Friday 7 December 2012

Kampus Kuin RM330 juta dibuka Januari ini


(Lebih 20,000 memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim mendengar ucapan MB Kedah)

ALOR SETAR: Negeri Kedah akan mempunyai sebuah kampus universiti bernilai RM330 juta apabila kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dibuka di Kuala Ketil, Kedah Januari depan.

Dengan siapnya kampus ini, Kuala Ketil dijangka bakal menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negeri Kedah selepas Sungai Petani dan Kulim.

"Kampus ini akan dibuka Januari ini, tiga bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan sebelum ini," umum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Pengumuman ini dibuat beliau semasa berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dekat ini.

Ustaz Azizan berucap hampir setengah jam di depan lebih 20,000 penyokong Pakatan yang memenuhi stadium terbuka itu.

No comments:

Post a Comment