasan masalah ayaq di Sik tidak boleh selesai, atau depa ni sengaja tak mau layan masalah kami..yang depa dok nampak balak saja..” Keras tapi penuh bermakna luahan hati penduduk di Kg. Kenangan, dan Kg. Sg. Senam.

Anda sebagai pemimpin fikir-fikirkanlah..