Friday, 15 February 2013

HOT!!! Aishah bakal LAWAN Rais Yatim di Parlimen Jelebu.



Semalam gua dapat satu info dari sumber dalaman Pas N.Sembilan bahawa penyanyi Aishah disenaraikan sebagai antara calon Parlimen Jelebu di Pilihanraya Umum ke 13 nanti..

Ini bermakna, Aishah akan menentang Rais Yatim yang kini merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selaku penyandang di kawasan tu..

Gua dimaklumkan juga, Pas N.Sembilan sekarang ni konfiden Aishah boleh menang dan bakal bergelar YB pertama dari kalangan artis selepas PRU 13 nanti..

Bagi gua, kalau betul Aishah setuju untuk bertanding lawan Rais Yatim di Jelebu, ini mesti akan jadi satu halangan yang berat buat Pak Rais..

Gua bukannya tak suka kat Menteri Penerangan tu beb.., tapi gua cuma tak berkenan cara dia buat kerja yang terlampau membodek Najib sampaikan ada yang menjejaskan imej Perdana Menteri sendiri..

Korang ingat lagi tak pasal isu logo kemerdekaan tahun lepas yang macam haram dan lagu kemerdekaan yang boleh membuatkan rakyat muntah hijau? Itu sapa punya kerja kalau bukan Pak Rais beb..

Lagi satu, gua dapat tahu puak-puak Pakatan tengah simpan satu isu mengenai orang gaji Pak Rais.. Dorang akan 'blast'kan isu ni masa kempen PRU13 di Jelebu nanti..

Gua harap blogger-blogger yang dapat monthly payroll dari Pak Rais bersedialah yee.. Jangan tinggal orang tua tu keseorangan masa PRU13 nanti untuk lawan puak-puak Pakatan di Jelebu tu dah laa... Huhuhuhu..

Tunggu sampai saat akhir-Dr Asri.



Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui perbincangan sedang diadakan berkaitan dengan soal bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan akan membuat pendirian menjelang akhir bulan ini. "Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu," kata beliau ketika dihubungi media semalam.

 Bagaimanapun beliau yang pulang ke tanah air dari Jordan lewat petang kelmarin enggan menyebut parti politik yang 'merisik' agar bertanding pada PRU13. "Saya tidak boleh kata apa-apa lagi, tunggu seminggu dua lagi..." kata beliau yang turut ditanya tentang negeri dan bahagian pilihan raya yang ditawarkan. Menerusi Twitter tengah hari semalam, Asri menulis, "alhamdulillah, di rumah saya banyak kerusi yang saya boleh mendudukinya tanpa sebarang saingan melainkan sakit dan maut."

 Sebelum mesej itu, Asri juga menulis "media yang lapor saya bertanding tu, dah tanya saya sendiri ke?" Semalam,media membawa laporan bahawa di sebalik demam PRU13 yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’. Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama Asri.

 Media difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama. Nama Asri, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.

 Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis. PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini. Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.

Keangkuhan PAS Kedah sama dengan DAP P.Pinang

Umno Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak angkuh apabila mengugut kerajaan pusat membayar RM100 juta supaya menghentikan penebangan balak di negeri itu. Pengerusi Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan Azizan boleh dianggap tidak mengenang budi kerajaan pusat yang memberi banyak bentuk bantuan kepada Kedah yang ditadbir pembangkang. "Azizan boleh tergamak mengugut kerajaan pusat.



 Sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang Menteri Besar," katanya mengulas kata dua Menteri Besar itu semalam yang akan terus menebang balak dalam kawasan hutan simpan jika kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Dalam satu kenyataan kepada media di sini semalam, Ahmad Bashah berkata Azizan sewajarnya menyelesaikan isu itu melalui musyawarah atau perbincangan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan membuat ugutan.

 "Saya lihat cara terbaik ialah melalui perbincangan jika benar bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat perjanjian lisan pada satu ketika dulu ketika isu balak di Kedah hangat diperbualkan. "Dalam soal ini Azizan mewujudkan dua isu iaitu mengugut supaya dibayar RM100 juta dan satu lagi penebangan balak. Saya lihat tindakan Azizan adalah bagi menghalalkan tindakan rakus kerajaan negeri menebang balak," katanya.

 Ahmad Bashah berkata, Azizan membangkitkan soal bayaran bagi melepaskan dirinya daripada kritikan menggunung orang ramai tentang tindakan buruk kerajaan menggondol bukit di Baling dan Padang Terap bagi pengambilan balak. "Strategi Azizan agak mudah. Apabila kerajaan pusat enggan melayan tuntutannya, Menteri Besar itu berkata akan terus menebang balak dan boleh menyalahkan kerajaan," katanya. Mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak peduli luahan staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengenai nasib mereka dan kemelut pentadbirannya,

 Ahmad Bashah berkata, sikap 'tidak tahu dan tidak peduli' Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Pas. Staf Insaniah menderita dengan pelbagai masalah seperti bayaran pinjaman kepada bank tidak dibuat, KWSP tidak dicarum dan pelbagai masalah lain. "Bagaimana hendak selesai masalah jika semua pihak tidak mahu bertanggungjawab," katanya sambil menambah masalah Kuin tidak akan selesai tanpa campur tangan Menteri Besar.

 Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Azizan cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu pembalakan rakus oleh Pas Kedah di Tasik "Tuntutan itu tidak boleh dilayan kerana ia hanya perjanjian lisan. Azizan sendiri tidak terlibat dalam perjanjian tersebut," katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaburan Kedah di Hotel Holiday Vila di sini hari ini. Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berasa pelik dengan Azizan kerana sebagai Menteri Besar beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu.

 "Takkan dia tak tahu mengurus tadbir kerajaan negeri tidak boleh berpegang kepada perjanjian lisan. Tambahan dia sendiri tidak terlibat. Dari mana dia dapat maklumat ini sampaikan berpegang pada lisan sebagai perjanjian," katanya. Mukhriz berkata, tuntutan itu menunjukkan Azizan tidak mempunyai fokus terhadap isu dan masalah kegiatan penebangan balak bernilai tinggi dengan alasan membuka ladang buah-buahan walaupun dibantah rakyat.

 Katanya, lapan orang Menteri Besar sebelum ini tidak sanggup melakukan aktiviti itu namun Azizan menggunakan taktik menyalahkan pihak lain bagi menutup kerakusan pembalakan itu. Mukhriz berkata, bekas Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pernah mencadangkan pembalakan dalam air Tasik Pedu tanpa menjejaskan alam sekitar dan pelancongan tetapi dibantah Azizan. Beliau juga menyoal ke mana duit hasil balak akan digunakan kerana sebelum ini kerajaan pusat memberi RM150 juta untuk menyelenggara jalan negeri tetapi hanya RM60 juta yang dibelanjakan dan bakinya tidak diketahui ke mana hilangnya.

Wednesday, 13 February 2013

HINA RAJA : Cina DAP kena penjara Sebulan dan Denda 8K..



Di Malaysia ni, kalau tunjuk isyarat lucah pada Raja cuma kena penjara sebulan je beb.. Denda yang kena pulak cumalah RM 8ribu je..

Kalau di negara lain, gua rasa maunya budak cina penyokong DAP tu kena buang negara atau dipenjara untuk satu tempoh lebih lama.. 

Gua bagi satu contoh di Thailand.., hanya kerana buat kenyataan buruk terhadap Raja Bhumibol Adulyadej, sorang pemandu teksi dipenjara 20 TAHUN dan kerja berat.

Manakala sorang pengarang majalah pulak dipenjara 10 tahun hanya kerana menerbitkan 2 rencana yang memburukkan sistem beRaja di Thailand..

Tapi itu di Thailand beb.. Di Malaysia ni Raja seolah-olah tak dihormati hinggakan penyokong-penyokong Pakatan begitu berani menghina dan mempertikaikan sewenang-wenangnya..

Gua percaya.., hukuman ringan yang diberikan pada Leong Pei Koe kerana menunjukkan isyarat lucah pada DYMM Permaisuri Agong pasti akan dijadikan bahan lawak oleh penyokong PR..

Lepas ni tak mustahil akan ada lebih ramai lagi geng pakatan yang berani hina Raja serta Permaisuri memandangkan hukuman ringan saja yang menanti dorang..


BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM8,000 ke atas seorang pemuda atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan menunjuk isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong dan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Isnin lalu.

Hukuman terbabit diputuskan oleh Majistret Muhamad Hidayat Wahab sebentar tadi. - BH

'Air dan Minyak' tak akan memimpin Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti 'air dan minyak' yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.


 Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan merekauntuk bekerjasama antara satu sama lain. "DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri AbdulHadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka ini seperti 'air dan minyak'yang mustahil untuk disatukan." "Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi," katanya Selasa. Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkatademikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun BaharuCina Peringkat Negeri Johor di sini.

Perkauman DAP punca pemuda tunjuk isyarat lucah pada Raja Permaisuri Agong.

Polis menahan seorang lelaki(gambar sebelah) dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari Ahad, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.


 "Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu. "Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi semalam.

 Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan. Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.

 Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap. "Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya. Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang.

Sokongan kepada BN meningkat di saat akhir-Penganalisis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau sekali lagi membuat kunjungan ke beberapa negeri sehingga 24 Februari ini. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, lawatan itu boleh disifatkan sebagai pecutan trakhir Najib dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir.


 “Ini adalah persiapan paling rapi yang pernah dibuat Perdana Menteri, beliau (Najib) mahu memastikan PRU13 adalah lebih baik daripada 2008. “Saya percaya pecutan terakhir ini mampu memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN). Melalui lawatan itu juga adalah penentu bila tarikh PRU13,” katanya. Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

 Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia berkata, lawatan perdana menteri itu juga sebagai penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi untuk bersedia menghadapi PRU13. “Lawatan turun padang itu juga adalah peluang perdana menteri untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan, dan apabila telah berpuas hati pasti tarikh pilhan raya itu akan lebih hampir,” katanya.

 Beliau turut berpendapat yang BN masih mempunyai kelebihan di dalam pilihan raya akan datang dengan melihat sokongan dan gerak kerja yang dilakukan oleh perdana menteri dan parti kompenan BN. “Walaupun banyak pihak yang mengandaikan parti kompenan BN tidak buat kerja, saya fikir tidak semuanya begitu, mungkin mereka kurang mendapat pendedahan media massa. “BN masih menguasi beberapa perkara yang mampu menjadi penentu kemenangan parti itu dalam PRU13 nanti,” katanya.

 Semalam, Najib berada di Johor menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan komuniti di Kulaijaya dan turut melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia. Kelmarin beliau berada di Pulau Pinang. Beliau akan ke Sabah hari ini selama dua hari yang mana beliau dijangka menghadiri beberapa program di Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis. Seterusnya, pada Jumaat, Najib akan berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri sebuah program bertemakan ‘Mengubah Destini Orang Asli’.

 Najib juga dikhabarkan akan berkunjung ke Majlis Santai Para Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu pada 18 Februari dan beliau dijangka akan singgah di Johor Bahru pada hari berikutnya untuk melihat perkembangan pembangunan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia. Perdana Menteri, juga akan mengisi masa di Sarawak pada 20 Februari sehingga 22 Februari untuk menghadiri beberapa program di Kuching dan Miri, dan kemudiannya ke Terengganu pada 23 Februari untuk lawatan sehari di mana jadual beliau akan melibatkan program Jelajah Janji Ditepati. Kemungkinan yang terakhir, Najib akan berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menghadiri program bertemu rakyat pada 24 Februari.