Thursday 13 December 2012

Pemimpin PAS Kedah lena tidur,rakyat miskin redah 15km ambil air sungai.



Kemiskinan hidup yang dihadapi sebuah keluarga di Kampung Kongsi Baru Kilang Kechik Jenun dekat sini menyebabkan mereka gagal menjelaskan bil air yang tertunggak kira-kira RM2,600 sehinggakan bekalan itu dipotong hujung tahun lalu. Mohd Zaidi Sirajuddin, 36, berkata, dia gagal menjelaskan bil air yang tinggi setiap bulan. “Pada mulanya saya pelik kenapa bil air tinggi sedangkan saya, isteri dan tiga anak menggunakan air tidaklah terlalu banyak. “Berikutan itu, saya telah membuat laporan kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkaitan perkara berkenaan “Namun, pihak itu memaklumkan bekalan air rumah saya mengalami kebocoran menyebabkan bil yang dikenakan tinggi,” katanya kepada media.

 Menurutnya, ketiadaan air menyebabkan dia terpaksa mengangkut air di sungai sejauh kira-kira15 kilometer menggunakan motosikal. “Saya terpaksa mengangkut air setiap hari namun saya tidak boleh bawa bekalan air yang banyak kerana terpaksa membawa isteri dan tiga anak sekali untuk mandi di rumah ayah,” katanya. Mohd Zaidi berkata, dia letih dan sudah tidak sanggup berhadapan dengan masalah berkenaan. Dia telah pun merujuk masalah itu kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Pendang dan pihak terbabit berjanji akan membantu menyelesaikan masalah ini.

 “Pihak terbabit berjanji untuk membantu namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil. "Sudah beberapa kali saya merujuk perkara ini. Saya berharap ada pihak tampil membantu menyambung kembali bekalan air yang dipotong hampir setahun memandangkan anak-anak masih lagi kecil dan pendapatan sebagai pekerja kampung adalah tidak menentu,” katanya. Dalam pada itu, isterinya, Kholilah Khamis, 38, berkata, dia menyedari kehidupan susah yang dihadapi keluarganya namun tidak mampu bekerja untuk membantu suami kerana anak-anak masih kecil.

No comments:

Post a Comment