Friday, 16 September 2011

Mohon Maaf, Bayar Pampasan dan Tutup Kem Kemunting.


1. Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani. Setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA], kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata - mata kerana persaingan politik yang tidak matang.

2. Saya tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah mengisytiharkan komitmennya untuk memansuhkan ISA sebentar tadi, biarpun UMNO dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang - undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan. Sementara PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam.

3. Sejurus mendengar pengisytiharan Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini, hampir mengalir air mata saya mengenang penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dialami oleh bekas tahanan ISA sebelum ini. Alangkah jika ISA dimansuhkan sejak komunis menyerah diri dan membubarkan parti serta perjuangan mereka tempoh silam. Pastinya mereka tidak perlu menderita dan sengsara hanya kerana dendam politik sang pemerintah.

4. Datuk Seri Najib Tun Abd Razak mesti mengotakan komitmennya dengan membentangkan secara rasmi Kertas pemansuhan ISA ini di dalam Parlimen yang akan bersidang awal bulan depan dan disokong pula oleh keseluruhan Ahli Parlimen UMNO dan BN sekaligus mengusulkan penutupan Kem Kemunting dengan membawa semua tahanan yang masih ada kemuka pengadilan untuk diadili mengikut proses undang - undang negara.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Kerajaan UMNO dan BN pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak juga mestilah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta membayar pampasan kepada semua mangsa - mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka yang terpaksa mengalami penderitaan dan trauma yang teruk akibat akta draconian ini.[ISA]

6. Alhamdulillah, Sekali lagi saya lafazkan rasa syukur kepada Allah swt. berikutan komitmen yang diberi oleh YAB Perdana Menteri untuk turut mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

7. Subjek yang diumum dan diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan jurus - jurus kecil dari pelan induk Reformasi yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat khasnya melalui Buku Jingganya sebelum ini. Demikian juga apa yang ditawarkan oleh PAS menerusi Dokumen Negara Berkebajikan. Tidak mengapalah siapa pun yang melaksanakannya asal ia membawa kebaikan kepada rakyat. Namun Kerajaan UMNO dan BN mesti sedar dan insaf, bahawa masih terlalu banyak perkara yang perlu direformasikan secara menyeluruh. Tidak memadai YAB Perdana Menteri pancing sokongan pengundi dengan hanya membuat beberapa perubahan atau pindaan yang bersifat jurus - jurus kecil sedang masaalah pokok masih tergantung diawangan.

8. Masaalah pokok yang saya maksudkan di sini ialah pemulihan sistem demokrasi yang adil dan ketelusan sistem pengurusan pilihanraya. Tiada erti perubahan itu dilakukan sedang hak pengundi untuk mengundi secara adil, telus dan saksama ternafi atau dinafikan dengan pincangnya sistem demokrasi dan selewengnya pengurusan pilihanraya.

9. Hari ini, negara masih berdepan dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan keraguan yang timbul dari daftar pemilih, corak pengendalian pilihanraya, identiti pengundi, mykad palsu, pengundi klon dan undi pos sebagaimana yang didedahkan oleh DPP Malaysia, malah ianya masih gagal dijawab dengan jawapan yang meyakinkan oleh pengendali pilihanraya iaitu SPR mahupun kerajaan sendiri.

10. Ketelusan sistem pengurusan pilihanraya menjadi perkara terpenting setelah dilihat kepada usaha YAB Perdana Menteri cuba melakukan perkara yang serupa dengan apa yang mahu dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Apabila dilihat program dan subjeknya serupa, maka rakyat perlu kepada keadilan dan ketelusan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk menjadi kerajaan atau pemimpin bagi melaksanakan program reformasi negara tersebut.

11. Apa yang pasti, kini Pakatan Rakyat telah dilihat mampu memimpin dan memerintah. Tiada siapa boleh menafikannya lagi setelah banyak idea dan program reformasi negara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat kini dilaksanakan oleh kerajaan UMNO dan BN.

12. Saya sendiri bertambah yakin. Bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju kepimpinan negara, kerana rakyat kini beralih perhatian untuk memilih siapa yang paling layak memimpin dan memerintah setelah dilihat idea dan program perubahan hampir serupa dari kedua - dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah rakyat tahu siapa yang menggerakkan program dan idea perubahan tersebut.

13. Ertinya selepas ini nilai integriti, akhlak pemimpin, kecerdasan dan karisma kepimpinan akan menjadi nilai fokus pada pengundi untuk diberi mandat kepimpinan negara, kerana tiada erti diserahkan urusan pemerintahan kepada manusia yang rosak nilai integriti, rasuah dan tidak diyakini kewibawaannya. Justeru itu, berikan ruang secukup dan seadilnya untuk rakyat membuat pilihan tepat tanpa sebarang tekanan dan ugutan jua tanpa sebarang manipulasi.

14. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, pengumuman YAB Perdana Menteri malam ini adalah isyarat gendang tari pilihanraya telah dipalu. Pemuda PAS secara asasnya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya di adakan pada bila - bila masa secara spiritual, mental, material dan fizikal. Pembentangan belanjawan pada bulan hadapan juga pastinya akan dijadikan belanjawan pilihanraya seperti lazimnya dan akan banyaklah tawaran - tawaran dikemukakan kepada rakyat terutama rakyat marhaen dan menengah.

15. Kini DPP Malaysia telah memasuki gear lima untuk terus meluncur dengan persiapan dan gerakkerjanya ke arah memenangi pilihanraya umum ke 13 insyaallah.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
11.00 malam
15 Sept 2011

Thursday, 15 September 2011

PANAS!! Mansuh ISA, DS Najib PM yang sukar dibaca!!




Mansuh ISA! Itu perkataan yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada yang pro pembangkang. Keputusan berani DS Najib ni, boleh membuatkan pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, tertelan air liur dengan keberanian keputusan DS Najib ini.

Namun sudah resmi pembangkang Malaysia, takkan tunduk walaupun salah, takkan kalah walaupun tewas. Mereka tetap akan mencari jalan untuk menghentam kerajaan Malaysia walaupun cara yang mereka gunakan itu kita lihat sebagai perbuatan yang sempit dan meloyakan.

Selang beberapa jam DS Najib menyampai perutusan yang mengejutkan.

Muncul lah beberapa hero Pakatan, yang bersuara sinis hanya untuk mempertikaikan apa yang DS Najib katakan di dalam perutusannya semalam.

Salahuddin Ayup diantara hero 'sakit' yang cuba bersuara malah dengan sombongnya Salahuddin meminta kerajaan Malaysia meminta maaf terhadap individu yang pernah ditahan dibawah akta ISA.

Apa masalah mereka pun Mc taktau. Kerajaan menahan individu dengan ISA kerana individu terbabit telah mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara. Contohnya menghasut dalam isu perkauman, atau menghina agama secara terang-terangan. Itu dua perkara sensitif yang boleh menganggu gugat negara kita yang berbilang kaum ini.

Takkan tanpa sebarang kesalahan, kerajaan akan bertindak sesuka-hati dan menahan orang secara membabi buta. Itu namanya gila.. saranan Salahudin Ayub itu langsung tidak masuk akal, dan hanya akan memalukan kerajaan Malaysia sahaja.

DS Najib adalah seorang PM yang sukar dibaca gerak gerinya. Kadang2 tindakan yang beliau buat langsung tidak pernah kita fikir yang beliau akan lakukan.

Termasuklah semalam..

Apapun demi keselamatan dalam negara, Mc harap, DS Najib akan satu 'back up plan' untuk mengawal, anasir buas dan jahat yang hanya tunggu ISA di mansuhkan oleh kerajaan.


lagu khas sempena merdeka!!!

TUDIAA!! Rupanya Anwar Penaya Mat Sabu!!




Rakaman phonesex Mat Sabu didedahkan baru baru ini oleh rakan blogger 1peluru ,rakaman ini sebenarnya sudah lama tersebar ,paling banyak ketika pemilihan semasa muktamar pas baru baru ini.

Berdasarkan sumber maklumat,pihak yang membuat rakaman tersebut adalah koncu koncu Anwar,yang pada ketika itu begitu kuat memusuhi Mat Sabu.Dikhabarkan IKD satu badan pemikir Anwar Ibrahim telah merakam dan menyebarkan cd phone sex Mat Sabu baru baru ini.

Siapa yang mengelar Anwar Al-Juburi kalau bukan Mat Sabu?Anwar sedar Mat Sabu adalah antara ahli politik yang pertama mendedahkan Anwar pengemar bontot lelaki.Malah ia turut di dedahkan oleh Karpal Singh di parlimen tidak lama dahulu.

Adakah dendam lama belum dilunaskan?Adakah ini satu lagi tindakan untuk membunuh musuh Anwar?

SUMBER

Hadiah NAJIB untuk Hari Malaysia - Harga ayam terus naik


Harga ayam terus naik

PENDANG – ‘Jualan ayam semakin merosot’. Itulah luahan hati beberapa peniaga di Pasar Pendang kepada Sinar Harian ketika tinjauan di situ berikutan harga ayam mentah terus naik berturut-turut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Kenaikan harga berterusan selepas sambutan perayaan tidak dijangka peniaga dan pembeli memandangkan harga pelbagai jenis barang lain naik ketika musim perayaan.

Peniaga, Nor Shahidan Mansor, 34, berkata, jualan ayam kini semakin merosot sejak kenaikan harga ayam yang berturut-turut iaitu sebanyak 90 sen selepas sambutan hari raya.

“Peniaga terpaksa menjual ayam dengan harga RM9 sekilo apabila harga ayam terus naik iaitu harga ayam naik selepas raya sebanyak 40 sen dan kelmarin harga ayam naik pula sebanyak 50 sen.

“Kami terpaksa menjual dengan harga tinggi memandangkan harga yang diambil kepada pemborong turut tinggi iaitu RM7.50 sekilo tidak termasuk kos memproses ayam, plastik dan gaji pekerja setiap hari,” katanya.

Menurutnya, selepas ditolak dengan semua kos terbabit keuntungan yang diperoleh peniaga adalah begitu tipis memandangkan dia terpaksa mengurangkan kuantiti jualan sejak jualan ayam merosot kebelakangan ini.

Seorang lagi peniaga, Abdullah Sani Abdul Razak, 44, berkata, peniaga tidak mengambil ayam dengan jumlah yang banyak daripada pemborong kerana sambutan terhadap jualan ayam semakin berkurangan sedangkan peniaga terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi.

“Jumlah ayam yang diambil berkurangan sebanyak 50 peratus menyebabkan keuntungan setiap hari adalah tipis kerana pembeli akan membeli ayam dengan kuantiti yang sedikit contohnya sebelum ini mereka (pembeli) membeli seekor tapi sejak harga naik mereka hanya membeli sebelah ayam sahaja.

“Pengunjung membeli ayam tetapi membeli pada kuantiti yang sedikit sejak harga ayam naik kerana harga ayam yang tinggi bukan sahaja membebankan peniaga untuk mengeluarkan modal tinggi tapi turut membebankan pembeli,” katanya.

Abdullah berkata keuntungan bagi sekilo ayam diperoleh peniaga adalah tidak sampai 70 sen selepas ditolak semua kos dan kenaikan harga ayam ini tidak boleh berterusan memandangkan kenaikan ini turut tidak dimaklumkan kepada peniaga dan orang ramai.

Sementara itu, seorang pembeli, Nor Hasyimah Ibrahim, 33, berkata, kenaikan harga ayam membebankan pengguna kerana ayam merupakan bahan mentah yang sering dibeli.

“Saya tetap juga membeli ayam walaupun mengetahui harganya terlalu tinggi kerana anak-anak gemar makan ayam berbanding ikan namun terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian daripada sebelum ini.

“Kenaikan harga ayam tidak sepatutnya berlaku kerana ia turut membebankan golongan berpendapatan rendah dan mungkin mereka terpaksa membeli ikan,” katanya.

Alhamdulillah...ISA telah dikuburkan.. TAHNIAH SUARA RAKYAT MALAYSIA..!!


K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.
Gubal dua undang-undang baru
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tegasnya.

Wednesday, 14 September 2011

Guan Eng tak heran dgn saman UMNO.. Apa cerita kata beliau kita sembang di mahkamah..!!


Guan Eng tidak akan mohon maaf pada Umno

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf terhadap dakwaan 'memfitnah' Umno dengan menuduh parti itu terbabit dalam percubaan membakar ibupejabat DAP negeri itu bulan lalu.

NONEKetua perhubungan Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa Lim juga bertanggungjawab kerana menuduh parti itu menganjurkan protes 'ganas' di sekitar Komtar dan jambatan Pulau Pinang Julai lalu.

Hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP, menerima surat tuntutan dari peguam Umno, memintanya supaya memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

Lim berkata beliau sedia berdepan dengan Umno di mahkamah berhubung perkara itu, dan berkata adalah tidak masuk akal untuk memohon maaf kepada "parti yang berbohong".

NONEMalah, dakwanya, Umno adalah parti yang bertanggungjawab terhadap 'fitnah dan pembohongan' yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, dan ia sepatutnya memohon maaf atau jika tidak, akan menyaman balik, jika perlu.

Lim berkata, beliau "akan melawan Umno habis-habisan" dan menunggu untuk bertemu pemimpin parti itu di mahkamah tidak lama lagi, agar fakta berhubung dakwaan mereka dapat didedahkan.

"Saya harap Umno tidak jadi pengecut dan tunggu kita di mahkamah. Bukannya kita mahu melawan atau kita berani, tetapi kerana kita mahukan kebenaran," katanya


Tuesday, 13 September 2011

GEMPAR!! Akibat Geram dengan Mat Sabu dan Anwar, Stadium Darul Aman jadi Mangsa Conteng!!


Stadium Darul Aman Alor Setar

Conteng luah perasaan geram pada Mat Sabu dan Anwar

Mat Sabu dengan Anwar punya pasal, pengurusan stadium jadi pening nak cat

Mc tak tahu kerja conteng dinding stadium ni kerja orang UMNO ka atau orang Pas sendiri yang nak tuduh UMNO. Tapi kalau dah sampai meluahkan perasaan kat dinding-dinding ni memang dha tahap parah la. Kalau bukan orang UMNO pun mungkin rakyat Kedah yang dah mula menyampah dengan Mat Sabu dan Anwar. Biasa la perangai memang spesis komunih.

Tapi bagi puak Pas. Apabila jadi perkara macam ni, depa terus tuduh UMNO. Apa hal? Belum ada bukti, belum ada saksi, tiba2 UMNO kena? Ohh betul la, kalau mengikut hukum Islam Pas, yang jahat segalanya dari UMNO, kalau yang baik tu, tentunya datang dari Pas. Betul tak?

Rasanya, rakyat Kedah yang conteng tu. Mungkin tak tau nak luahkan perasaan macam mana, tu yang depa bantai tulih kat dinding stadium tu.

Namun apa yang pasti, rakyat dah memang menyampah dengan Mat Sabu dan Anwar.