Tuesday 4 December 2012

AKHBAR CINA: BN AKAN MENANG BESAR PADA PRU13.



"...jika UMNO dapat perkukuhkan barisan belakang mereka, UMNO akan dapat kekalkan 70 peratus sokongan pengundi dari kalangan orang-orang Melayu, jika dapat 30 peratus lagi sokongan dari kalangan orang-orang Cina dan dari kalangan kaum India, tidak mustahil BN dapat terus mengekalkan pemerintahan lagi...")

Petikan Dari Nanyang Siang Pau 1 Disember 2012 Opinion Yuanlun

Persidangan UMNO kali ke-63 ini memang sudah dijangkakan menjadi manifesto kepada persidangan UMNO sebelum menjelang PRU, perwakilan pusat begitu bersemangat tinggi dan beremosi tinggi, di bawah ucapan semangat motivasi yang tinggi dari pengerusi parti Datuk Seri Najib, kini persediaan semangat UMNO untuk PRU sudah di peringkat yang tertinggi, seluruh perwakilan sedang ambil langkah bersiap sedia, pada PRU ke-13 ini dianggap satu pertarungan antara hidup dan mati oleh UMNO dan BN.

Dalam ucapan Najib, Najib telah mengingatkan ahli-ahli UMNO, disiplin akan menentukan hidup matinya UMNO. Beliau mahu ahli-ahli parti bersikap terbuka dan lapangkan dada menerima keputusan di peringkat pucuk kepimpinan, jika ada yang tidak setuju, gunakanlah saluran yang betul untuk ajukan padangan mereka. Beliau sekali lagi menegaskan disiplin dalam UMNO itu amat penting, kerana ia satu perkara yang amat penting untuk menentukan sama ada sesebuah parti itu akan kalah ataupun menang dalam pilihan raya nanti.

Perdana Menteri menggunakan semangat juang nabi Muhammad untuk memberi motivasi kepada ahli-ahli parti dengan ambil contoh perang Badar dan Perang Uhud pada zaman nabi, dengan nyata tercatat dalam sejarah kerana masalah disiplin peperangan itu Islam kalah, beliau nasihatkan ahli parti berpegang teguh kepada disiplin parti.

Apa yang dimaksudkan “sebelum mencuba di luar perlu perkemas dalaman terlebih dahulu”, walaupun sesuai dengan masanya, sesuai dengan situasi dan lokasinya, yang lebih penting ialah sikap manusianya itu sendiri Bersatu padu untuk kekuatan, ini adalah perkara penting untuk mana-mana organisasi jika mahu bersaing. Tidak kira sama ada organisasi yang besar dan kuat ataupun sebuah pasukan tentera, jika di peringkat dalaman mereka timbul masalah, pasti tidak akan dapat bergerak dengan baik, apabila sesebuah organisasi itu ada masalah, pasti akan kalah sebelum pergi berjuang.

BN dan UMNO hadapi satu masalah besar, setelah memerintah selama lebih 50 tahun, telah mempunyai banyak sumber politik yang besar. Setiap peringkat kepimpinan mempunyai saluran tersendiri yang rasmi dan tidak rasmi, lazimnya pemimpin-pemimpin ini menguasai kuasa dan sumber politik yang kuat. Ditambah pula dengan organisasi UMNO yang begitu besar, yang mempunyai lebih 3.38 juta keahlian dan mempunyai 21,056 cawangan. Sebuah organisasi yang begitu besar pasti ada kelonggaran dan kebocorannya, serta alami maklumat tidak sampai ke peringkat oranganisasi bawahan, maklumat tidak sampai boleh menyebabkan satu halangan yang besar, dan sebarang maklumat yang disampaikan dari atas tidak semestinya sampai ke peringkat bawahan.

Ada sesetengah ahli bilangannya terlalu ramai dan mempunyai organisasi yang amat besar, boleh hidup berdikari dengan sendirinya. Dalam keadaan seperti itu akan berlaku, mereka membuat keputusan sendiri dan menghantar wakil-wakil calon bertanding (PRU) mereka sendiri, jika ahli-ahli parti dan pemimpin-pemimpin parti di peringkat bawahan ini tidak dapat letakan kepentingan parti sebagai keutamaan, pasti akan berlaku keadaan angkat kaki.

Perdana Menteri berkali-kali menegaskan, perpaduan dalam parti dan patuh kepada disiplin parti itu amat penting, dan inilah sebab-sebab sesuatu perkara yang tidak diingini itu boleh berlaku.

Dalam penggulungan ucapan perdana menteri, beliau telah keluarkan satu kenyataan, beliau bagi pihak UMNO dan kerajaan meminta maaf kepada semua rakyat kerana berlaku kesilapan dalam pemerintahan yang dilaksanakan. Beliau menegaskan, PRU kali ini akan menentukan tuju hala rakyat dan negara ini, UMNO dan BN adalah pilihan yang terbaik. Dalam ucapannya beliau juga menghentam Pas kerana telah terkeluar dari landasan ajaran Islam, dan mahu orang-orang Melayu bersatu padu, sokong dan pertahankan orang Melayu itu sendiari dan agama Islam serta kepentingan UMNO untuk kaum.

Dengan jelas dan terang, polisi PRU akan datang ini UMNO akan memegang sepandok “pertahankan agama dan kepentingan kaum”, bersedia bersaing dengan Pas dan PKR untuk mendapatkan sokongan dari kalangan orang-orang Melayu. Sebenarnya polisi perjuangan UMNO seperti ini begitu pragmatik, di landasan yang betul. Jika dilihat dari segi kawasan undi dan struktur kaum, jika UMNO dapat perkukuhkan barisan belakang mereka, UMNO akan dapat kekalkan 70 peratus sokongan pengundi dari kalangan orang-orang Melayu, jika dapat 30 peratus lagi sokongan dari kalangan orang-orang Cina dan dari kalangan kaum India, tidak mustahil BN dapat terus mengekalkan pemerintahan lagi.

Pada hakikatnya persidangan terakhir UMNO sebelum PRU, dari segi peringkat atasan sehingga ke akar umbi, UMNO telah membuat persediaan yang rapi, pada bila-bila masa sahaja akan adakan PRU. Sama ada UMNO dan BN sekali lagi dapat memerintah, ini perlukan sokongan dari semua pengundi. 

Terjemahan: Doreen Ng Abdullah

No comments:

Post a Comment