Monday 10 December 2012

PAS Kedah menyokong AES,Anwar mungkin naik angin.



Cadangan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 86 lokasi di Kedah diterima baik dan disokong banyak pihak di negeri ini termasuk Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Kedah (KCS). Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, ramai memberikan reaksi positif terhadap pelaksanaan sistem itu dan mereka tahu tujuan AES adalah untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

 Katanya, selain itu, pihaknya tidak menerima bantahan daripada pemimpin kerajaan negeri berhubung pelaksanaan sistem itu. "Saya bertemu dengan orang awam dan ketua-ketua jabatan di Kedah, mereka meminta kamera AES dipasang cepat sebab ia langkah yang baik. Saya berbual dengan anggota KCS, mereka juga sokong. Mereka kata perkara baik, jadi apa salahnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pelaksanaan AES kepada ketua-ketua jabatan Persekutuan dan media di sini semalam. Katanya JPJ sedia bertemu dengan wakil kerajaan negeri bagi memberikan taklimat lengkap berhubung pelaksanaan AES di negeri ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment